Nice one but the purple is way too bright. Design dah cantik dah. |
Super calm ;) Sangat menjimatkan ruang. Efisyen ntk bilik yg punya ruang terhad. |
Me super like this. But I would prefer if all the orange one turns to not-so-dark-purple. |
Belia macam saya belum mampu punya rumah sendiri. Hancur harapan dan berkecai impian nk deko bilik ada rak buku etc. Maksud saya, deko ntk rumah sendiri. Awak kena paham, tiadalah niat kami sebagai belia nk tinggal dalam rumah/bilik sewa selama-lamanya. Musnah lah harapan pengantin baru muda mudi yg teringin makan cekodok dan minum teh petang-petang di laman rumah milik sendiri. Hurm =.=' Impian saya nk tengok anak-anak sendiri yg super comel berlari-lari main bola / guli / berkejar-kejar dgn ayah mereka yg handsome (David Silva) sambil minum teh o super sedap dan makan lempeng di taman (garden) tepi rumah. Apalah daya rumah teres setingkat mahupun bertingkek-tingkek agak keterlaluan mahalnya. Tiadalah saya ingin tinggal di pangsapuri mahupon kondo apatah lagi flat kerana keadaan diri yg takut pada ketinggian (gayat). Sedangkan rumah bertingkek-tingkek pon mahal, apatah lagi rumah atas tanah ye dokk? Buat bakal suami, tiadalah saya meminta banglo, villa atau rumah agam persis di Seksyen 2 Shah Alam itu. Takut saya mahu duduk dalam rumah besar. Penuh hantu, saya tak mahu. Cukuplah rumah teres setingkat. Ada garaj buat parking Honda Civic Type R yg warna hitam berkilat. Ada tanah lapang buat saya menanam serai, daun pandan, kunyit, bunga kantan dan pelbagai tanaman sayuran. Almaklumlah harga barangan di Malaysia sekarang mahal-tidak-terjangkau-dek-fikiran. Disebabkan subsidi gura telah dikurangkan, molek juga kita tanam tebu dipinggir bibir persis pemimpin yg manis berjanji macam-macam itu kan. Ehek. Bukan, tanam tebu ditepi rumah. Buat bakal suami juga, mohon dibeli buaian macam yg dalam gambar ni.
Bolehlah saya sebagai isteri yg punya minat mendalam terhadap buku untuk bersantai di buaian ni sambil membaca buku kegemaran. Tidaklah saya nanti keluar ke rumah jiran sebelah bergosip atau menjadi ahli mesyuarat tingkap dan asyik bicara perihal artis tempatan sahaja. Tak gitu abang? Ehem. Banyak lagi impian (idea berangan sebenarnya) yg mahu saya utarakan di ruangan ini. Apakan daya, tidak punya banyak masa terluang kerana sibuk mecari rezeki. Lain kali saya celoteh lagi. Kamu orang semua jaga diri.
Assalamualaikum. Till we meet again <-----tulis gaya retis. Blergh !
yang penting, bersederhana tu lebih baik. tapi ok lah tak melampau sangat mimpi hang tu. you're so sweet like cotton candy with honey flavors :P
ReplyDeleteAku kalau boleh nk pi dok rumah dalam hutan je ;p Rumah Hobbit pon cam ok, tp jauh laa pulokk ke New Zealand tu. kihkihkih
ReplyDelete