Thursday 29 December 2011

isu kandang FINAL.

cinta pada buku  tak bermakna aku rasa yg sama pada buku-kuliah. haha


Assalamualaikum :)

mengirup udara berbeza dari puncak yg tak sama. nyaman ! masih bernafas aku. Alhamdulillah. mata mampu melihat panorama indah dan kadang kala ternampak puncak pencakar langit berkembar dua. yang pada mulanya aku tidak percaya. lantas bila melihatkan sendiri. aku angguk mengaku sendiri.

"aween,,dari kampus aku nnt kau boleh nampak KLCC..

"hah ?? tipu laa,,mana mungkin dok di UiTM Puncak Perdana boleh nampak menara tiang dua tu. aku tak percaya"

tatkala perut minta diisi, bergegas kami ke kandang. haha ! aku pon ketawa bila mendengar nama kandang. hape punya tempat daa. tak terlintas aku bagaimana rupa kandang yg dimaksudkan.

oh ! kandang macam ney rupanya. kahkah ! tersengih aku sepanjang lalu di kandang itu. panggilan yg diberikan oleh pelajar2 UiTM Puncak Perdana kpd kedai-kedai makan disebelah kampus itu. aku perhati sekeliling. mencari persamaan antara gerai-gerai makanan disitu dgn perkataan 'kandang' itu sendiri. garu kepala juga mencari persamaannya entah dimana. ape-ape jelah. order makan. bungkus makan di bilik je.

jalan kaki balik, melepasi post guard maka rakanku bersuara ;

"aween,, tgk tuh KLCC ! haa,,bley nampak dari sini kan"

"okay,,aku percaya kau sekarang. hehe"

terus aku rasa semacam ada di kotaraya. tidak lagi di kandang. lalala :)



*********************************************************


minggu lepas aku berazam untuk meng'qada' tidoqq yg mmg agak lama tertunggak. tak puas lena bila serabut kepala dgn bermacam kerjaan. itu ini. sana sini. 

lemas. aku rimas.

bila sampai hari yg dinanti, tetap tak boleh dapat apa yg dihajati. qada' tidoqq jauh sekali. kena berasmaradana dgn etika & protokol pula. ah ! VVIP nk datang. 

tutup cerita pasal event segala. penat !


*******************************************************


aku ada 3 buah novel Inggeris yg dibeli dari lecturer sewaktu car boot sale. 1 buku RM5 sapa takmau kan. dan aku punyai dua karya Hlovate yg masih berbalut elok sejak dari aku berhempas pulas memujuk tgn menghulur sejumlah wang di MPH Carnival Mid Valley bulan lalu. masih belum aku bogelkan. tersimpan rapi di kamar. dijauhkan dari pandangan dan jangkauan. 5 buah buku menanti untuk aku tatapi bila tiba cuti semester nanti. buat masa sekarang. fokus terhala pada peperangan. 

ah ! sakit otak juga fikir hal untuk bertempur.

p/s : eleh aween, relaks laa.. final exam tahun depan kot. start 8hb Jan 2012 ! 
arini baru 30hb Dec 2011 :p


Thursday 8 December 2011

penumpang menumpang.


andai aku punyai jentera ini, alangkah !

Assalamualaikum wbt :)

menulis sambil menghadam keropok ROTA + layan ROXETTE (Listen To Your Heart)

seperti kebiasaannya. jam 7 pagi sudah menapak keluar dari rumah NO 33. langkah kaki mengheret aku dan 2 lagi hausmate ke tepian jalan. menunggu sesuatu yg sangat penting bagi siswi yg ketiadaan motor, kereta mahupun pakwe yg boleh di ditumpang untuk ke kampus. 

bas oh bas ! mana kau tak kunjung tiba lagi ney ?
aku sudah penat berdiri seperti patung cendana walau tak secantik Juliana Evans.

melihat kenderaan bersusun-susun. melintas lalu di depan mata. terfikir aku. takde siapa-siapa yg mahu menumpangkan kami kah? kami budak baek. nak je aku cakap "cikkkk,,boleh tumpangkan saya takkk ? kampus saya kt depan tu je." intonasi mcm hantu cerita Karak.

jentera berwarna merah-krim pon singgah. RapidKL. kadang-kadang aku fikir nama kau tak menggambarkan diri kau yg sebenar. adakala kau tak Rapid langsung, huh ! keluarkan not kertas seringgit. bayar ke driver bas. (sistem touch & go dihentikan buat sementara, untuk penambahbaikan). 

part paling tak digemari. terpaksa berdiri lagi. sudah penuh isi bas. tapi masih ditahap moderate. belum sampai level tin sardin. bas meluncur lagi. dari jauh kelihatan segerombolan manusia dari seberang. ah ! ini yg buat bas makin padat terisi ni. lemas ! sudahlah aku berdiri.

seorang demi seorang rakyat negara jiran naik. yg lelaki mahupun yg perempuan. okay. kini bas padat terisi. pakcik driver, sila jgn ambil penumpang lagi. sepanjang perjalanan tubuh bergerak ke kiri ke kanan. kaki sedaya upaya menahan bebanan supaya tidak jatuh. tiba-tiba, ada perasaan kurang enak menerjah hatiku. kenapa lelaki itu memilih untuk berdiri disebelah ku? tak suka ! aku rasa macam dalam bas untuk pergi Stadium Gelora Bung Karno pula. adakala terasa macam di bumi Jakarta walau belum pernah aku ke sana. yg perempuannya udah ngomong semacam ada sinetron dlm bas saja. yg lelaki pula tersengih sudah senyuman kambing. tak tahu ditujukan kepada siapa. gue enggak suka sama lo ! jadi lo jangan macam2 sama gue ya. gue jerit nnt langsung lo ditangkap pak polisi. AWAS !
boleh tak klasifikasikan keadaan ini sebagai sexual harassment ?? sangat tak suka bila bas melepasi selekoh di sekitar Puncak Alam ini yg mmg keadaannya seperti Litar Sepang. lelaki di sebelahku seolah-olah sengaja mahu rapat ke aku. ah tidak ! sepanjang aku berdiri dalam bas pagi itu, muka ini mmg langsung kelat.  tidak aku sedekahkan segaris senyuman. aku kira itu lebih 'manis' jika dibandingkan bila kita berpura-pura senyum manis. bukan sifat aku diskriminasi. tapi lebih kepada Safety and Security.

pagi-pagi lagi aku sudah terpaksa menempuh keadaan sebegini. mmg permulaan hari yg tidak baek. 

nota kaki pakai selipar: oyeah ! jumaat-senin cuti. tp tak heaven langsung bila kena siapkan 3 report + study + esaimen yg wajib dihantar & berlaku pada hari yg sama

Tuesday 6 December 2011

lidah kelu. bukan bisu.

Sunday 4 December 2011

eskrem. sesak.

 Assalamualaikum :)


don't you think its mouth-watering ??

sesak. bermakna sempit. perlukan ruang bernafas. impikan sesuatu yg bisa membuat kita merasa luas dan gembira. sesak nafas bikin sakit dada. sesak jalan buat kita rasa macam kura-kura. sesak duit langsung memusnahkan harapan untuk kita mendapatkan sesuatu yg mampu menistiskan titisan saliva angkara melihat kenikmatan makanan di depan mata. tak suka ini ! 
helaian kertas berwarna di dalam purse berwarna ungu kian menghilang. oh ! semakin menipis ! keinginan mendapatkan sesuatu seumpama rembesan adrenalin yg menggila bila menaiki roller-coaster. mahu itu ! mahu ini ! bajet lari. langsung tidak terkejarkan. ah ! sabar. hanya mampu ku melihat.
perut perlu diisi. jimat juga perlu aku patuhi. tak tahan. lantas ku mendapatkan ayah. minta belas ihsan kasih sayang ayah nun jauh di Langkawi sana. ini pertama kalinya aku meminta sen dari ayah. walau aku pernah berazam sendiri, tak kan ku pinta duit ayah lagi bila aku melangkah kaki ke Universiti. aku kalah ! tp aku janji, ini pertama dan terakhir kalinya. terima kasih ayah. along minta duit aritu buat belanja makan. minggu ney along sudah withdraw duit simpanan along. tak mahu minta pada ayah lagi. Alhamdulillah. along tak perlu ikat perut lagi. ada duit buat bayar kereta sewa & minyak untuk company visit. ada duit untuk bayar hutang tak sampai rm15 ke housemate yg tlg bayarkan duit barang dapur. suda ada duit untuk bayar RM2 pergi balik umah sewa-kampus naik RapidKL. Alhamdulillah. terima kasih Ya ALLAH :)

semoga dimurahkan rezeki aku. amin ya rabbal alaminn ~

I LOVE ~ LOMOGRAPHY

Thursday 24 November 2011

manager.

Assalamkualaikum..

wey,,rindu ! huhu..siyes laa ney,,lama tak update. lama tak jejalan kt blog korang. maaf ! tak berkesempatan. sibuk. sibuk lebih baik dari berpura-pura sibuk kan ? agaga ~ 

pukul 4.25 pagi. masih tak tidoqq. ceh ! padahal tadi da tido dari pukul 11 mlm-3 pg kot. bukan saja-saja stay up. pukul 8.30 pagi nnt aku ada ujian bertulis Mandarin :P huhu..3rd languange. zoa shang hao. ni hao ma ? wo jiao AWEEN. wo er shiyi sui le. wo hai meiyou jiehun. wo meiyou nan pengyou..kahkah ! 
translate : selamat pagi. apa khabar ? nama saya AWEEN. saya 21 tahun. saya belum berkahwin. saya tidak mempunyai teman lelaki. kahkah ! 
ngee,,nta pape punya ayat daaa..padahal sem 3 ney da masuk silibus lain ekceli. yg lagi advanced :P

ops lupa plak. aku stay up ney sebab nk buat research aka study sket yg mana patot sebab lepas abes jawab ujian bertulis Mandarin nnt aku ada intebiu ! peh, bukan calang-calang punya intebiu okay. this is for volunteering for 

EVENT : WORLD GAS CONFERENCE 2012.
VENUE : PETRONAS KLCC
DATE : 4TH -8TH JUNE 2012
BENEFITS : INSURANCE + TRANSPORT + CERT + BAJU + ALLOWANCE  (if i'm not mistaken RM75 per day)
google sendiri laa kalo nk tau sapa organizer event ney. err,,PETRONAS kah ??

erk,,taon depan punya event,,tp intebiu buat taon ney ?? awalnya..jenuh nk study ney. apa panel tu nak tanya ?? pasal oil & gases kah ? huhu,,ekceli intebiu esok ney depa nak evaluate our communication skills. ENGLISH yg kita dok tergagap-gagap ney nta bley lepas ke tidak. oh korang,,doakan aku yeh. i really want to take this opportunity to get the exposure in handling such a big events especially the international one :) 

dibawah antara sebab musabab aku da lama tak update. balik-balik benda yg sama juga. event, event, event..

organize event,,antaranya :

1. Soft Launching for all the students association under fact of business (17TH NOV) - organizer
2. INDUCTION DAY FOR PART1 STUDENTS  with THE AEMS (Asso.of Event Mgt Students) 18th Nov. organizer (decor')
3. UiTM Green Event Mgt Convention 2011 organized by Pawana Events (22nd Nov) - secretariat department
4. upcoming events : Pelancaran Sambutan Maal Hijrah  peringkat kampus UiTM Puncak Alam + OPKIM + BEST..




alamak, da lewat ney. nak sambung study semula. doakan aku sukses ujian bertulis & intebiu nanti okay :) aminnnn..

Saturday 12 November 2011

safe and sound.

tak suka google menatang ney. geli ! eyuckss ~~



Assalamualaikum :)

entri berkenaan ketidakpuasan-hati ! tak marah. cuma geram saja.


 pukul 1.30 ptg: stesen bas Kuala Perlis

pukul 3.00 ptg : sampai Shahab Perdana Alo Staqqq

Pukul 4.00 ptg: gerak

pukul 6.00 ptg: baru masuk Sg.Petani !!!
 


rasa nk pi jerit depan drebar bus "pakcik.saya kena sampai S.Alam pukul 11 malam pakcik tau dakkkk?? kalo rajin dok berenti-rehat-pekena-kopi-sampai-semua-R&R-pakcik-mau-berenti..jenuh laa lagu ney !"


pukul 12 tgh malam buta : "Safe and Sound" sampai Sec17 S.Alam :p

ngee ~! sabar jela. *senyum kambing*

konpem Boikot MAJU Express leepaihh ney ! kekeke :P
naseb bek kawan hijau saya free. bley mesej dia ntk meluahkan rasa-geram-sambil-kontrol-tamau-marah :P


nota kaki pakai selipar : esok 13 nov ada KOKO. hampeh ! petang nak tgk bola. for sure :)

Monday 7 November 2011

Melankolik Si Tuyul vs Ponti..




Bismillahirahmannirahim :)

cerita berlaku di sekitar tahun 2009. sewaktu watak utamanya masih di bangku sekolah. Tingkatan 6. berbaju putih. berkain hitam. situasinya mengambil tempat dimana ilmu mata pelajaran Pengajian Am sangatlah spesial kerna tiada yang lebih layak untuk mendudukinya melainkan golongan yg berkain atau berseluar hitam.


*dalam kelas*
harap maaf kpd pelajar2 junior. watak ini menjawat jawatan super senior maka tiadalah salahnya membawa handphone ke sekolah :P

teettt..teeetttt..
bunyi handphone beserta getaran meletus. 
namun ia tidak memecah kesunyian kerana mulut-mulut di dlm kelas rancak mengeluarkan bunyi-bunyian.

1 message received.

Tuyul : Ponti..ko watpe ??
Ponti : Aku kt kelas la sengal ! tp cikgu takde..lepak je dlm 
            kelas..awat ??
Tuyul : Aku risau laa..
Ponti : Pehal lak ko nk risau neyh ?? cite kat aku..
Tuyul : Aku dlm bas neyh weyh..kat Epoh..aku nk balik Tapah..
Ponti : nape weyh ?? ko cuti ke ??
Tuyul : x laa..ayah aku masuk hospital..akak aku suruh balik..
            aku risau laa..
Ponti : sabar okay ! InsyaAllah xde pape..doakan yg terbaek..

Si Tuyul dan Ponti berbalas pesanan ringkas. bertanya khabar itu ini. bergurau itu ini. saja Ponti gurau-gurau. harapnya dapat menghilangkan kegusaran yg pastinya seperti ombak Tsunami di dada temannya itu. pastinya hati Tuyul penuh kebimbangan yang teramat sangat. memikirkan keadaan ayahnya yg sedang tenat di hospital. sedaya upaya Ponti cuba untuk menceriakan Tuyul. Hakikatnya Ponti turut rasai segala apa yg Tuyul rasa. Tuyul resah. Ponti gelisah.

berbalas pesanan ringkas lagi.

Tuyul : ko watpe je ??
Ponti : aku nk p kantin neyh,,da rehat..ko nk kirim pape ke ?? haha!!

**sedang Ponti beratur untuk membeli makanan di kantin.. 




*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Tuyul : wey, ayah aku da takde. akak aku tipon tadi, cakap ayah aku da meninggal. wey, aku tak sempat nk tengok ayah aku for the last time. Bas aku baru nak gerak ni. aku tak sempat. 

air mata Ponti bergenang. terasa tak upaya untuk menahan.

Ponti : huh ? innalilahiwainnailihirojiun..sabar wey. semua ni dugaan. ko kena kuat. mungkin da sampai ajalnya. aku tahu kau sedih. menangis la. biar nnt ko rasa lega sikit. jgn lupa sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. tabah kawan.

sedaya upaya Ponti berusaha menasihati sahabatnya. beri kan kata-kata semangat supaya terus kuat. Ponti tahu, besar sungguh ujian ini buatnya
empangan air mata yg ditahan langsung pecah.
ibarat mencurah-curah ke ladang gandum.

PONTI tak jadi nk beli makanan kat kantin,,terus berlari masuk ke dalam kelas. langsung duduk tunduk di meja sendiri. bukan meratapi tapi lebih kepada mengenangkan nasib sahabat baek yg kehilangan ayahnya. sedih !
kawan-kawan sekelas bertanya. hanya mampu mengucapkan bahawa sesuatu telah menimpa sahabat baeknya. tak mampu berkata lebih. 
Oh Tuyul, Ponti mengerti apa yg Tuyul rasakan. Ponti faham kawan.
be strong Tuyul. Ponti yakin Tuyul mampu hadapi segala dugaan. Tuyul kan kuat.

sumpah ! Ponti bersyukur cikgu tak masuk kelas waktu itu kerana air mata Ponti tersangat lah murah.

mr.tuyul zaman form 5 dlu. kami sama sepakat suka ponteng kelas FIZIK !


* TUYUL : MR.ZULKIFLI HASSAN (zul kapan)
PONTI : tuan punya blog (aween)

Tuyul & Ponti..mmg itulah panggilan kami each other. kahkah ! wey Tuyul, wa buat entri khas ntk lu ney. lu kne kasi wa masuk Lost World Of Tambun percuma ! wa tak kira :) err,,kami mmg guna lu-wa je as kata ganti diri.
maap kalau sounds agak kasar :P
since 2007, I haven't met Tuyul :( its been almost 5 years already..menghitung hari bilakah adanya kesempatan bertemu kawan yg aku panggil sahabat sejati.
lets sedekahkah Al-Fatihah kpd insan yg telah pergi. semoga ALLAH merahmati..aminnnn.. 

nota kaki pakai selipar : once anda jadi kawan saya,,insyaALLAH saya jaga tali persahabatan sebaik mungkin. SETIA bukan hanya pada CINTA ~!

Thursday 27 October 2011

Question mark.

jgn jadi cmni..tinggi diri = bodoh sombong ~! tak baekk wo0ohh :)


Assalamualaikum :) 
hye korang yg aku sayang ~! ngeh3x

Tak tahu. persoalan bertindih dengan tanda tanya. memerlukan kita bergerak dari ruang selesa. usaha mencari jalan selesainya. Tak tahu. tak beerti kita hanya duduk menikus di tempat sendiri. tanya orang sekeliling. rujuk pada yang pakar. ya, agak cliche ! tapi lebih elok rasanya betanya. umpama kita memanjat ke tempat yang lebih tinggi supaya mendapat pemandangan yang lebih jelas. bisa juga kita nikmati pemandangan yang lebih indah. panjat lah ke tingkat tinggi. Angkat tangan, lontarkan soalan yg bermain diminda. kalo pendam dalam hati, belum tentu ia selesai. Konklusi nya,  bertanya. Malu bertanya sesat jalan. sesat cari jalan pulang. kembali ke pangkal jalan laa :) huhu

tadi petang meeting. hurm,ada projek baru menyusul. bukan satu. bukan dua. tudiaaa! banyaknya upcoming events to be organized, to be part of the crew bla bla bla..just go with the flow laa..niat ntk belajar. 
 

nota kaki pakai selipar : tak sabaqq nk cuti Hari Raya Haji. nak kembali ke pangkuan keluarga :) rinduuu ~! pulang ke pangkal jalan jom !

Wednesday 26 October 2011

you can read.

Assalamualaikum :)

tanpa gagal. ia terbukti. kita alami pelbagai rasa. kita jiwai segala watak. kadang kita mimpi ia menjadi nyata. kita ransang segala deria. fikiran menafsir mengikut cerita.

3Kali Seminggu
Faisal Tehrani

"kalaupun langit runtuh, bahasa Melayu masih bernama di bumi kita. Begitulah keazaman saya. Hanya kiamat yang akan memusnahkan bahasa paling romantis di duni ini "

Manikam Kalbu
Faisal Tehrani

"kreativiti bukan lesen untuk merosakkan khazanah budaya bangsa"

"sains adalah satu proses tapi seni adalah hasilnya"

"anak muda bukan algi memakai baju untuk menutup tubuh..tapi kini memakai baju untuk memperagakan tubuh"


Contengan Jalanan
Hlovate

"Being different brings oddballs together. normal is overrated"
"hidup tak ada cita-cita itu namanya hidup sia-sia"
 

Aku tak pandai membuat ulasan. Biarlah apa yang aku cerna, aku hadamkan sendirian saja. Selagi bagi aku adalah kepuasan, aku mahu terus mencari, dan baca. Sendirian. yang pasti, bacaan ini semuanya aku suka. nah bintang 5 ! ohsem gila :)


nota kaki pakai selipar : harap lepas ney lebih byk buku dihadam dlm sebulan.

Tuesday 25 October 2011

bukan deepavali laa !










ADIKK MANISSS,,MAU BELI INI MARUKU KAA ???

nota kaki pakai selipar : deepavali ney pakat layan movie Hindustan juga :)

Sunday 23 October 2011

migalo topotito.

Migalo masih dalam kelas. pukul 5.15 petang. otak semakin tepu tahap tinggi. mata terasa seperti tak boleh dibuka lagi. mungkin kerna ada syaiton yg bergayutan di kelopak mata rasanya. lantas bermonolog sendirian. 

*gila ke hape lecturer ney. dok syok sendiri sedari tadi.

can you imagine dari pukul 4 tadi still dok kt slide pertama. oh man !

rancangan kt tivi pon reti nk take 5 ntk iklan.then bila bersambung, plot cerita berkembang. masuk plot yg lain. sampai klimaks.

bukan Migalo tak fokus tapi dia rasa mengantuk gila.

*plisss laaa, pukul 5 da inchekk o0oii. otak saya penat. kawan-kawan pon sama

suddenly he was mentioned about the old people yg ada masalah tak dapat kawal kencing. masalah pundi kencing dan pempers orang tua bagai. huh ?

langsung Migalo berhenti conteng-buku-nota-sebab-bosan pastu pandang muka pensyarah itu. warhaha ! Migalo tak tau nk buat reaksi atau mimik muka macam mana. boleh tak kalo Migalo nk buat tepuk tangan-sambil lompat katak-buat muka paling annoying ?? Migalo rasa nk abeskan cepat kelas sore itu.

alangkah indah dunia jikalau pensyarah menyentuh perihal penting dalam silibus. senang idup pelajar sekalian. 


* anggap jelah Migalo dlm cerita di atas adalah aku :) Mmg pon..hehe

nota kaki : Migalo addicted dengar lagu Pumped Up Kicks dari band Foster The People ~!

Saturday 22 October 2011

garis senyuman.

*this photo was taken at KL Photography Festival 2011 yg aku pi baru2 ney* 


Assalamualaikum..
Sabtu bersamaan 22 okt 2011,,kroni hijau-sayup-mata-memandang pon melaksanakan tugas yg telah direncanakan.

*event : Together With Love 2011 (Charity event with Rumah Anak2 Yatim Siti Khadijah Meru Klang)
organizer : Emerald Nuansa Production
venue : Petrosains KLCC

sewaktu anak-anak yatim menjejak kaki ke perkarangan masjid, aku terharu sendiri. sopan dan jujur muka kanak-kanak itu. mereka anak yatim. aku jadi tersentuh hati. oh adik-adik,kuatkan semangat dalam berusaha mengharungi saat jatuh bangun. walau tanpa ibu mahupun ayah disisi. aku tahan airmata supaya empangannya tidak pecah dihadapan mereka. sungguh aku kasihan memikirkan nasib mereka. Ya ALLAH,KAU panjangkanlah umur kedua orang tua ku..aminnn :)


*event : Putrajaya Night Marathon 2011
organizer : Twenty First Century Sports with BSN
venue : Palaca of Justice & all around Putrajaya

tatkala aku sedang gigih bekerja sebagai volunteer di bahagian Finisher Tee,,datang seorang peserta. mataku terus terarah ke baju yg dipakai. memandang nombor di bajunya sambil bertanyakan saiz baju beliau. dia menjawab sambil tersenyum. tangan kanannya memegang botol mineral. oh my ! beliau kudung tangan kiri ! kesian..tapi i was so amazed. bayangkan beliau yg kurang upaya itu mampu mencabar diri berlari sejauh 21km :) kekaguman ku semakin menebal. dan ia pastinya tidak terhenti disitu.


~ They have something that we don't ~

pliss do not underestimate people. especially towards those who are less fortunate. mungkin nasib kita jauh lebih beruntung dan jauh kedepan. tapi sebenarnya mereka juga beruntung mengikut dlm acuan mereka. cukuplah sekadar terlukis segaris senyuman ikhlas lahir dari hati mereka. itu sudah cukup membuatkan mereka bahagia walau mereka tak sesempurna kita.
*take five.
muhasabah diri.
say ALHAMDULILLAH :)


nota kaki pakai selipar : ada lagi sports event nk pakai volunteer. cmbesh je. NIKE MARATHON 22 Nov nnt :)

Wednesday 19 October 2011

Don't Speak !

Assalamualaikum :)


photo taken at Putrajaya Night Marathon. aku sbg Finisher Tee Crew
quote credit to : HLOVATE (Contengan Jalanan)


There's a few thing that we need to keep as a secret. Something that I want to keep it to MYSELF only. once it revealed, it is not considered as a secret anymore. Dirty Little Secrets lagi laa bukan :) i want my private life remain private and confidential.
You ! plisss do respect my property. my right. my space.

okay ! lets change the topic. aku ekceli tak berapa gemar ikut ckp org. bukan kuat bantah. tapi aku tak suka la kalo everytime asek nk kne ikut ckp hang saja, hang ingat hang sapaa ?? semua org ada sudut pandang yg berbeza tau. jadi ko kena la belajar terima cara, pandangan, pendapat, dan suara orang len. bila ko suruh ikut ckp ko,pastu aku bg idea aku and at the end idea aku berganda lagi baeekk punya dari ko, aku rasa macam nk tepuk tangan-sambil-lompat katak-pastu-buat muka paling annoying ! aku rasa nk buat gaya ney depan ko ! bukan setakat idea saja, byk lagi menda lain yg ko paksa org len ikut kepala ko. sapa tahan wey ! ini negara demokrasi okay. semua orang ada hak untuk bersuara. tak kisah lantang mahupun berbisik sayup. Byk kali da jadi. tolong laa belajar menghormati orang lain. Tak semua ko buat betul. sama-sama belajar. sama-sama dapat pengajaran laa. aku tak marah. teguran ikhlas ney. haha ! len kali jgn buat lagi yep :)

"manusia yg berakal adalah manusia yg 
suka menerima dan meminta nasihat"

Saiyidina Umar Al-Khatab r.a



nota kaki pakai selipar : makin bz organize event. be part of the event. volunteering. pengalaman itu mahal :)

Sunday 25 September 2011

tak mahal. jgn desak !

*saling melengkapi*


Assalamualaikum..
lumrah hidup ini. kita melihat mereka yg berbahagia. kita pon nk merasa keadaan yg sama. ayat cliche,setiap insan nk berpasangan. cemburu bila tgk kawan2 keluar temu janji. dating bak kata omputih. huh ! kau ingat depa pi dating,,depa bahagia ?? sapa tau kot2 depa keluar sama2 tapi bergaduh sakan,,haha ! cemburu bila tiba tanggal ulang tahun kelahiran,, kawan dpt hadiah mr ted-gebu-macam-kuih donat. bandingkan dgn diri sendiri. hari jadi yg suram muram. langsung padam rasa konfiden level dalam diri. tak kesah laa da berapa tahun kau pegang jawatan lone ranger,, yg penting hati kau tenang. kau ingat senang bila nk memberi komitmen kasih sayang cinta sehidup semati ?? bermain dengan perasaan, menyakitkan hati tau. haha ! semua orang ada bahagian masing2. semua sudah tertulis. ditentukan yg Maha ESA. kita tak punya kuasa ntk menidakkan segala apa yg ditakdirkan. jalani saja kehidupan hari-hari dgn cara kau sendiri. baru puas hati. jangan terlampau mengikut perasaan. Aku panjatkan syukur atas nikmat kasih sayang yg melimpah ruah diberi oleh 2 insan teristimewa dlm hidup aku :)


Biar kita mahal..
Jangan kita TERdesak !




lagu ney menceritakan semua. menggambarkan perasaan aku. tapi aku pasti ALLAH sediakan yg terbaekk ntk hamba-NYA. Aku tunggu saat itu :)




Adakah aku FOBIA CINTA ??


nota kaki pakai selipar : da lama tak 'menembak'
kesian kamera aku, lama kami tak bermesra :)

produksi






Assalamualaikum :)
Pada tanggal berapa entah-aku-sudah-lupa, lahirlah sebuah pakatan produksi yg diberi nama Emerald Nuansa Production. nama terlampau panjang. kalau nk pi buat sijil kelahiran pon, aku pasti habis dakwat ntk tulis nama saja. haha ! Produksi yg dahulu kala dikenali sebagai AKASIA. namun komplot kami tak lagi bersatu yakni kami TERpaksa berpecah. sesebuah produksi tidak digalakkan mmpunyai komplotan yg ramai. takut ada yg jadi sleeping partner. AKASIA berkubur di alam mimpi. di alam nyata ada Awana Citra & ENP yakni kami. walau da berpecah, hati masih bersatu. Jiwa tetap teguh. ini demi Events ! Ya, bachelor of event mgt (hons). kami pegang kata2 : Kalau takmau sentap jgn masuk event laa. tebalkan muka. jitu kan semangat. tabahkan hati. 
Kroni agak ramai. puak itu ragam itu. puak sini lain cara pula. Ada yg perlu diketuk, barulah kerja berjalan. ada pula yg sibuk berjalan kesana kemari. aku harap kerja yg diberi tak tergendala. Alhamdulillah, masih ramai yg memberi komitmen, seperti mana janji kita sewaktu mula2 berkomplot dahulu. moga janji tak tinggal janji. moga sentiasa membawa 'E' di dalam hati kalian. mmg aku bukan projek manager produksi ini. tapi disebabkan amoi projek manager adalah housemate aku, kira nya aku wakil dia laa. maap ! tiada niat melaksanakan rampasan kuasa mahupun perhimpunan besar-besaran. kekeke :P 


p/s : peraduan cari benda tersembunyi..mana satu tuan blog dlm gambaqq ney ?? cari sampai jumpa. sapa jumpa, dia pandai ! oyeah!


nota kaki pakai selipar : masih usaha mencari siapakah gerangan mamat berbaju kotak itu. awak,, xde baju fesyen lainkah ?? kotak-kotak hari-hari..takpe,,senang saya nk cari :)

Tuesday 20 September 2011

mata tgk.otak proses.

Assalamualaikum :)




Aku harap sapa2 yg singgah blog neyh sihat walafiat. tatkala aku mencuri masa ntk menulis ney, aku berselubung. jaket fakulti yg tebal. lilit shawl atas kepala. sweater bagai. ah ! berpeluh ! demam :P so beware laa yep..takot berjangkit plak demam ney kt korang,,ahaks !

lama aku tak menulis. otak bergabung dengan hati untuk memaksa jejari menari2..tapi jasad kadang2 terlalu bz. kononnya ! maklumlaa,,semester baru da bermula. fokus kena lebih. terutamanya bila kita dapat pensyarah muda yg menyedapkan pandangan mata. manis rupa pensyarah itu..pelajar suka. motivasi baru ney..lalala ~~

semester baru bermula. sesi pengajian aku masuk tahun kedua. ramai nya umat ! lif penoh,itu normal. panjat laa tangga kerana sesungguhnya usaha keras di pagi hari untuk mendaki tangga akan membuahkan hasil yg paling baekk. yakni keluar peluh wlpn dok dlm kelas berhawa dingin dgn suhu darjah celcius semacam berada di kutub utara nun.

bila ramai umat manusia kt fakulti. macam2 ragam bley kita tgk. EYES LIKE A SHUTTER. MIND LIKE A LENS.  mata kita melihat. menangkap segala objek di pandangan. lantas otak fkiran dan minda yg memutar belitkan segalanya. ditokok tambah itu ini. proses setiap imej. kita menafsir segalanya. betul atau salah belum tentu.

ramainya pelajar perempuan yg cunn ! waah,,fashionable sungguh.. tak reti aku nk mengikut fesyen sebegitu rupa. aku rasa biarlah aku kekal kan ketidak-jelitaan ini dgn gaya aku sendiri. menjadi diri sendiri yg kadang2 melangkah kaki seperti lelaki bila tidak bertumit tinggi. opss,,sepatu tinggi aku pakai waktu pi majlis2 saja,haha!

speaking of events,,adesss ! oh,,tak baekk mengeluh..sila jgn tiru :P
semester baru aku akan banyak terlibat dgn beberapa events. sama ada anjuran persatuan mahupun organisasi lain. jadi penganjur aka organizer. jadi sukarelawan aka volunteer. doakan aku mencapai cita-cita untuk menjadi pelajar yg tak hanya pandai buka buku dan hafal tulisan dari awal sampai akhir. soft skills aku mau juga. 

sebelum aku tutup sesi kali ney,,aku nk mintak maap laa..mmg nk dekat sebulan tak update. sorry ! ampun ya ! jika diberi keizinan dan kelapangan masa. aku akan bermesra-mesra laa dgn kalian di blog ini. pengakuan-berani-mati : rindu BLOG ! rindu KORANG..err,,maksud aku..aku rindu BLOG KORANG..maaf kalo entri ney mengarut + melalut. nnt aku cari semula mood ntk blogging. Wassalam :)



nota kaki pakai selipar : sapa bley belanja aku,,nk beli selipar baru !

Tuesday 30 August 2011

H.U.M.A.N.I.T.Y

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..kita sambut 1 Syawal. meriah kan ?? konpem meriah punya lah. tak sah kalau makanan & biskut raya bagai tak penuh atas meja kan ??
sampaikan ada hidangan yg tak habis makan. tong sampah la destini terakhir. inikah yg kita panggil sbg 'nikmat' kemenangan setelah berpuasa sebulan ??

Alhamdulillah. misi bantuan kemanusiaan ke Somalia telah selamat sampai di Mogadishu. insan2 yg 'berpuasa' lebih dari sebulan berebut-rebut hendak menerima bantuan. si ayah berhimpit-himpit untuk mengambil makanan buat keluarga. si ibu sambil mengendong anak yg tidak sihat. orang tua yg bongkok tiga memegang sebatang kayu yg dijadikan tongkat,turut tidak ketinggalan. anak-anak kecil berlari berpusu-pusu. mereka lapar. mereka dahaga.

kita di Malaysia. kita lapar. kita ada lemang. ketupat rendang. almond london bagai. biskut raya beratus-ratus jenis. biskut tradisi. moden semua ada. you named it you got it !. kita dahaga. bancuh Ribena. Kelasss ko jah !
air perisa buah. air bergas. semua kita mampu.

kawan-kawan,kita jgn alpa. jgn lupa. jgn leka. nikmat yg kita rasa,kalau setakat nk makan sorang, bukan lah nikmat namanya. lebih elok dikongsi bersama. biar insan lain turut merasa. supaya kita sentiasa beringat. ada insan yg lebih menderita di luar sana.

1 Syawal. selain berita mengenai Ops Sikap, yg dinanti-nanti tentulah untuk melihat suasana sambutan Aidilfitri seluruh dunia. 
Rakyat Palestin. walaupun dlm keadaan politik yg mmg tak stabil dek kerana tertindas, masih khusyuk sujud ke hadrat ILAHI. menunaikan kewajipan tanpa gagal.
Rakyat Somalia. berbulan-bulan menahan lapar & dahaga. aku dapat lihat wajah yg penuh kedutan. dalam sayup memuji TUHAN. walaupun sekian lamanya merasa kesengsaraan, mereka tabah menghadapi dugaan.
Ramai lagi umat diluar sana pelumba-lumba ke rumah ALLAH di pagi Syawal meski di spot-check sebelum masuk ke kawasan masjid.

Kawan-kawan. memang kalau nk diikutkan dari segi geografi, mereka semua nun jauh kat sana. tapi sebenarnya byk cara kita dpt membantu mereka. sekalipun dgn doa. kalau kita mampu, boleh salurkan bantuan. byk cara. nak 1000 daya. taknak sudah.

*sayu rasa. hiba sungguh bila melihat episod Palestin : Bumi Para Anbia petang tadi. kawan-kawan. tak payah lah layan sgt rancangan berbentuk hiburan nyanyi-nyanyi bagai. tgklah rancangan yg lebih bermanfaat. Pilihan di tangan kita. Tekan je butang remote, ape susah.

lets pray for the world. pray for the best. aminnn..
KASIH SAYANG ITU PENTING. Daokan umat Islam seluruh dunia sentiasa dlm lindungan-NYA.

nah ! karya aku. mood : human and soul : PRICELESS !!

Sunday 28 August 2011

perutusan seri muka tak berseri.wawawa !




Assalamualaikum..
Perutusan khas Cik Nur Aizureen aka Aween.
dibawakan kepada anda oleh : lampu minyak tanah dan ketupat palas (sponsor)
*entri ini tak menggunakan perkataan AKU. 

oyeah ! RAYA weyh..besh tak ? besh tak ?? kuikui..

saya,penyimpan MOHONG BESAQQ kawan-kawan ingin menghulurkan tangan (perempuan jek,laki tak bley !) memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terlaser tulisan di blog ini mahupun komen2 yg saya pi tulis kt blog anda semua..
walaupun saya baru lagi dlm industri blogging..err,,industri ?? em dunia blogging lebih tepat. blog ni baru 3 bulan usia nya tapi mungkin ada kata2 yg bley bikin anda sentap 3 tahun. harapnya tiada berlaku kes sedemikian rupa. hehe ! 


semoga Aidilfitri ini lebih bermakna ntk kalian semua. jgn lupa ikhlas kan hati mohon kemaafan leburlah dosa ditapak tangah lupakan segala silap dan salah. peh ! abes napas nk nyanyi lagu ni :P
haipp ! saya serious ni. buang ego. mohon ampun seikhlas mungkin sesama insan. sifat memaafkan & bermaafan amatlah mulia.


last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR BATIN..HEPY MERDEKA ~!



nota kaki pakai selipar : taun neyh 1st time mak tak buat LAKSA ntk raya. FRUST nya saya :P

Saturday 27 August 2011

shoot photo.not people !

berdekatan Kem Askar Bukit Keteri-Perlis



buai laju-laju..sampai pokok sena..apa dlm baju..sekuntum bunga cinaaa ~!! 






tepi jalan raya yg sgt bz..naseb bek tak dilanggar nya teman neyh :P



SUBHANALLAH ! indah kan sunset :)



nah ! amek poskad sorang satu !



these photos were taken by ME !
using Samsung digital camera..kamera cabuk je ! bak sini DSLR sebuah !
location : Bukit Ketri Perlis


nota kaki pakai selipar : Syukur masih bernafas.hirup udara.melihat dunia

Tuesday 23 August 2011

abangg ipaqq hang !

Assalamualaikum :)

kisah ini plot nya berlaku di sebuah rumah di Taman Kenari Langkawi. ye,,umah aku laa..hehe. senja merangkak menjemput malam hari. aku baru selesai solat Maghrib. macam biasa,,memandangkan aku berkongsi bilik dgn lagi 3 org adik perempuanku, macam2 cerita laa yg kami kongsi. Anis, belajar di Tingkatan1,bercerita perihal ragam kawannya di asrama. An, tingkatan 3 sibuk bertanya itu ini berkenaan subjek PMR yg bakal ditempuh tak lama lagi. Ain, lepasan Matrikulasi Arau dan bakal menyambung ijazah sarjana muda Kejuruteraan Mekanikal (Rekaan & Inovasi) di UTEM sejurus selepas raya, mengomel tak sudah pasal nk kne isi borang itu dan borang ini. tu normal angah ! mmg tangan hang kebas sengal ubi bila hang nk daftar masuk U. Aizat. satu-satu nya adik lelaki aku. baru darjah 3. malas buat homework. rajin main game Ninja Saga, Plant Zombie dan War Age. oppss ! dia tak kongsi bilik ngan aku okay. tapi mmg habit dia masuk bilik aku,yelaa..nk bersantai manja dgn kakak die..cuti sem aku pon da nk abes,,pasni dia xda geng laa..kami 4 beradik perempuan & 1 lelaki. Aizat start questioning me and my sisters :

Along,,awat orang xde abang ?? orang ada kakak je. Abang xde..kenapa ??

Adesss,,cmne aku nk jawab neyh..take a deep breath. cheewaah ! cam nk jawab soklan exam plak..Adik2 perempuan aku bg macam2 jawapan laa...jawapan merapu pon ada..haha ! ini normal bg kami. bila Aizat ask anything mmg kami bg jawapan yg merapu,,kasi konpius sama itu orang..kahkah ! Berbalik kpd soklan tadi..

Along,,awat orang xde abang ?? orang ada kakak je. Abang xde..kenapa ??

then aku pon jawab :























sebab nanti hang akan dapat abang ipar ~!! :P lalala ~~

tapi adeqq,,calon abg ipaqq pon takdak lagi neyh..cena ?? cena ?? (yg neyh aku cakap dlm hati) 

wakaka ~!!!



* its KAMI *

oyeah ! kami mmg selalu gaduh jugakkk :)

adeqq ! hang nk buat pa tuhh ??

p/s : these photos were taken last Sunday at De' Baron Hotel. Majlis Berbuka Puasa anjuran Akademi Koreksional Jabatan Penjara Malaysia Langkawi..perabehh makanan yg adaa sampai kenyang :P


nota kaki pakai selipar : Raya da dekat. dekat da raya. oyeah ! tapi kuliah nk start daa..alamak !

Wednesday 17 August 2011

terang tapi buta..


this is what we call : Stupidity ! terang lagi bersuluh..tp buta !


Assalamualaikum :)

da puas tatap gambo tu ?? pandang jam.its lunch time ! haha.i wonder what  are the people out there are doing during lunch hour. i mean during this fasting month. i'm asking this because my status as a student(masih sedaya upaya abeskan sisa-sisa cuti sem!). so aku curious nk tau.
hurm berapa ramai yg berbual kosong. berapa ramai yg keep on working non stop. berapa ramai plak yg amek kesempatan ntk buat amal ibadat ??
aku rasa semua orang tau skrg bulan posa. bulan Ramadhan. bulan penuh keberkatan. i think everyone should take it seriously to upgrade themselves (mine too !). instead of just doin nothing during lunch hour,why not we do something that will give us more benefits right ? its never too late until its too late. berzikir, membaca Al-Quran, sedekah, berselawat dan byk lagi menda len yg kita bley buat sebenarnya. bukan apa,,da terang lagi bersuluh kan. bulan neyh pahala amalan berganda. so buat laa amalan lebih dari biasa. InsyaALLAH, berkat..

peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya. yg kadang alpa dan leka. tak kira siapa kita. apa status kita. pelajar, pekerja mahupun penanam anggur berjaya. amatlah rugi jika tak dimanfaatkan peluang keemasan yg hanya datang setahun sekali. jika kita beria- ria nak countdown dgn suasana meriah sakan terlampau ntk tahun baru. kenapa kita tak boleh memeriahkan Ramadhan ?? Ramadhan pon setahun sekali juga,,sama laa mcm new year. jgn berlaku tidak adil.huhu. da masuk peringkat ke-2 Ramadhan..tinggal lagi berapa hari je lagi ntk rebut peluang neyh.

macam gambar di atas. kannn ?? that pixca was taken by me. somewhere in KL. see?? terang lagi bersuluh kan ?? tapi kenapa tak ikut ?? kenapa masih buat perkara yg dilarang?? tepuk perut,tanya nk makan apa ntk berbuka arini?? kahkah ! okay,gurau. tanya diri sendiri. nak ke kita jadi kelompok yg rugi ?? bukan status hidup di dunia je kita kne upgrade..tapi bekalan pahala ntk akhirat pon kne jaga. kalo tak bawak bekal nnt kan lapaqqqq !
semoga entri aku kali neyh dpt memberi manfaat kpd semua. tak salah kan,,to remind each other. maaf kalo terkasar bahasa. sayang korang laa readers !


nota kaki pakai selipar : lapaqq kt dunia bley cari makan..lapaqqq kt akhirat,,bekalan amalan je yg bley bg kenyang :)

Monday 15 August 2011

banduan nak raya.cerita kampung

Assalamualaikum :)

hari ke-16 posa.raya pon da nk tiba.ceh ! haa,,speaking of raya..ce try dengar lagu apa yg hingaqq sangat kt blog aku neyh?? well,,this is one of my feveret raya song..syahdu ! semalam kemain lagi radio ERA dok putaqq  lagu raya naa..amboi,eksaited sungguh..aku pon ape lagi,,nyanyi sakan lagu raya..TAPI wlpn mulut menyanyi riang,hati menangis tak tertahan..T_T

hati siapa tak menangis bila terkenang kampung halaman.ceh ! bajet konon aku dok kt oversea..haha ! weyh,,aku mmg di seberang laut neyh..Pulau Langkawi pon over-sea kan?? kuikui..

tahun neyh tak balik kpg sebab giliran ayah aku kije.taon lepas da cuti kan.well,,ayah aku kije pegawai penjara.setiap pegawai atau staff akan dibahagikan kpd 2 divisyen.A dan B. kalo tahun neyh org A bercuti raya,org B kne laa kije dan begitulah sebaliknya.paham ?? yelaa,,kalo dua-dua pihak bercuti raya pakat balik kampung,,sapa nk jaga banduan ?? tak ke haru kalo banduan lari. jgn main2,,penah ada kes wo0o..banduan lari dari penjara 3 hari sebelum raya..

wahai banduan,,aku paham ko nk balik makan kuey raya pastu main bunga api ngn sedara mara ko,,tapi bila ko lari cmni,,menyusahkan semua org termasuk ayah aku.

alkisah...situasi berlaku di Penjara Jelebu n9 (penjara lama tp masih beroperasi). lagi 3 hari nk raya,gempar 1 kuarters pasal banduan lari. sepatutnya aku sekeluarga bley balik kpg da time tu.tp disebabkan kes neyh,,ayah aku kne stay ntk cari itu banduan sampai jumpa. terpaksa la aku ngn adik2 dan mak balik kpg bersama maksu dan kereta satria beliow (i hate satria ! sempit ! tgkap blkg xley bukak,,aku lemas).
tak kemana pon banduan tu bley lari ekceli.sebab bersebelahan penjara ada kem askar + pusat serenti.amek ko ! mintak tlg depa cari sama,jumpa laa !

then petang sebelum hari raya,,(aku time tu kanak-kanak lagi) main la kt depan umah tok.pastu nampak kereta Toyota Corola DX kaler hijau..wah ! hape lagi menjerit terlompat-lompat laa..ye ye ! ayah da sampai ! kehkeh

tahun neyh perkara yg aku terkilan tak dapat buat time raya :

1. tlg TENGOK tok buat ketupat,,hehe..tgk je.sebab tok+wan je yg terer pon

2. terkilan sebab selalu last puasa,after berbuka (takdan nk basuh pinggan) sume pakat p beranda umah nengok bunga api ! men mercun lawan jiran sebelah.penah ada kes jiran blkg umah mai sound sebab kami main mercun. ah ! pedulik hape,bukan beli guna duit ko ! esok nk raya maa,,harusla main mercun !

3. taon neyh aku xdpt buat scene nanges teresak2 sambil kesat hidung waktu pagi raya ntk sesi salam mintak maap halal mkn minom. scene paling mahal even michael bay blom pnh buat !

4.tahun neyh rumah baru tok da siap ! hampeh sungguh tak dapat balik beraya kt umah baru. tapi aku rindu rumah papan.very da kampung ! nostalgia sume neyh :(

5. tak balik kpg,,mana nak ada duit raya !! uwaaaa !! kalo balik bley gak dpt seratus lebey (jadi laa) drpd takde kan..lagi besh dpt duit raya dari sedara sebab depa bg ikut umur..sapa besar,,lagi besar la nilai wang yg akan anda terima :)

ops,,da cukup panjang kot..len kali plak aku sambung story mory pasal raya. ekceli tak tahan nk nanges sebenarnya.rindu tokwan+kampung+jiran sekampung+bau najis lembu atas jalan bluerk+dan semua lah yg berkaitan :)  


suasana raya di kampung = PRICELESS !! 
kaya mcm mana pon tak dpt beli suasana cmni. betul tak ?? hehe

yg tgh tu adik aku : AIZAT


aku tiada dlm gambo : ini sebahagian dr sepupu2 aku

aku masih tiada dlm gambo : bz kt dapur ! konon :p


nota kaki pakai selipar : blom start buat persiapan raya :p