Wednesday 15 May 2013

kesempatan luar biasa.


Assalamualaikum...

Sepanjang praktikal aku di Tourism Selangor ni, menuntut aku untuk berkerja half-day setiap Rabu agar aku bisa kembali ke kampus nun jauh di Puncak Alam sana. Dengan tujuan berjumpa supervisor thesis bla bla bla. Sungguh tak menipu ni kawan, baru aku sedar betapa jauhnya UiTM Puncak Alam itu dari Shah Alam ni haa. Bisa saja tertidur tersengguk-sengguk di dalam bas dan terhantuk pada besi di tepi tingkap Rapid itu. DUM ! Terus terjaga dari tidur, mengantuk bukan main. Lagi-lagi jikalau hari panas terik membahang yg membataskan penglihatan mata untuk segar sepanjang masa. Rasa seperti diikat dengan batu bata. =.='

Semalam HR Manager takde dalam opis, bos aku ada. Cepat saja aku dan Safra bikin perancangan mahu half-day seperti biasa walaupun tidak ada sebarang temu janji dgn supervisor dikampus.

Aween : 'Encik Fazly, saya dgn Safra half day arini"
Bos : "Ok". Jawabnya pendek dan ringkas kerana sibuk layan technician P1 Wimax yg datang ke kantor.

Laju saja beg dicapai setelah laptop masing-masing ditutup suisnya. Bergegas ke perhentian bus depan PKNS sambil kuap tak berhenti. Oh ! Gila betul bas lambat, ngek. Dalam bus tak bercakap banyak, lintas jalan terus depan Pusat Komersil Seksyen 7 sana. Meniti anak tangga ke tingkat paling atas di antara deretan rumah kedai itu. Selepas mandi dan bikin apa yang patut, tidak aku tunggu lama lagi.

Stesen seterusnya, katil.

Next station, my-super-comfortable-bed-oh-yes-its-rainy-so-i-can-sleep-like-crazy. #suka hati aku !

p/s: jarang-jarang rasa nikmat tidur petang sejak berpraktikal ni, wahwah !


Monday 6 May 2013

Plastik.



Aku bukan plastik.
Gemar berselipar , malahan jarang bersepatu tinggi.
Bisa saja terseliuh kaki akibat tersalah langkah meniti tapak.
Diusia 23 sudah pasti anak-anak gadis wajib punya serba lengkap alat mekap.
Namakan saja, pasti ada disumbat segala macam jenama ke dalam tas kecil.
Maskara, pelentik bulu mata, celak berupa pensel mahupun dalam bentuk cairan
pemerah pipi bermacam rona, gincu merah pekat sampai warna ungu.
Belum dicampur segala macam krim kecantikan wajib ditempek ke wajah kala berdandan.

Aku bukan plastik.
Cuma punya sebatang celak buat penggaris alis mata, bedak kompak kurang berjenama dan sapuan 'lip balm' bikin muka lebih bermaya.
Sebab inilah aku.
Tidak kujadikan wajah seumpama buku mewarna kanak-kanak 3 tahun
Jauh sekali mahu berdandan seperti badut.

Aku Aween dan aku bukan plastik.


Gambar belanja diri sendiri makan dekat 'Pasar Ikan Manhattan' Kopak duit, sebab sebelum tu belanja SAKAN kt #PBAKL ;( 


p/s : Rejab dah dekat, youkkk puasa sunat !

Thursday 2 May 2013

adiwira.



Jangan kalah dalam pertarungan dunia merebut kuasa. 
Jadilah adiwira !