Thursday, 8 December 2011

penumpang menumpang.


andai aku punyai jentera ini, alangkah !

Assalamualaikum wbt :)

menulis sambil menghadam keropok ROTA + layan ROXETTE (Listen To Your Heart)

seperti kebiasaannya. jam 7 pagi sudah menapak keluar dari rumah NO 33. langkah kaki mengheret aku dan 2 lagi hausmate ke tepian jalan. menunggu sesuatu yg sangat penting bagi siswi yg ketiadaan motor, kereta mahupun pakwe yg boleh di ditumpang untuk ke kampus. 

bas oh bas ! mana kau tak kunjung tiba lagi ney ?
aku sudah penat berdiri seperti patung cendana walau tak secantik Juliana Evans.

melihat kenderaan bersusun-susun. melintas lalu di depan mata. terfikir aku. takde siapa-siapa yg mahu menumpangkan kami kah? kami budak baek. nak je aku cakap "cikkkk,,boleh tumpangkan saya takkk ? kampus saya kt depan tu je." intonasi mcm hantu cerita Karak.

jentera berwarna merah-krim pon singgah. RapidKL. kadang-kadang aku fikir nama kau tak menggambarkan diri kau yg sebenar. adakala kau tak Rapid langsung, huh ! keluarkan not kertas seringgit. bayar ke driver bas. (sistem touch & go dihentikan buat sementara, untuk penambahbaikan). 

part paling tak digemari. terpaksa berdiri lagi. sudah penuh isi bas. tapi masih ditahap moderate. belum sampai level tin sardin. bas meluncur lagi. dari jauh kelihatan segerombolan manusia dari seberang. ah ! ini yg buat bas makin padat terisi ni. lemas ! sudahlah aku berdiri.

seorang demi seorang rakyat negara jiran naik. yg lelaki mahupun yg perempuan. okay. kini bas padat terisi. pakcik driver, sila jgn ambil penumpang lagi. sepanjang perjalanan tubuh bergerak ke kiri ke kanan. kaki sedaya upaya menahan bebanan supaya tidak jatuh. tiba-tiba, ada perasaan kurang enak menerjah hatiku. kenapa lelaki itu memilih untuk berdiri disebelah ku? tak suka ! aku rasa macam dalam bas untuk pergi Stadium Gelora Bung Karno pula. adakala terasa macam di bumi Jakarta walau belum pernah aku ke sana. yg perempuannya udah ngomong semacam ada sinetron dlm bas saja. yg lelaki pula tersengih sudah senyuman kambing. tak tahu ditujukan kepada siapa. gue enggak suka sama lo ! jadi lo jangan macam2 sama gue ya. gue jerit nnt langsung lo ditangkap pak polisi. AWAS !
boleh tak klasifikasikan keadaan ini sebagai sexual harassment ?? sangat tak suka bila bas melepasi selekoh di sekitar Puncak Alam ini yg mmg keadaannya seperti Litar Sepang. lelaki di sebelahku seolah-olah sengaja mahu rapat ke aku. ah tidak ! sepanjang aku berdiri dalam bas pagi itu, muka ini mmg langsung kelat.  tidak aku sedekahkan segaris senyuman. aku kira itu lebih 'manis' jika dibandingkan bila kita berpura-pura senyum manis. bukan sifat aku diskriminasi. tapi lebih kepada Safety and Security.

pagi-pagi lagi aku sudah terpaksa menempuh keadaan sebegini. mmg permulaan hari yg tidak baek. 

nota kaki pakai selipar: oyeah ! jumaat-senin cuti. tp tak heaven langsung bila kena siapkan 3 report + study + esaimen yg wajib dihantar & berlaku pada hari yg sama

20 comments:

  1. villain kan suka cari makan kat rabbitkl...

    hmmm

    ReplyDelete
  2. cakap kt pacik drebar tu
    "mekaseh pacik.. kini dgn singgit saya berjaya melancong ke jakarta!"
    heheh..

    ReplyDelete
  3. classic!

    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/interconnected-friday.html

    ReplyDelete
  4. huii..aku paling tak suka kalau terpaksa bersesak2 dengan warga asing cenggini. sabar jela ye dik. biasalah tu hidup sebagai student kan. hehe

    ReplyDelete
  5. hihihi... sian.. gi naik basikal tak boleh ke?

    mat/minah indon makin ramai..sgt ramai..deme tu makin berani..risau kalau2 nanti jadi mcm di Sabah.

    errr...tapi hencem jgk kan? hahaha...

    ReplyDelete
  6. t kasih krn sudi menjenguk ke blog 'atasnamaaku' yang selalu merepek tu.. saya menghargainya..

    ReplyDelete
  7. terasa nikmat duduk dalam kampus. XD

    ReplyDelete
  8. misalan....yg berdiri rapat tu bukan warga seberang....nazmi faiz...mesti bes kan.haha...

    ReplyDelete
  9. nub : mmg begitu yeh ? huh !

    hani : andai dapat terus ke bumi Australia, alangkah ! hehe

    c'axoera : vintage. aku suka banget :)

    hana ahmad : sis, lemass lo tahu enggak ? gue capek begini. naseb laa gue penyabar :p kuikui

    a.samad jaafar : eeuwww ~ tlglaa,,aku tak minat mamat indon mahupon lombokian :p
    sama2. ada bahan menarik ntk dihadam ,so aku singgah laa blog 'atasnamaaku' itu ^^

    Faaizz d. Zul : kolej kami tang sini tak byk. priority diberi pada budak asasi. kami yg degree ney sempat dok kolej sem 1 saja :(

    APAN : aku minat Fadhli Shas laa ! tp kan, kiut jugak si nazmi tu yeh ?? kekeke

    ReplyDelete
  10. aku pun mahukan jentera itu.. =]

    ReplyDelete
  11. gua harap gua boleh ganti tempat dengan mamat sinetron tu!

    ReplyDelete
  12. cian ini budak.beli la beca.sambil2 kayuh ke kolej, boleh menjana pendapatan.hehe

    ReplyDelete
  13. APi : kau belilah..nnt aku tumpang okay :)

    karatz : amboiii hang..nk mkn kasut saiz 5 ?? *kidding* kuikui

    penjajah minda : kayu beca ?? 'bagus'idea tuh :P
    uitm puncak alam atas bukit wo0ohhh..mana larat laa abg o0oii ~~

    ReplyDelete
  14. sy pakar berdiri dlm bas, tp bkn sblh pria sinetron... (:

    ReplyDelete
  15. angah suka cerita kamu ini, sebab angah juga melalui episode drama 'usahasama' seperti ini setiap hari!

    ReplyDelete
  16. Pergh rota2!! Sdap tu. Aku phm pe ko rs sbb aku pnah rs. Seyes bengang

    ReplyDelete
  17. pernah merasa perasaan yang sama.kerana mahukan lebih,pemandu bas sanggup biarkan bas yang sudah padat bertambah padat biarpun limitnya sudah melepasi seperti yang di tetapkan.

    ReplyDelete
  18. owh sgt rindu naik bas cmtu, terasa nk mengambil kembali pengalaman naik bas himpit ramai2..hahaha

    ReplyDelete
  19. haiyooo....tak suka naik bas penuh2 mcm tu...mcm2 bau ada huhuhuhu

    ReplyDelete
  20. susah juga kalau naek bas ni....macam-macam masalah. Kan best klu ba yg tunggu kita bukan kita tunggu bas

    ReplyDelete