Assalamualaikum ;)
Kau tahu tak yang tangan kau tu sebenarnya membunuh ?
Kau adalah pembunuh, tahu?
Memang tidak terlihat darah mengalir dari jasadku.
Tapi andai kau mampu tembus ke jantung hati aku
Pastinya kau sendiri terkejut dengan keadaannya.
Mungkin kau juga sampai tak sanggup melihat.
Betapa terlukanya hati aku.
Betapa darah mengalir laju keluar dari luka-luka itu.
Tanya tangan kau sendiri.
Kenapa tergamak menjadi punca terlukanya hati?
Tiada pisau atau apa-apa senjata.
Cukup sekadar pesanan khidmat ringkas sahaja
Mungkin bagi kau semuanya tiada apa-apa.
Tapi bagi aku, telah terluka sepenuhnya.
Tangan kau yang membunuh jiwa.
Tangan kau patut tanggung derita seperti mana hati aku meronta.
Aku berkecil hati.
Aku perlu sendiri
Tapi kau jangan pergi
Aku masih sayangkan kau lagi
Tolong bahagiakan aku.
-malam sayu berkecil hati-
11.14 malam
p/s : Ainur Safia, kalau kau baca ni mohon DM aku. ;( its him, again.
No comments:
Post a Comment