Wednesday 30 October 2013

Never ask. okay?

Assalamualaikum ;)

Last three days, one of my relatives asked
"nanti kenduri nak buat kat mana?".
Like out of the blue that kind of question ditanya.


*jaw dropped*


I've replied "WHAT?"


Habislah aku nak kena tepis segala pertanyaan bila balik kampung during Raya season nanti.

Sapa-sapa yg sibuk tanya "hang bila nk menikah?", "boipren org mana?" dan soalan yg sama waktu dengannya. Aku buat camni. Got it?


Aku buat tak heran. Hehehehe. 


p/s : lets talk about books, heh. 



Tuesday 29 October 2013

apple of my eye.

Assalamualaikum, 
first and foremost I would like to apologize for this kind of entah-ape-ape-punya-entri. I wasn't really myself when I wrote this stuff. But hey, we are normal people right? And I just being normal by posting the photos of those who became apple of my eye. 

*Melting*

Weh, at least I don't post my selfie photo kembung kembung pipi acah kiut bajet lawa, no?

I present to you, the 1st nominee is.....

*drum-roll*

OKADA MASAKI ! 

Please samak dulu tangan tu sebelum sarung cincin nnt okay? Dah kawin nnt kita bela tupai je, comel sket.  



Red suits you well honey ;)



Aku bukan jenis yang layan kpop. big NO-NO ! especially the music, seriously NOT my type. Korean drama / movies aku layan je tapi takde lah obses like 24/7 pon nak tengok. Hey, Okada Masaki ni pon bukan korean okay. He's Japanese. One of my housemate yg suggest me to watch the drama Hanakimi (Jepun) ni. Hero dalam cerita ni lain, Sano. Tapi I don't really like Sano, dia bajet cool dgn rantai pastu pesen tak bergaul dgn orang plus he is ego. Okada Masaki bawak watak Sekime. Kira depa ni satu dorm laa kat high school tu (boys only). Ah, apesal pulak aku nk cerita sinopsis drama Jepun ni kat engkorang. Sendiri tengok lah okay. I found this drama was very hilarious. Kelakar gila sampai bila ada scene yg cam bengong mulut automatik cakap 'hampeh betei'. Kira Hanakimi ni drama Jepun no 1 dalam hati aku lah. Hewhew. I heart you Sekime ! Oh damn, feel like want to print his photos so I can tampal keliling dinding bilik sewa. Muehehe. Oh, besides Hanakimi, Okada Masaki berlakon dalam sekian drama : http://mydramalist.com/actor/497/okada-masaki . Tapi yg aku dah tengok so far Hanakimi, Mirai Nikki dgn Otomen je. Hurm. Tak sampai die-hard fan lagilah nampak gayanya kan? But still, I heart you Okada Masaki ;) 

Lets go the second nominee.


*Waka-Waka (This time for Africa) berdendang*



DAVID SILVA 

twinkle twinkle little star. How I wonder what you are.

Hidung serupa orang Hindustan daa. Siap ada pemanis muka bawah bibir tu. Ehem

I bet this is yr official attire during summer, huh? You kena belajar pakai baju nipis okay. M'sia is so damn hot. 

Great ! Boleh tolong I snap photo during our holiday / honeymoon nanti. Ehek =.='

Currently play for Manchester City and Spanish international player. Tak berapa tinggi (alaa, i love tall guy) but its okay. Ada tahi lalat pemanis muka which makes him look damn adorable bila senyum. Ah, what else can I say. You're my apple of my heart lah ;) CR mmg tall and quite handsome but then I love Silva more.

To both of you, nah !

Unexplained feeling toward you guys ;)


Gedik gila entri kali ni. Whatever. 

*flip hair* 










Sunday 27 October 2013

walked away.

Ada dua perkara
yang bikin aku tidak tentu arah
dan menjadikan hati kian parah.
Ketidakpedulianmu
itu satu.
Yang keduanya,
ketiadaan buku ditanganku
Buat peneman hari-hari berlalu.
Tapi yang pertamanya itu lebih besar impak buatku.
Kamu apa tahu?


p/s : kamu itu kan tidak peduli sama aku.

Friday 25 October 2013

random rants. ehek !

Nice one but the purple is way too bright. Design dah cantik dah.

Super calm ;) Sangat menjimatkan ruang. Efisyen  ntk bilik yg punya ruang terhad. 

Me super like this. But I would prefer if all the orange one turns to not-so-dark-purple.
Belia macam saya belum mampu punya rumah sendiri. Hancur harapan dan berkecai impian nk deko bilik ada rak buku etc. Maksud saya, deko ntk rumah sendiri. Awak kena paham, tiadalah niat kami sebagai belia nk tinggal dalam rumah/bilik sewa selama-lamanya. Musnah lah harapan pengantin baru muda mudi yg teringin makan cekodok dan minum teh petang-petang di laman rumah milik sendiri. Hurm =.=' Impian saya nk tengok anak-anak sendiri yg super comel berlari-lari main bola / guli / berkejar-kejar dgn ayah mereka yg handsome (David Silva) sambil minum teh o super sedap dan makan lempeng di taman (garden) tepi rumah. Apalah daya rumah teres setingkat mahupun bertingkek-tingkek agak keterlaluan mahalnya. Tiadalah saya ingin tinggal di pangsapuri mahupon kondo apatah lagi flat kerana keadaan diri yg takut pada ketinggian (gayat). Sedangkan rumah bertingkek-tingkek pon mahal, apatah lagi rumah atas tanah ye dokk? Buat bakal suami, tiadalah saya meminta banglo, villa atau rumah agam persis di Seksyen 2 Shah Alam itu. Takut saya mahu duduk dalam rumah besar. Penuh hantu, saya tak mahu. Cukuplah rumah teres setingkat. Ada garaj buat parking Honda Civic Type R yg warna hitam berkilat. Ada tanah lapang buat saya menanam serai, daun pandan, kunyit, bunga kantan dan pelbagai tanaman sayuran. Almaklumlah harga barangan di Malaysia sekarang mahal-tidak-terjangkau-dek-fikiran. Disebabkan subsidi gura telah dikurangkan, molek juga kita tanam tebu dipinggir bibir persis pemimpin yg manis berjanji macam-macam itu kan. Ehek. Bukan, tanam tebu ditepi rumah. Buat bakal suami juga, mohon dibeli buaian macam yg dalam gambar ni.
Super comel kan? Ehem
Bolehlah saya sebagai isteri yg punya minat mendalam terhadap buku untuk bersantai di buaian ni sambil membaca buku kegemaran. Tidaklah saya nanti keluar ke rumah jiran sebelah bergosip atau menjadi ahli mesyuarat tingkap dan asyik bicara perihal artis tempatan sahaja. Tak gitu abang? Ehem. Banyak lagi impian (idea berangan sebenarnya) yg mahu saya utarakan di ruangan ini. Apakan daya, tidak punya banyak masa terluang kerana sibuk mecari rezeki. Lain kali saya celoteh lagi. Kamu orang semua jaga diri. 
Assalamualaikum. Till we meet again <-----tulis gaya retis. Blergh !



Wednesday 23 October 2013

waiting for the end.




I feel like going away from you.
Out of your sight and out of your reach.
I'm thinking to go to the places that will make me Anonymous.
I'm thinking about throwing away our memories too.
But why do I feel like it never fades away?
Why does it stuck in my head and brain too?
My heart don't want to.
But my head just can't take it anymore.
My head stubborn like hell.
My heart broke and fell.
You give me that sorry when I'm worried.
Regretting things just not enough when you keep doing the same thing repeatedly.
I'm the weakest when comes to the heart and feeling thingy.
You're strong because you don't care at all, yes?



we're just friends, yes ?









p/s : its hard to explain. 

Tuesday 22 October 2013

rebel. do not come near me.

when I'm mad. takut tak? takut tak?

Kepantangan aku adalah berkaitan hal-hal seperti berikut :

1. Don't you ever dare to touch my stuff. Especially BOOKS, stationary, my Volkswagen mini camper van-piggy bank. Those stuffs considered as my Private Property. Yes, pada aku property bukan definisi ntk rumah atau hartanah. Lepas tu aku cukup pantang bila pen yg aku guna (dlm beg / atas meja / tepi note book whatsoever hilang). Ini betul-betul boleh mendatangkan kemarahan. Jangan berani dekat dgn aku waktu ni. Am so not myself at the moment. @#$%^&^%$
p/s :  I need my notebook and pen with me wherever I go.

2. Pantang bila menunggu lama. Aku dah sampai melekit badan berpeluh dok tunggu hang. Hang baru terhegeh-hegeh nk pakai eye shadow, baru nk sapu blusher kat pipi-tak mancung hidung tersorong tu. Please. Jangan bazirkan masa orang lain, can you ?
p/s : kalau dah tahu amik masa lama ntk mekap, tolong bersiap awal sikit boleh ?

3. Pantang bila time nk tidoq, dengaq suara orang berborak sembang kencang macam nk bagi satu taman perumahan tu dengaq. Seriously, telinga aku boleh tahan dengaq laman konstruksi para buruh kasaq dok bertukang buat rumah atau bunyi mesin rumput. Tapi bunyi orang bersembang seriously is not my type.
p/s : Tolong respek, aku nk tidoq.

4. Pantang bila A panggil B, B tak menyahut. Tak kira siapa pon. Kalau kat rumah whenever my parents called my siblings and if they didn't answered, mmg nak kena jerkah dgn aku lah tu. I was like ''are you deaf or something?".
p/s : ye, aku kakak yg garang dan malu-malu kucing. can't deny, hehehe.

5. Pantang jumpa laksa dgn mihun sup. Hahahahaha. Tak kira perut dah kenyang time kalau nampak 2 benda ni memang aku tak tolak. Pantang jumpa weh, ngee !
p/s : cekodok pisang dengan laksa yg mak buat, seriously can't resist it man !

6. Pantang bila I've done the work exactly the same macam yg kau suruh (Ive jot down everything man) then bila dah siap u say salah. It does happen so many times and I was like 'what the hell am I dealing with ni?'. Cakap pesen takde pendirian.
p/s : next time aku nk record all yr actions pastu replay depan kau pakai projector and big screen.

Dah, cukup setakat ini for the moment. Will update you later. Karang letak banyak dikata banyak songeh pulak. Kehkehkeh ! easy man, i'm an easy-going person.

Thursday 10 October 2013

nasib marhaen. reality sucks !

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Memang mencuri tu salah. Tapi pasaipa pakcik ni sampai tergamak mencuri? Kita taktau, mungkin dia terdesak sangat. RM2 weh. beli air je mampu. Kita taktau mungkin dia ni dahaga/lapaq sangat. Kita taktau. Desakan hidup ni ;( Patut sebelum jadi camni, ada pihak yg bantu. dunia jgn kejam sangat. yg org pakai kereta mewah berkot bagai makan rasuah juta-juta lagu mana cerita? itu bukan desakan hidup. mencuri itu tetap salah. sebab tu pemerintah kena memimpin dgn adil jgn sampai rakyat melarat.

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/08/demi-pelajaran-anak-anaknya-bapa-ini.html.

Mencuri itu salah. Tapi dia terpaksa weh. Memang silap dia  sebab tak berfikir panjang. Memang matlamat tidak menghalalkan cara. Tapi berbalik kepada dasar, aku rasa kalau pemimpin memerintah dengan baik adil saksama, rakyat marhaen takkan sampai melarat camni. Ayah mana sanggup tengok anak-anak dia susah. Kalau dari awal ada yg membantu, takkan si ayah ni nam buat macam ni ? T____T

*tear drops*

Pemerintah akan ditanya kat akhirat nnt. Menjawab lah kau kat sana. Agihan rezeki yg tidak sempurna kepada rakyat. Kroni makin buncit. Rakyat merangkak-rangkak.

Jangan tanya pasaipa aku berkerut dahi tahan marah bila nampak orang korporat enak duduk dalam kereta ada driver pastu sambil dok baca surat khabar pulak. Serius aku benci orang yg tak reti nak menolong orang lain. Kau punya rumah agam dan vila nilai juta-juta. Bukan sebuah, malah merata tempat aset kau tersimpan. Apalah salahnya hulur sedikit buat amal pada rumah anak-anak yatim, sekolah tahfiz (byk yg uzur kondisinya), rumah orang tua-tua, gelandangan, pengemis bagai.

14092013,BTS, KL - Seorang ayah sedang mendukung anaknya, sambil jari dituding ke arah kereta api laju ERL. Bisa saja punya makna "lihat itu anakku, negara kita sudah maju, mampu punya kereta api laju". Si anak merenung bangga. Bukan salah ayahmu, nak. kerana tidak dapat memberi keselesaan duduk bersandar dalam kereta yg punya hawa dingin nyaman. Apakah kau mengerti maksud kesempitan hidup, anakku?

05102013, Stesen Monorel Titiwangsa - Terlihat aku seorang ayah yg kasar telapak tangannya, sedang menggenggam sekampit beras. ;( Beras itu cuma 5 kg. Pakcik ni tak mampu beli beras dlm kuantiti yg banyak. Kita taktau, dia berjalan jauh to buy beras ntk anak bini kat rumah. We never know. Aku follow pakcik ni dari belakang as we're heading to same place (to monorel ttwgsa). Then pakcik tu berpaling and asked me stg. he did asked "dik, nk pergi Chow Kit ikut sini ye? Aku sedaya upaya maniskan muka senyum pada pakcik tu. Tapi disebabkan aku pon baru pertama kali kt monorel ttwgsa so aku jwb "tak pastilah pakcik, saya pon baru sampai sini" Then I figure out, monorel ni mmg sehala je. After ttwgsa, ke Chow Kit lah dia. That pakcik turun tangga to wait kt seberang sana. Last-last kami naik tren yg sama sebenarnya. Ya ALLAH, next time mohon alert Aween. Dlm tren aku tercari-cari pkcik tu, aku nampak dia, aku senyum. Aku lega coz aku tau dia pasti sampai destinasi dia. Rasa nak teriak dah time tu T___T. 

Malam tadi (10102013) sambil dok gosok baju kurung aku tengok berita kt tv1 pasal rakyat from India yg kena tipu dgn agen di Malaysia yg katanya nk bg depa pelunag pekerjaan kt shoppinng mall dgn gaji RM1800/month. Ini gila ! Aku rasa macam nk cari agen yg bodoh ni pastu nak katok kepala dia pakai kayu besbol, boleh? Orang India tu kesempitan hidup, niat depa nk mai sini cari rezeki bg anak bini depa makan, hang selambe badak dok naya orang. Serius aku geram sungguh. Aku mohon agen ni kena tangkap pi dok kt mana-mana penjara sat lagi aku habaq kt pak aku pi belasah hang. Jgn dok penaya orang sangat. Biasanya rakyat from Bangla/India/Pakistan ah mana-manalah, they did paid certain amount to the agent. Ada yg sampai sanggup gadai rumah kt tempat asal depa pasai depa tau bila mai Msia depa boleh buat duit (kerja), tp end up jadi lagu ni. Adoi, kesiannya. Bumi ALLAH ni luas. Biaq pilah depa nk cari rezeki kat mana-mana pon. Kadang tu kesian jugak tengok depa yg kerja jadi buruh kasar ni. Berpanas tengahari rembang semata nk cari duit. Mana ahli politik, korporat? Depa dok dalam opis, ada ekon pastu makan sedap-sedap. Tapi makan harta org lain. Depa makan rasuah. Aku benci.

*rasa macam nk tumbuk pintu tapi karang tgn sendiri sakit pulokk* 



"Kita sama-sama makan. Yang beza, orang bawahan makan nasik, orang atasan makan rasuah"







#SelfReminder : Bila dapat gaji, mohon jgn lupa memberi : mak ayah, adik-adik, belanja kawan, sedekah to pengemis, and if ada rezeki lebih, buy something to orphanage. insyaALLAH ;)

Monday 7 October 2013

dun judge *jari telunjuk ke kiri kanan*



Assalamualaikum ;)

Nak istiqamah buat benda baik ni kadang payah. I wish I can be like Kak Hanis. She's very pretty, muka manis selalu senyum, humble wlpn kerja hebat. She always share something good kat blog and twitter account dia. How I wish I can be like her. Solat awal waktu, rajin tangan memberi sedekah, bermanis muka dengan semua orang dan berbaik sangka. Always told myself "who do you think you are?". Why nak kutuk orang yg pakai tudung tp wear sleeveless shirt, skinny jeans etc. Am I wearing tudung yg menutupi dada? MasyaALLAH =.=' Aween, stop judging people. Look at yourself and correct anything wrong. I'm impressed seeing Kak Tasneem. Come from a good family which her father is a doctor (own 3 clinics area Shah Alam) and her mother is a professor. Kak Tasneem sekarang buat medik kat Egypt. Married and ada seorang anak. My aunt told me that wedding Kak Tasneem sangat meriah gemilang bagai, maklumlah buat kt 5-star hotel. But then , they do invite ramai org ntk datang memeriahkan majlis tu. Sedekah to those who are less fortunate, barakah ;) But Kak Tasneem orangnya very down-to-earth, pakai simple je, jubah biasa, takde nk color-blocking hijabista bagai. Suara Kak Tasneem, lembutnya. Everytime aku nk bersiap-siap ntk keluar or to the office, always look into the mirror and said to myself "nak melawa nak tunjuk pada sapa Aween? Why nk bersiap over the top sangat? Be moderate. Aurah before fashion" !. Always kena berperang with myself. Tengok member pakai lawa-lawa baju kalerful semua nak ikut. So whenever aku nak bersiap-siap, I think of Kak Tasneem. Why can't I be like her, kan? Moderate and simple. Then pasal baca Al-Quran. I wish aku boleh baca Quran sekerap aku baca buku-buku lain =.=' Ya ALLAH bila aku tengok Qari Junior, serius rasa nak menitis air mata. Hebatnya budak-budak tu baca Quran. Sedapnya suara depa berlagu. Tambah bila dengar waktu Ramadhan, sayu je. Sudahlah pandai membaca, bijak menghafaz pulak. Moga hidup kalian berkat, dik. Kalau adik-adik tanya akak, surah apa yg akak hafal, mungkin ayat-ayat lazim dan surah Yassin sebab itu je yg rajin dibaca =.='. Serius, umur dah 23 ni memang tahap wajib baca Quran dgn baik dan lancar. Kena berguru balik. Tak boleh nk hu-ha-hu-ha lagi dah. Be serious ! May ALLAH ease everything, and be a blessing to everyone, because we can. InsyaALLAH ;)




you should know the limit.





Slumber macam mana pon aku sewaktu lepak dengan engkorang, mohon jaga bahasa.
Gembira macam mana pon aku bila bersembang dengan engkorang, mohon tahu batasnya.
Jangan suka hati nak mengusik.
Aku ada hati.


Jangan sampai aku baling selipar dikaki.

Tuesday 1 October 2013

perihal hati bukan soal mainan, boi.




Kita selalu tak dapat melihat hati yang diberi,
Sebab kita cuma nampak tangan yang dihulur dari insan lain,
Tangan yang dihulur kadang tak kuat pegangan, terlepas genggaman,
Namun hati tadi masih setia sebagai peneman yang kekal.
Tapi kedua-dua menyakitkan tahu?
Terlepas pegangan, kita macam takde arah tujuan,
Hati ? samada terluka dan sembuh kembali atau luka selama-lamanya.
Pendek kata, memang terluka itu pernah, sedang atau bakal terjadi.
Fakta yang tak tersangkalkan.


p/s : kat mana awak buang kenangan kita?


02102013 LRT pwtc-Titiwangsa