Tuesday 18 September 2012

past. gone.



Assalamualaikum ;)

aku pelik. semakin hari perangai makin aneh. eh cuba kau tengok jap atas bahu aku ney ada menda menumpang ke ? haha!

dulu kaki aku bebas tanpa alas merata pijak tanah.
dulu kaki aku pantas bila sebut pasal panjat dahan rambutan belakang rumah.
dulu tangan aku kebal pegang cacing buat umpan mancing.
dulu tak kisah kalau melepak tepi longkang berbau hancing.
dulu aku bebas berlari walau titik hujan turun menggila.

dulu aku tertawa bila boleh naik basikal sambil lepas tangan
dulu aku mampu senyum kelat bila lutut terguris, tangan tercalar.
dulu aku selamba biarkan kaki seluar basah dibelai sungai.
dulu aku seronok bila berayun di pokok sambil buat aksi Tarzan hutan.
dulu aku riang dapat gelungsur bukit beralaskan kotak.

sekarang jangankan tanah, dalam rumah pon nk berselipar.
sekarang jangankan panjat pokok, nak turun katil dua tingkat pon seriau.
sekarang jangankan cacing, serba serbi serangga aku fobia.
sekarang jangankan longkang, tempat lepak harus hebat-hebat.
sekarang bila tiba hujan , tidur atas katil seenaknya.

sekarang basikal tersadai di tempat parkir saja.
sekarang risau pasal parut tak hilang-hilang.
sekarang sudah lama mana tidak ke sungai.
sekarang memang gila kalau yg panjat pokok itu anak dara.
sekarang bukit habis ditarah, kotak pula dijualkannya. =.='


p/s : banyak kerjaan. lepas satu, satu. dugaan semester 5. doakan aku ;)

Sunday 16 September 2012

kau !



Assalamualaikum..

kau !
ye, kau yg sedang baca tulisan ney. aku nak pesan sesuatu buat kau. aku mohon, kau baca seteliti mungkin sebab niat aku sememangnya nak bagi kau terasa tulisan ini untuk kau sebenarnya.
kau !
semua orang punyai hati sendiri. begitu juga aku. seketul daging merah yang punya perasaan.
aku takkan marah kalau kau ambil hati hati aku tanpa izin.
aku takkan marah kalau berniat menjaga hati aku.
aku takkan marah kalau kau nak memanjakan hati aku selayaknya ia.
tapi !
hey, lihat muka aku waktu aku bicara denagn kau !
aku akan marah andai kau curi hati aku dengan niat nak bermain-main dengannya.
aku akan marah kalau kau ambil hati aku tapi kau tak serius nak milikinya.
aku akan marah bila kau pijak hati aku umpama puntung rokok yang dibuang ke tanah.
kau !
seketul hati aku tersangat lembut sifatnya.
aku mohon, kalau kau mahu sila jaga sebaiknya.
aku mohon jangan dibiarkan ia.
aku mohon jangan pernah lukakan hati ini
sebab aku takut, hati aku terluka dan berdarah.
dan darah menitis hingga kering.
sampai aku tak punya apa-apa rasa lagi kelak.
aku mohon. tolong ya.