Saturday, 9 February 2013

congrats !

Assalamualaikum ;)

Bertemankan Aizat yang sedang main Counter Strike, sambil muka aku sendiri dah macam hantu tepung gomak (pakai bedak sejuk) =p hehe. saja singgah blog untuk kesekian kali dengan niat nak merapu lagi. 

*aku teringin makan pizza* 

ahaha, abaikan yang atas tu. Well ni mai sat aku nak habaq kt hangpa. Sepatutnya aku ki Peghelih hari ni. Sebab esok 10hb wedding lecturer kesayangan yakni advisor kepada event FYP aku. Supposedly pergi sana hari ini dan stay at Safra's house. Unfortunately, beliau kabor ke aku yang esok rombongan dari Temerloh nak mai merisik dia. I mean, family bf dia laa, nak mai merisik. She's insisted me to come tapi gua segan lah beb, kau gila hape nak duduk rumah dia at the same time family bf dia ada sekali. wuuuu T___T.
Ceq segan baq hang. Makanya tak dapat lah aku nak pergi kenduri kawen sebelah pengantin lelaki. Maafkan saya Miss Ayu (She wont allowed us to called he Madam Ayu, lagipon dia tak sesuai dgn gelaran tu. lawa sgt so keep on addressing her Miss). I would love to attend your wedding, sobs3x. Takpe Miss, nnt kan Miss nk buat house warming rumah baru kt Denai Alam tu, I promise that i'll force myself to go haha.

Bercerita bab kawen, kawen ni memang banyak dramanya (tiru video MatLutfi90) kahkah. 
Aku nak ucapkan tahniah kepada Ahmad Zainol Adzriffen bin Ridzuan atas kejayaan anda untuk melepasi satu lagi fasa terpenting dalam hidup yakni KAHWIN. Perlu tak aku mention si Zenol ni bekas pakwe aku waktu Tingkatan 3 dulu ? ngeee ~

*fireworks* 

Aku kenal zenol ni sejak masing-masing berhingus lagi weh. Yelah, blajo tadika sama-sama, sekolah rendah pon sama. sekolah menengah kat Jelebu pastu pindah Tapah pon sama-sama. Pendek kata, memang dah kenal sangat dah beliau ni. Jenis hormat orang tua, tak pandai marah-marah, tak bercampur dengan orang tak tentu hala. cis, apesal aku puji dia melambung ni? Kalau aku merepek tulis pasal dia dan mengimbau kenangan cinta lalu waktu Tingkatan 3, korang cakap aku gila talak pulak. So ada baiknya aku berhenti saja setakat ini. Kepada Zainol, aku doakan kau dan Dayah akan sama-sama belajar memperbaiki dan mengenali   diri untuk kesejahteraan bersama, May ALLAH bless both of you till Jannah, ameen. InsyaALLAH 17 March nanti harapnya aku berkesempatan datang kenduri kau dekat Penjara Tapah tu. 


lawatan Tabika Kemas Penjara Jelebu ke Zoo Melaka. 1996

Tabika Kemas Penjara Jelebu 1996. aku di barisan hadapan, cari lah ;) haha


p/s : harap persahabatan dengan semua org, kekal sampai bila-bila ;)

4 comments: