Thursday 29 December 2011

isu kandang FINAL.

cinta pada buku  tak bermakna aku rasa yg sama pada buku-kuliah. haha


Assalamualaikum :)

mengirup udara berbeza dari puncak yg tak sama. nyaman ! masih bernafas aku. Alhamdulillah. mata mampu melihat panorama indah dan kadang kala ternampak puncak pencakar langit berkembar dua. yang pada mulanya aku tidak percaya. lantas bila melihatkan sendiri. aku angguk mengaku sendiri.

"aween,,dari kampus aku nnt kau boleh nampak KLCC..

"hah ?? tipu laa,,mana mungkin dok di UiTM Puncak Perdana boleh nampak menara tiang dua tu. aku tak percaya"

tatkala perut minta diisi, bergegas kami ke kandang. haha ! aku pon ketawa bila mendengar nama kandang. hape punya tempat daa. tak terlintas aku bagaimana rupa kandang yg dimaksudkan.

oh ! kandang macam ney rupanya. kahkah ! tersengih aku sepanjang lalu di kandang itu. panggilan yg diberikan oleh pelajar2 UiTM Puncak Perdana kpd kedai-kedai makan disebelah kampus itu. aku perhati sekeliling. mencari persamaan antara gerai-gerai makanan disitu dgn perkataan 'kandang' itu sendiri. garu kepala juga mencari persamaannya entah dimana. ape-ape jelah. order makan. bungkus makan di bilik je.

jalan kaki balik, melepasi post guard maka rakanku bersuara ;

"aween,, tgk tuh KLCC ! haa,,bley nampak dari sini kan"

"okay,,aku percaya kau sekarang. hehe"

terus aku rasa semacam ada di kotaraya. tidak lagi di kandang. lalala :)



*********************************************************


minggu lepas aku berazam untuk meng'qada' tidoqq yg mmg agak lama tertunggak. tak puas lena bila serabut kepala dgn bermacam kerjaan. itu ini. sana sini. 

lemas. aku rimas.

bila sampai hari yg dinanti, tetap tak boleh dapat apa yg dihajati. qada' tidoqq jauh sekali. kena berasmaradana dgn etika & protokol pula. ah ! VVIP nk datang. 

tutup cerita pasal event segala. penat !


*******************************************************


aku ada 3 buah novel Inggeris yg dibeli dari lecturer sewaktu car boot sale. 1 buku RM5 sapa takmau kan. dan aku punyai dua karya Hlovate yg masih berbalut elok sejak dari aku berhempas pulas memujuk tgn menghulur sejumlah wang di MPH Carnival Mid Valley bulan lalu. masih belum aku bogelkan. tersimpan rapi di kamar. dijauhkan dari pandangan dan jangkauan. 5 buah buku menanti untuk aku tatapi bila tiba cuti semester nanti. buat masa sekarang. fokus terhala pada peperangan. 

ah ! sakit otak juga fikir hal untuk bertempur.

p/s : eleh aween, relaks laa.. final exam tahun depan kot. start 8hb Jan 2012 ! 
arini baru 30hb Dec 2011 :p


Thursday 8 December 2011

penumpang menumpang.


andai aku punyai jentera ini, alangkah !

Assalamualaikum wbt :)

menulis sambil menghadam keropok ROTA + layan ROXETTE (Listen To Your Heart)

seperti kebiasaannya. jam 7 pagi sudah menapak keluar dari rumah NO 33. langkah kaki mengheret aku dan 2 lagi hausmate ke tepian jalan. menunggu sesuatu yg sangat penting bagi siswi yg ketiadaan motor, kereta mahupun pakwe yg boleh di ditumpang untuk ke kampus. 

bas oh bas ! mana kau tak kunjung tiba lagi ney ?
aku sudah penat berdiri seperti patung cendana walau tak secantik Juliana Evans.

melihat kenderaan bersusun-susun. melintas lalu di depan mata. terfikir aku. takde siapa-siapa yg mahu menumpangkan kami kah? kami budak baek. nak je aku cakap "cikkkk,,boleh tumpangkan saya takkk ? kampus saya kt depan tu je." intonasi mcm hantu cerita Karak.

jentera berwarna merah-krim pon singgah. RapidKL. kadang-kadang aku fikir nama kau tak menggambarkan diri kau yg sebenar. adakala kau tak Rapid langsung, huh ! keluarkan not kertas seringgit. bayar ke driver bas. (sistem touch & go dihentikan buat sementara, untuk penambahbaikan). 

part paling tak digemari. terpaksa berdiri lagi. sudah penuh isi bas. tapi masih ditahap moderate. belum sampai level tin sardin. bas meluncur lagi. dari jauh kelihatan segerombolan manusia dari seberang. ah ! ini yg buat bas makin padat terisi ni. lemas ! sudahlah aku berdiri.

seorang demi seorang rakyat negara jiran naik. yg lelaki mahupun yg perempuan. okay. kini bas padat terisi. pakcik driver, sila jgn ambil penumpang lagi. sepanjang perjalanan tubuh bergerak ke kiri ke kanan. kaki sedaya upaya menahan bebanan supaya tidak jatuh. tiba-tiba, ada perasaan kurang enak menerjah hatiku. kenapa lelaki itu memilih untuk berdiri disebelah ku? tak suka ! aku rasa macam dalam bas untuk pergi Stadium Gelora Bung Karno pula. adakala terasa macam di bumi Jakarta walau belum pernah aku ke sana. yg perempuannya udah ngomong semacam ada sinetron dlm bas saja. yg lelaki pula tersengih sudah senyuman kambing. tak tahu ditujukan kepada siapa. gue enggak suka sama lo ! jadi lo jangan macam2 sama gue ya. gue jerit nnt langsung lo ditangkap pak polisi. AWAS !
boleh tak klasifikasikan keadaan ini sebagai sexual harassment ?? sangat tak suka bila bas melepasi selekoh di sekitar Puncak Alam ini yg mmg keadaannya seperti Litar Sepang. lelaki di sebelahku seolah-olah sengaja mahu rapat ke aku. ah tidak ! sepanjang aku berdiri dalam bas pagi itu, muka ini mmg langsung kelat.  tidak aku sedekahkan segaris senyuman. aku kira itu lebih 'manis' jika dibandingkan bila kita berpura-pura senyum manis. bukan sifat aku diskriminasi. tapi lebih kepada Safety and Security.

pagi-pagi lagi aku sudah terpaksa menempuh keadaan sebegini. mmg permulaan hari yg tidak baek. 

nota kaki pakai selipar: oyeah ! jumaat-senin cuti. tp tak heaven langsung bila kena siapkan 3 report + study + esaimen yg wajib dihantar & berlaku pada hari yg sama

Tuesday 6 December 2011

lidah kelu. bukan bisu.

Sunday 4 December 2011

eskrem. sesak.

 Assalamualaikum :)


don't you think its mouth-watering ??

sesak. bermakna sempit. perlukan ruang bernafas. impikan sesuatu yg bisa membuat kita merasa luas dan gembira. sesak nafas bikin sakit dada. sesak jalan buat kita rasa macam kura-kura. sesak duit langsung memusnahkan harapan untuk kita mendapatkan sesuatu yg mampu menistiskan titisan saliva angkara melihat kenikmatan makanan di depan mata. tak suka ini ! 
helaian kertas berwarna di dalam purse berwarna ungu kian menghilang. oh ! semakin menipis ! keinginan mendapatkan sesuatu seumpama rembesan adrenalin yg menggila bila menaiki roller-coaster. mahu itu ! mahu ini ! bajet lari. langsung tidak terkejarkan. ah ! sabar. hanya mampu ku melihat.
perut perlu diisi. jimat juga perlu aku patuhi. tak tahan. lantas ku mendapatkan ayah. minta belas ihsan kasih sayang ayah nun jauh di Langkawi sana. ini pertama kalinya aku meminta sen dari ayah. walau aku pernah berazam sendiri, tak kan ku pinta duit ayah lagi bila aku melangkah kaki ke Universiti. aku kalah ! tp aku janji, ini pertama dan terakhir kalinya. terima kasih ayah. along minta duit aritu buat belanja makan. minggu ney along sudah withdraw duit simpanan along. tak mahu minta pada ayah lagi. Alhamdulillah. along tak perlu ikat perut lagi. ada duit buat bayar kereta sewa & minyak untuk company visit. ada duit untuk bayar hutang tak sampai rm15 ke housemate yg tlg bayarkan duit barang dapur. suda ada duit untuk bayar RM2 pergi balik umah sewa-kampus naik RapidKL. Alhamdulillah. terima kasih Ya ALLAH :)

semoga dimurahkan rezeki aku. amin ya rabbal alaminn ~

I LOVE ~ LOMOGRAPHY