Tuesday, 26 February 2013

do I have to?

Qisya dan dotdotdot. kehkeh !

Assalamualaikum wbt ;)

This might be the last entry that I post from Langkawi. I am going back to Shah Alam by 28th February 2013. Esok ! what the bla bla bla. 

*terajang pintu*

Do I have to go back to Shah Alam, like seriously? What if I don't want to? 

*sigh* very deep sigh =p

Sebulan lebih berhibernasi dirumah. Menjaga dua orang laskar kecil yang comel. Menjadi penonton setia Astro 707 mengadap rancangan Getaway. Bercita-cita hendak travel just like Samantha Brown, mengidam makan sebanyaknya umpama host Man vs Food etc..dan sekarang perasaan berontak bermaharajalela dalam diri. Sekerasnya benci bila cuti sudah tiba ke penghujungnya. 
Jam pukul 3.00 petang, hari Rabu. Tiket bas dan feri sudah dibeli. Tapi, try pi tengok bagasi, satu hape tak kemas lagi. Nampak tak ? Nampak tak?

Dunia memang kejam. 

*redha*


p/s : Minggu ni banyak berita pasal kemalangan bas. Aku cuak tahap tinggi ni, serius. Mohon doakan aku selamat sampai destinasi. Harap perjalanan selamat, ameen. 
Doakan aku.







Saturday, 23 February 2013

stargazer.

             
Starry Night in Malaysia from gradientlok on Vimeo.


Assalamualaikum ;) 

Hye guys. One of my friend shared this via FB so I thought this might be something interesting to share with you guys. Cepat klik video di atas. Subhanallah, cantik kan? Bertaburan bintang berjuta.

"Klip klip klip bintang kecil, dimana kamu berada
nun jauh diangkasa bagaikan satu mutiara." - lagu wajib kat mana-mana Tabika =.='

I've always wanted to be with someone that i love, atau pon dengan kawan pon tak kisahlah dengan sape-sape. We would be on the top of the hill, at night and watching clouds, staring at the diamond stars. Don't you think it'll be nice? How sweet! Kadang-kadang dekat rumah aku selalu lepak dekat beranda, tenung langit. Subhanallah, ALLAH Maha Hebat. Ciptaannya meluas, tak tercapai akal fikiran. Bintang-bintang berselerakan tak terkira jutaan butirnya, Putaran bumi tanpa henti, siapa yg mengawalnya kalau bukan ALLAH Taala. 

Lagi satu yang buat aku kagum. Aku perasan setiap kali aku naik bas Kuala Perlis - Shah Alam etc, aku perasan yang bulan penuh malam tu dan sepanjang perjalanan aku akan merenung ke langit. dan bulan seolah mengekori perjalanan bas. Serius, everytime aku akan travel dari Selangor balik Kedah mesti bulan penuh. Lawa, Subhanallah ;) Aku kagum dengan orang Islam yang berkerja sebagai ahli falak. Aku bangga dengan para ilmuan Islam dalam bidang astronomi. Sesunguhnya bidang astronomi itu adalah mulia, mengkaji ciptaan ALLAH dan mengkagumi ciptaanNYA. indah ;) Last time I've been to the National Planetarium was when I was 5 years old. LOL, lama gila dah. Kena pergi lagi soon, to refresh my memory hehe. 

Dan beruntunglah Sheikh Muszaphar menjadi angkasaawan pertama negara. Naik ke ISS, merenung bumi dari angkasa lepas bukan calang-calang orang dapat peluang sebegitu. Aku yang melihat video rakaman beliau pon bisa menangis terharu. Melihat bumi berputar, dari angkasa secara LIVE pulak tu. 

*Selain tenung bintang, aku jugak gila tengok awan kepul-kepul. Cantik ;) kbye.


gambor ihsan Tumblr kot. lupa =.=' hehe

p/s : ucaplah Alhamdulillah. Nikmat ALLAH tak terkira banyaknya. 


Thursday, 21 February 2013

mimpi.

Photo / Edited by me ;) Antara koleksi yg memenuhi rak buku.

Assalamualaikum ;)

Andai ada mana-mana insan yag bermurah hati, sopan santun, manis tutur bicara, tak jemu mata dipandang. Atau ada mana-mana insan yang pakaian selekah, makan gelojoh, jalan gopoh-gapah, kasar tutur bicara. Lantaklah ! Walau siapa pun kau, andai kau belikan aku mana-mana naskah. aku akan berterima kasih sepanjang proses penghadaman aksara itu berlaku. Malahan, setelah ku tutup muka surat terakhir beserta kulit naskah tersebut juga tak lupa aku berterima kasih. Andrea Hirata punya buku, memang terbaik, aku ada beberapa koleksi tulisan dia. Power! Lain dari yang lain. Aku nak cuba hadam karya penulis lain juga dari tanah seberang, Indonesia. Sastera itu indah tahu? Bermimpi lah aku sekali lagi. Cis.




Wednesday, 20 February 2013

pokok merah hati.

credit photo : Tumblr


hadam susunan aksara dalam pondok diatas pokok. 
apa lagi yg indah selain itu? 
mohon khabarkan !

mungkin ada lagi bisa membahagiakan
andai kita dua mampu bicara tentang impian
beriringan di puncak tinggi sambil perhati bintang bertaburan
pada hati ada sesuatu yang tak terungkapkan,
kau sebenarnya yang aku rindukan.







Tuesday, 19 February 2013

balas.

kalaulah kepenatan itu bisa hilang semudah debunga ditiup angin, alangkah !



Bila mata dan otak mogok,
Kau kena pandai atur strategi memujuk,
Kalau tadi kau paksa keduanya berkerja,
Sekarang kau hadap lah seksa derita,
Bila mana keduanya langsung tak rasa kasihan pada tuannya.


Nota kaki: Dua malam berturut-turut mata aku penat gila.

*campak laptop jauh-jauh* 
Itu punca sebenar.

Monday, 18 February 2013

pengulangan.

credit : Internship Quotes Tumblr

"Aween, kau dapat praktikal kat mana?"
-"Tourism Selangor"

"Kat mana?"
-"Seksyen 14 Shah Alam"

**********************************************************************

"Aween, kau dapat praktikal kat mana?"
-"Tourism Selangor"

"Kat mana?"
-"Seksyen 14 Shah Alam"

**********************************************************************


"Aween, kau dapat praktikal kat mana?"
-"Tourism Selangor"

"Kat mana?"
-"Seksyen 14 Shah Alam"

**********************************************************************


"Aween, kau dapat praktikal kat mana?"
-"Tourism Selangor"

"Kat mana?"
-"Seksyen 14 Shah Alam"


Doblas orang aku jumpa, semua tanya benda yang sama.
Enam puluh empat orang aku jumpa, semua tanya benda yang sama.
Tujuh ratus orang aku jumpa, semua tanya benda yang sama. *hiperbola*
Dekat FB, Twitter, jumpa tepi jalan, junior nak beli/sewa buku, makcik jual kuih kt kafe, abang jual nasik kerabu, pakcik bus RapidKL, kawan zaman sekolah rendah, tokwan dekat kampung, pak sedara dan tak terkecuali Fadhli Shas juga =.=' 

*eh yang last tu tipu*

kahkah.

Nasib baik aku tak kena sawan buih sebab jawab soalan yang sama dan kena ulang jawapan yang serupa. Since aku bakal mula praktikal 4 March nnt dekat TS tu, aku expect kompeni bawak lah aku pergi travel, support tambang flight aku nak pi Aussie ke, belanja aku masuk Universal Studios Singapore ke itupon dah cukup bermakna. kahkah ! Yela, nama pon kompeni pelancongan kan, kena sangat lah dengan aku. Alhamdulillah, harapnya dapat kutip serba sedikit banyak pengalaman kt situ nanti. Mohon doakan ;)



Sunday, 17 February 2013

jiwa terbunuh.


Assalamualaikum ;)


Kau tahu  tak yang tangan kau tu sebenarnya membunuh ?
Kau adalah pembunuh, tahu?
Memang tidak terlihat darah mengalir dari jasadku.
Tapi andai kau mampu tembus ke jantung hati aku
Pastinya kau sendiri terkejut dengan keadaannya. 
Mungkin kau juga sampai tak sanggup melihat.
Betapa terlukanya hati aku.
Betapa darah mengalir laju keluar dari luka-luka itu.

Tanya tangan kau sendiri. 
Kenapa tergamak  menjadi punca terlukanya hati?
Tiada pisau atau apa-apa senjata.
Cukup sekadar  pesanan khidmat ringkas sahaja 
Mungkin bagi kau semuanya tiada apa-apa.
Tapi bagi aku, telah terluka sepenuhnya.

Tangan kau yang membunuh jiwa. 
Tangan kau patut tanggung derita seperti mana hati aku meronta.

Aku berkecil hati.
Aku perlu sendiri 
Tapi kau jangan pergi
Aku  masih sayangkan kau lagi

Tolong bahagiakan aku.


-malam sayu berkecil hati- 
11.14 malam


p/s : Ainur Safia, kalau kau baca ni mohon DM aku. ;( its him, again. 




harap menjadi.

Assalamualaikum ;)

         Sebenarnya aku nak buat entri pasal Australia. Kehkeh. Takpelah, memandangkan bajet ciput, pastu entah bila boleh jejak tempat Kangaroo tu bla bla bla so aku buat entri pasal Singapore dulu lah ye. Aku dan Huda yakni kroni sebilik di Rumah Antoo Fighter telah berkomplot untuk pergi backpackers lah sangat atau lebih tepat lagi pergi bersiar-siar ke Singapore. chewaah ! 
        Well, kami rancang untuk pergi sana bila dah berjaya tamatkan praktikal nanti, mungkin dalam bulan Agustus atau September ke. Nak pergi travel kena pandai pilih tarikh, sebab bila pergi musim cuti ya ampun. Jenuh lah siapkan duit sebab tambang/fees/charges etc berganda-ganda. Kita nak pi bersiar-siar kalau boleh biarlah cost-efficient ye dok? 
          Aku dah ada buat research sikit pasal negara seberang tu. Antaranya inilah :) Take a look ! 10 Things To Do In Singapore. Ce kome tengok Nombor 1 tu ; Singapore Flyer. Dulu aku dah pernah try naik sekali. I mean waktu tahun melawat Malaysia 2007 kot, entah aku lupa. Tapi the roda feris mudah alih pernah ada dekat Taman Tasik Titiwangsa. Aku cabar diri naik walaupon gayat, sebab boleh tahan tinggi baq hang ! the one kat Singapore tu adalah The Largest Observation Wheel. Cambesh je untuk aku cabar diri cuba naik roda impian ni =.=' hehe. Kalau aku nak ceritakan satu persatu benda/tempat menarik kat Singapore memang tak lah. Kome ingat aku larat nk taip banyak-banyak? No way ! kahkah. sendiri tengok lah ye kawan-kawan ;) Singapore's Attraction. See ? Banyak kan ? Ditambah pula dengan teknik fotografi yang hebat langsung aku tertarik nak pi =.=' haha. Tempat wajib pergi untuk bersuka ria adalah

*bunyi drum*

Universal Studios Singapore. Okay, aku nak main semua benda kat situ. You guys tahu tak, we as Malaysian ada special offer kalau nk pi Singapore tahu ? cekidaut here bangga lak jadi rakyat Malaysia. Kira okay lah tu kan? Korang boleh cekidaut sini for more information okay -----> laman web rasmi ni haa.

         Aku rasa ini entri aku paling entah-hape-hape sekali. Siap dengan perenggan haa, dah macam karangan Bahasa Melayu. Tak gitu? Tak rokes langsung kan ? Takpe, kadang-kadang kita kena have fun ye dokk ? Later on aku nak tulis pasal Australia pulak. Kelas sangat kan? Belum pergi tempat tu tapi berangan kemain hebat. Imaginasi itu penting. Disebabkan aku dah share beberapa link website best, so aku malas dah nk post gambar best dalam entri ni. Padan muka korang.  



Bermimpi lah kamu dan Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu - Arai, Sang Pemimpi karya Andrea Hirata. Kalau watak Arai dan Ikal bisa teroka bumi Eropah, menjelajah Afrika, berkelana di Sepanyol..kenapa tidak aku ? 

Friday, 15 February 2013

jangan tegur.


Bila aku marah atau sedang mengalami konfrontasi jiwa, mohon jangan ada yang datang bertanya "Aween, kau kenapa?" "Aween aku ada buat salah ke?" bla bla bla sejuta macam pertanyaan bagai nak berdarah saja telinga. Lepas tu kalau kau rasa kau ada buat salah yang bikin aku mengamuk tak tentu arah, mohon jangan nak ringan mulut cakap "aku mintak maaf". Sebab aku takkan layan. 

Bila aku marah, aku perlukan ruang untuk bersendirian.
Jangan tegur.
Biarkan aku sendirian meroyan tanpa suara. 
Jangan tegur
Aku akan membisu tanpa banyak bicara. 
Jangan tegur 
Jangan mimpi aku hulurkan senyum walau secalit cuma, muka masam mencuka.
Jangan tegur 
Nada suara berubah total, itupun kalau aku bernafsu untuk berkata-kata. 
jangan tegur.

Biarkan aku sendiri. 
Sebab esok lusa aku normal kembali. 
Janji. 
Yang penting biarkan aku lalui konfrontasi jiwa sendiri. 
Esok lusa kita gelak ketawa lagi. ;)





karaktor.




JANUARY=CHATTER

Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the centre. Inner and physical beauty. Lies but doesn’t pretend. Gets angry often. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Easily hurt but recovers easily. Daydreamer. Opinionated. Does not care to cont...rol emotions. Unpredictable.

Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them ALL.


FEBRUARY =THUG 

Abstract thoughts. Loves reality and abstract. Intelligent and clever.

Changing personality. Attractive. sexiest out of everyone.A real speed demon. Has more than one best friend. Temperamental. Quiet, shy and humble. Honest and loyal. Determined to reach goals.Loves freedom. Rebellious when restricted. Loves aggressiveness. Too sensitive and easily hurt. Gets angry really easily but does not show it. Dislikes unnecessary things. Loves making friends but rarely shows it. Daring and stubborn. Ambitious. Realizing dreams and hopes. Sharp.Loves entertainment and leisure. Romantic on the inside not outside. Superstitious and ludicrous. Spendthrift. Tries to learn to show emotions.

MARCH=GORGEOUS

Drop dead gorgeous!!! Attractive personality. Affectionate&Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Chatterbox! Loves to talk alot! Loves to get their way! . Unbelievable kisser! Easily angered. Very stubborn in the most way possible! Loves to get noticed! Willing to take risks for others. Makes good choices. Has a great fashion sense! Maybe a little too popular with others . Outgoing and crazy at times! Intelligent. Can sometimes be a heart-breaker! Can love as much as possible! Hates insults. Loves compliments! and quiet the charmer. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. The best in bed out of the other 11 months!! Hardly shows emotions. Tends to bottle up feelings. Observant and assesses others.likes to keep they're crushes

kinda secret. pretty much flawless.

APRIL=ADORABLE

Suave and compromising. Funny and humorous. Stubborn. Very talkative. Calm and cool. Kind and sympathetic. Concerned and detailed. Loyal. Does work well with others. Very confident. Sensitive.. Positive Attitude. Thinking generous. Good memory. Clever and knowledgeable. Loves to look for information. Able to cheer everyone up and/or make them laugh. Able to motivate oneself and others. Understanding. Fun to be around. Outgoing. Hyper. Bubbly personality. Secretive. Boy/girl crazy. Loves sports, music, leisure and traveling. Systematic.


MAY=LOVER

Active and dynamic. Decisive and haste but tends to regret. Attractive and affectionate to oneself. Strong mentality. Loves attention. Diplomatic. Consoling, friendly and solves people’s problems. Brave and fearless. Adventurous. Loving and caring. Suave and generous. Usually you have many friends. Enjoys to make love. Emotional. Stubborn. Hasty. Good memory. Moving, motivates oneself and others. Loves to travel and explore. Sometimes sexy in a way that only their lover can understand.


JUNE =FINENESS

Fun to be with. Loves to try new things. Boy/girls LOVE you. You are very popular. Secretive. Difficult to fathom and to be understood. Quiet unless excited or tensed. Takes-rep pride in oneself. Has reputation. Easily consoled. Honest. Concerned about people’s feelings. Tactful. Friendly. Approachable. Emotional temperamental and unpredictable. Moody and easily hurt. Witty and sparkly. spazzy at times.Not revengeful. Forgiving but never forgets. dislikes nonsensical and unnecessary things. Guides others physically and mentally. Sensitive and forms impressions carefully. Caring and loving. Treats others equally. Strong sense of sympathy. Wary and sharp. Judges people through observations. Hardworking. No difficulties in studying. Loves to be alone. Always broods about the past and the old friends. Waits for friends. Never looks for friends. Not aggressive unless provoked. Loves to be loved. Easily hurt but takes long to recover.


JULY=GANGSTA

You’ve got the best personality and are an absolute pleasure to be around. You love to make new friends and be outgoing. You are a great flirt and more than likely have a very attractive partner, a wicked hottie. Like somebody with a JUNE birthday. It is also more likely than that you have a massive record collection. When it comes to films, you know how to pick them and may one day become a famous actor/actress yourself - heck, you’ve got the looks for it!!!


AUGUST=ATTITUDE

outgoing personality. takes risks. feeds on attention. self control. kind hearted. Self confident. loud and boisterous. VERY revengeful. easy to get along with and talk to. has an “every thing’s peachy” attitude. likes talking and singing. loves music. daydreamer. easily distracted. Hates not being trusted. BIG imagination. loves to be loved. hates studying. in need of “that someone”. longs for freedom. rebellious when withheld or restricted. lives by “no pain no gain” caring. always a suspect. playful. mysterious. “charming” or “beautiful” to everyone. stubborn. curious.. independent. strong willed. a fighter.


SEPTEMBER=IMP

Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the center. Great in bed. Inner and physical beauty. Doesn’t pretend. Gets angry often. A meaningful love life partner. Makes right choices. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Does not harm others. It is all about love and fairness. Easily hurt and hard to recover. Daydreamer and does fulfill. Opinionated. Does not care to control emotions. Knows what to do, to have fun. Unpredictable. Someone to have close to you. Extremely smart, but definitely the most adorable of them all.


OCTOBER=PASSION ATE

Trustworthy and loyal. Very passionate and dangerous. Wild at Times. Knows how to have fun. Very mysterious. Everyone is drawn towards your inner and outer beauty and independent personality. Playful, but secretive. Very emotional and temperamental sometimes. Meets new people easily and very

social in a group. Fearless and independent. Can hold their own. Stands out in a crowd. Essentially very smart. Usually, you ever begin a relationship with someone from this month, hold on to them because their one of a kind.

NOVEMBER=SWEETIE

Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered. Attracts others and loves attention. Deep feelings. Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint. Needs no motivation. Shy towards opposite sex. Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to dream. Strong clairvoyance. Understanding. Sickness usually in the ear and neck.. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves traveling. Dislike being at home. Restless. having many children. Hardworking. High spirited.


DECEMBER=BEAUTY

This straight-up means ur the most good-looking Loyal and generous. Patriotic. Competitive in everything. Active in games and interactions. Impatient and hasty. Ambitious. Influential in organizations. Fun to be with. Easy to talk to, though hard to understand. Thinks far with vision, yet complicated to know. Easily influenced by kindness. Polite and soft-spoken. Having lots of ideas. Sensitive. Active mind. Hesitating, tends to delay. Choosy and always wants the Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered. Attracts others and loves attention. Deep feelings. Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint. Needs no motivation. Shy towards opposite sex. Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to dream. Loves freedom. Strong clairvoyance. Understanding. Sickness usually in the ear and neck. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves traveling. Dislike being at home. Restless. having many children. Hardworking. High

spirited.


*Malas nak tulis banyak. well, sbg seorang yg lahir dalam bulan April aku perati je karakter bulan April kt atas tu. Amboi, kemain banyak persamaan. Tapi apepon, ALLAH mmg ciptakan setiap manusia dgn sifat yg terbaik. syukur, mana yg baik teruskan istiqomah dalam berbuat kebaikan. pupuskan perlahan-lahan sifat mazmumah. insyaALLAH ;)

credit to unsaid words. 

Thursday, 14 February 2013

face off.




I hate that mood when I don't feel like talking to anyone, 
faking a smile and pretending to be happy like I always do,
I don't know what's wrong.
I fell like want to  take my face off
so that you can't see me.

kupu-kupu rasa.



p/s : Ignore butterflies. I feel the whole zoo when I'm with you. <3

Monday, 11 February 2013

anak ayah.

Assalamualaikum ;)

Tabiat aku dan Ain bila balik habiskan  cuti semester di rumah ; kami suka punggah kain baju dalam almari baju mak ayah. Aku akan cari dress vintage *wuuu, aku pakai dress, sila berdarah hidung korang*
Dulu aku suka cari jersi ayah. Beliau sangatlah banyak jersi woi, bikin jeles ni. Ayah den aktif bersukan ye kanak-kanak. Wakil itu, game ini, pertandingan itu, perlawanan ini. But it was when we were at Jelebu and Tapah back then. He's no longer being active in sports like those days. Beliau dah tinggalkan bola tampar which the most kind of sports that he'd been active in. Bola sepak pon ayah dah tak layan, tengok game kt tivi je haha. So memang tak hairan lah aku mewarisi sifat atlet beliau. *eh ?* 

aku nak cerita pasal baju sebenarnya, apesal bab sukan segala dah masuk ni? coz its related ! 

Malam tadi Ain pergi usha mana-mana jersi tshirt ayah kt dalam almari. Aizat pon ada sama. the conversations goes much like this: 

Ain/ Angah : Adik, baju yang ni ayah pakai lagi tak ?
Aizat : Tak.
Ain : Yelah tu,entah-entah hang tipu.
Aizat : Betul, orang tahu lah. orang kan anak ayah =.='

kahkah. lepas tu Ain balas balik "ceh, dah tu kitorang ni anak sapa?" 

Aizat kena bahan je dengan kami malam tu. 

Couldn't ask for more. spend the holiday with my siblings and watch our favorite movies.


p/s: to Angah, Kaklang, Anis & Aizat. Along loves you so very much. Thanks Mak & Ayah for giving me such a wonderful siblings. They're amazing, just like both of you ;)







Saturday, 9 February 2013

congrats !

Assalamualaikum ;)

Bertemankan Aizat yang sedang main Counter Strike, sambil muka aku sendiri dah macam hantu tepung gomak (pakai bedak sejuk) =p hehe. saja singgah blog untuk kesekian kali dengan niat nak merapu lagi. 

*aku teringin makan pizza* 

ahaha, abaikan yang atas tu. Well ni mai sat aku nak habaq kt hangpa. Sepatutnya aku ki Peghelih hari ni. Sebab esok 10hb wedding lecturer kesayangan yakni advisor kepada event FYP aku. Supposedly pergi sana hari ini dan stay at Safra's house. Unfortunately, beliau kabor ke aku yang esok rombongan dari Temerloh nak mai merisik dia. I mean, family bf dia laa, nak mai merisik. She's insisted me to come tapi gua segan lah beb, kau gila hape nak duduk rumah dia at the same time family bf dia ada sekali. wuuuu T___T.
Ceq segan baq hang. Makanya tak dapat lah aku nak pergi kenduri kawen sebelah pengantin lelaki. Maafkan saya Miss Ayu (She wont allowed us to called he Madam Ayu, lagipon dia tak sesuai dgn gelaran tu. lawa sgt so keep on addressing her Miss). I would love to attend your wedding, sobs3x. Takpe Miss, nnt kan Miss nk buat house warming rumah baru kt Denai Alam tu, I promise that i'll force myself to go haha.

Bercerita bab kawen, kawen ni memang banyak dramanya (tiru video MatLutfi90) kahkah. 
Aku nak ucapkan tahniah kepada Ahmad Zainol Adzriffen bin Ridzuan atas kejayaan anda untuk melepasi satu lagi fasa terpenting dalam hidup yakni KAHWIN. Perlu tak aku mention si Zenol ni bekas pakwe aku waktu Tingkatan 3 dulu ? ngeee ~

*fireworks* 

Aku kenal zenol ni sejak masing-masing berhingus lagi weh. Yelah, blajo tadika sama-sama, sekolah rendah pon sama. sekolah menengah kat Jelebu pastu pindah Tapah pon sama-sama. Pendek kata, memang dah kenal sangat dah beliau ni. Jenis hormat orang tua, tak pandai marah-marah, tak bercampur dengan orang tak tentu hala. cis, apesal aku puji dia melambung ni? Kalau aku merepek tulis pasal dia dan mengimbau kenangan cinta lalu waktu Tingkatan 3, korang cakap aku gila talak pulak. So ada baiknya aku berhenti saja setakat ini. Kepada Zainol, aku doakan kau dan Dayah akan sama-sama belajar memperbaiki dan mengenali   diri untuk kesejahteraan bersama, May ALLAH bless both of you till Jannah, ameen. InsyaALLAH 17 March nanti harapnya aku berkesempatan datang kenduri kau dekat Penjara Tapah tu. 


lawatan Tabika Kemas Penjara Jelebu ke Zoo Melaka. 1996

Tabika Kemas Penjara Jelebu 1996. aku di barisan hadapan, cari lah ;) haha


p/s : harap persahabatan dengan semua org, kekal sampai bila-bila ;)

Thursday, 7 February 2013

pertemuan singkat.

Assalamualaikum..

Ni mungkin entri paling pendek. sebab aku tak tahu nak merapu ape. Fesbuk bosan, Twitter erm so-so je pastu aku baru lepas hadam buku Sperma Cinta karya Aisa Linglung. Finished up my reading within 2 hours. Entah kenapa buku tu biasa-biasa saja bagi aku. banyak cerpen-cerpen dia tak dapat tambat hati aku. Cuma ada satu cerpen-aku-lupa-tajuk, haaa..itu satu je bikin aku gelak. Itupon gelak tak lebih dari 3 saat. Bosan ya amat malam ni, entah kenapa. Jangan ditanya sebab aku pon tak jumpa jawapan tu. Tengok tv? lagi bosan. Aku tekan butang nombor 707 je kalau layan Astro ni. Bajet boleh kenyang laa tgk kek warna-warni dalam Cake Boss tu. Pastu bajet boleh travel keliling dunia macam Anthony Bourdain. peh ! berangan nombor satu tak mahu kalah punya. 
Oh, lupe nak khabor. Petang tadi lepaking dengan Geng Assabiyah Tingkatan 6 SMK Mahsuri. yelaa, dulu sekelas, dok hostel pulak kan. Bila dah Tingkatan 6 ni bajet otai le. Semua benda nak ikot kepala sendiri saja. 

*tadi bukan aku cakap ni mungkin entri paling pendek ke?* 
ah, pedulikan. 

Keluar pukul 2.30 petang, sebelum tu aku dah bantai makan nasik lauk ayam mak masak. Kenyang terlentang pastu budak-budak tu ajak lepak KFC, cis ! Jangan haraplah nak hadam ketulan ayam dengan penuh perasaan, perut dah penuh beb macam mana nak sumbat? Makan pon lambat-lambat, takdelah penat. Pastu singgah mesjid sekejap to perform Asar prayer. Bainun park moto kemain baik port dia. Parking berbumbung baq hang. Mentang-mentang situ kosong. Bila kami dah setel nak pi ke motor tengok ada van jenazah parking situ daaa. peh ! Aku khabor ke Bainun "nasib baik van ni canggih, bukan pesen van jenazah lama yg scary gila tu" =.=' Aku pikir kalau van tu pesen yang lama, nak je aku cakap "Nun pi laa amek motor, kite tunggu kt luar gate je" kahkah ! 

then we headed to Langkawi Fair. Jumpa Dalila sekejap, ibu mengandung ni. haha. Kemain comel sejak berbadan dua ye. Aku entah bila =.=' 

*tampar muka sendiri*

Bla bla bla sembang dengan Dalila sat pastu rempit pi Taman Lagenda pulak. Jangan tanya aku Taman Lagenda ni lagu mana rupa dia. Kan aku dah khabor aku takde mood malam ni. Feeling-feling konon pelancong so bergambar sakan tepi pantai ye, bukan main. Amboi angin sepoi-sepoi bahasa Perancis petang tadi, bertiup mesra menampar muka. ewah ! Tersermpak Fandi yang sedang berjogging. Dulu Tingkatan 6 dia kelas sebelah. Rajin jogging ye bang, kehkeh. So he stopped at us bertanya khabor bla bla bla tak lama kemudian datang pulak Si Fatihah. Berisi kau sekarang, mohon petua please haha =p Pertemuan petang tu menjadikan perkumpulan 4 orang pelajar UiTM, seorang USM dan dua orang lagi berkerjaya.

We're planning for a picnic by next week. Venue pon belum sure, entah ape-ape. Aku ajak deme hiking kt Gunung Raya, baru adventurous kata omputih =p Tapi deme menidakkan keinginan gua. Bosannya piknik kahkah. Bukan apa, dah pernah piknik kan. So ape kate buat xtvt lain pulak lebih mencabar minda. Lagi satu sebab Langkawi bosan adalah kerana takde toko buku. Roti Gardenia pon takde, tahu? =.='
Sebelum Maghrib kami pulang emak buat cucur, eh bukan. Kami gerak balik dengan keputusan belum decide nak piknik dekat mana, bagus betul. Ah sudahlah, ape aku merapu taip panjang-panjang ni.

perlu ke aku nak mention lagi sekali yang dalam gambar tu aku dengan Bainun? 



nota kaki : Doakan kesejahteraan dan kesihatan bekas Ketua Asrama SMK Mahsuri bertambah baik. Muhd Aizaf. Beliau baru pulih dari koma dan dikhabarkan hilang ingatan. May ALLAH bless.




Saturday, 2 February 2013

gembira, sebarkan !


Adeu, Barcelona! from Lucas Jatoba on Vimeo.

30 gifts to 30 strangers in Sydney from Lucas Jatoba on Vimeo.


Assalamualaikum wbt ;)
maaf lama aku bertapa di rumah sewa, dengan masalah laptop yang, merajuk tiba-tiba bikin aku jadi malas nak menulis tahap dewa. but hey,aku kembali ! sejak dari musim peperiksaan akhir lagi aku tergedik-gedik nak menulis kembali cumanya dikesempatan ini saja keberanian (lebih tepat sifat kerajinan) itu datang. million thanks to peminat setia laman tulis-tulis ni yakni Inchek Zul Kapan kahkah ! kau baca ni nanti sila gelak guling guling woi. pesanan ringkas beliau berbunyi "blog lu tak update?" telah menjadi pemangkin untuk aku menulis kembali. cis, Tuyul ! Ni mesti kau nak suruh wa tulis pasal lu kan? kehkeh. soon bebeh, soon. 

dah tengok video-video kat atas yang aku kongsi tu? mohon klik and enjoy the show. bukan aku saja-saja nak share, tapi lebih kepada nak sebarkan kegembiraan. terdetik hati nak buat benda serupa bila tiba hari ulang tahun perkahwinan, err maaf, ulang tahun kelahiran aku 28 April nanti. Aku bukan jenis perempuan yang nak sambut hari jadi dengan parti, tiupan lilin berbatang-batang atas kek, hadiah berkotak-kotak dan berwarna-warni. Tidak, rileks saja dapat pesanan SMS dan ucapan berderet di fesbuk. Tahun ni pon aku bajet camtu jugak cuma aku nak buat sesuatu yang lebih bermakna. 28 April tahun ni genap 23 tahun, tudiaaa baq hang ! (tak tua sangat kan?) kehkeh. Maka nya aku berhajat nak beri hadiah instead of menerima hadiah. but hey, korang masih dituntut untuk beri ucapan kata-kata aluan dan doa kebahagian aku okay. no excuses! Kalau Lucas beri 30 hadiah sempena ulangtahun harijadi dia yang ke-30, patut kah aku beri 23 sebagai simbol umur pada tahun ini, atau sekadar 4 hadiah sebab lahir pada bulan 4? kahkah, 4 hadiah itu lebih jimat. (kata nak memberi, ni berkira apa cerita?) 

*tumbuk perut sendiri*

tak kisahlah berapa jumlah hadiah yang nak diberikan, itu semua bergantung kepada struktur kewangan aku nanti. Kalau stabil, InsyaALLAH lebih kegembiraan dapat dikongsi (serupa ayat iklan eskrem Walls Selection. 

p/s : Zul Kapan aka Tuyul , lu better pikir hadiah besday wa dari sekarang. ngee !

Friday, 1 February 2013

ketagihan.


alas meja kotak-kotak


dari beranda rumah. Taman Kenari Langkawi. kalau aku tolak mug ni jatuh bawah kena janda rumah bawah .


buih-buih cinta. seriously, buih ni sangatlah creamy sedap baq hang !


kesukaan ;) 


p/s : malas nk tulis banyak. dah lah, korang pergi bancuh kopi sendiri. tahu korang terliur tengok gambar-gambar ni kan? kihkih =p




SINGKRONAIS





Entah kenapa hati ini tak pandai berbohong serupa mulut yg pandai berbicara. Kau faham maksud aku ? lisan tak sejiwa dengan nurani, hampeh ! tak pandai berkerjasama. Bila menyendiri, sekental-kental ketulan hati bisa rasa tercarik kerna rasa kosong yg dibiar terlampau lama. Pertanyaan bertimpa dengan soalan bisa dijawab angkuh tatkala mulut bicara. Dasar pendosa ! apa yang diungkap bukan lah apa yang dirasa oleh ketulan lembut dalam dada yg punya rasa.  Lantang berkata “Aku dah lama sendiri, aku tak perlukan peneman hidup”. Sedangkan hati tertanya mana si empunya rusuk kiri? Salah siapa? bukankah sepatutnya mulut dan hati bekerjasama dan beri rasa bahagia ? mungkin aku perlu berjalan lagi demi mencari jawapan sendiri. 


terus menapak lagi. hati pura-pura berani.

TISU HATI BEKU.




Kadang kadang bila kita sendiri, kita seakan mencari tempat berpaut, tempat mengadu. Atau lebih tepat lagi mencari seseorang. Bukan tempat atau objek. Kerana yg dicari adalah makhluk bernyawa yg punya telinga dan deria perasaan. Dengan harapan mampu menjadi pendengar yg setia, tahan dalam menadah telinga mendengar segala celoteh yg nak diluahkan. Kadang kadang tanpa memerlukan tindak balas pon, Cuma sekadar mahu ada seseorang yg mendengar. Yang sudi berkongsi buah fikiran membantu dalam memikirkan rasional sesuatu  perkara. Memang aku mengaku, ada masanya emosional itu timbul, kerap sekali. Tapi, hey. Itu sesuatu yg normal. Barangkali insan yg kulitnya pucat – umpama – tak berdarah –kala ditoreh saja punya hati beku. Tapi bilang padaku, mana nak jumpa makhluk sebegitu ?  mungkin aku boleh belajar sesuatu agar hati ini tak selalu seperti tisu.
Pesanan ringkas dihantar secara tiba-tiba,  dihantar dengan penuh pengharapan agar penerima jelas dalam mentafsir perkara yg bermain di minda. Cuma minta belas untuk berkongsi perkhabaran, abaikan jika rasa tak usah dipedulikan.. tapi jika satu hari nanti giliran kau yg mencari aku, jangan salahkan hatiku pula yg beku dan bisu.