Gemar berselipar , malahan jarang bersepatu tinggi.
Bisa saja terseliuh kaki akibat tersalah langkah meniti tapak.
Diusia 23 sudah pasti anak-anak gadis wajib punya serba lengkap alat mekap.
Namakan saja, pasti ada disumbat segala macam jenama ke dalam tas kecil.
Maskara, pelentik bulu mata, celak berupa pensel mahupun dalam bentuk cairan
pemerah pipi bermacam rona, gincu merah pekat sampai warna ungu.
Belum dicampur segala macam krim kecantikan wajib ditempek ke wajah kala berdandan.
Aku bukan plastik.
Cuma punya sebatang celak buat penggaris alis mata, bedak kompak kurang berjenama dan sapuan 'lip balm' bikin muka lebih bermaya.
Sebab inilah aku.
Tidak kujadikan wajah seumpama buku mewarna kanak-kanak 3 tahun
Jauh sekali mahu berdandan seperti badut.
Aku Aween dan aku bukan plastik.
Gambar belanja diri sendiri makan dekat 'Pasar Ikan Manhattan' Kopak duit, sebab sebelum tu belanja SAKAN kt #PBAKL ;(
p/s : Rejab dah dekat, youkkk puasa sunat !
Sama.
ReplyDelete21 dan tak gemar menjadi terlalu gadis.
Maksud aku, tanpa make up dan sepatu tinggi.
Tapi aku masih gadis yang gadis.
Luaran kita tak menggambarkan kita yang sebenarnya.
Cheers!
26 dan masih tiada tas tangan berjenama apatah lagi alat tata rias yang mewah. Masih perempuan cumanya perempuan kebanyakan. Kita adalah bila kita jadi diri kita sendiri :)
ReplyDelete