Kadang kadang bila kita
sendiri, kita seakan mencari tempat berpaut, tempat mengadu. Atau lebih tepat
lagi mencari seseorang. Bukan tempat atau objek. Kerana yg dicari adalah
makhluk bernyawa yg punya telinga dan deria perasaan. Dengan harapan mampu
menjadi pendengar yg setia, tahan dalam menadah telinga mendengar segala
celoteh yg nak diluahkan. Kadang kadang tanpa memerlukan tindak balas pon, Cuma
sekadar mahu ada seseorang yg mendengar. Yang sudi berkongsi buah fikiran
membantu dalam memikirkan rasional sesuatu
perkara. Memang aku mengaku, ada masanya emosional itu timbul, kerap
sekali. Tapi, hey. Itu sesuatu yg normal. Barangkali insan yg kulitnya pucat –
umpama – tak berdarah –kala ditoreh saja punya hati beku. Tapi bilang padaku,
mana nak jumpa makhluk sebegitu ?
mungkin aku boleh belajar sesuatu agar hati ini tak selalu seperti tisu.
Pesanan ringkas
dihantar secara tiba-tiba, dihantar
dengan penuh pengharapan agar penerima jelas dalam mentafsir perkara yg bermain
di minda. Cuma minta belas untuk berkongsi perkhabaran, abaikan jika rasa tak
usah dipedulikan.. tapi jika satu hari nanti giliran kau yg mencari aku, jangan
salahkan hatiku pula yg beku dan bisu.
No comments:
Post a Comment