Monday, 30 December 2013

goosebumps.

Engkorang kalau terer handal dan power tahap gaban rockers sekapak-kapaknya,
cuba engkorang try Google images 'Trypophobia' kejap. Hihihi
Segala risiko sila tanggung sendiri.
Penulis tidak bertanggungjawab atas segala musibah yg berlaku selepas engkorang melihat gambar tersebut.

p/s : sebab penulis sendiri meremang satu badan sampai pening kepala dan terbayang-bayang that 'trypophobia' thingy. Saja nk cabar engkorang.

p/s/s : anybody muntah? feeling uneasy? terbawa-bawa ke dalam mimpi?
Penulis sudah beri amaran, engkorang degil. Padan muka !

p/s/2 : Penulis sendiri struggle nk lupakan gambaq tu weh. OMG !

*pening*

10 saat kemudian
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


*pitam*

Sunday, 29 December 2013

keep calm and travel alone.


Hey, maybe I should try this out. Bring some of my books, my brand new camera (bye 4 years old Samsung !), maps and journal to write something throughout the journey. Don't you think it'll be great? You know what, there's no specific time that we are really ready for something. So, why wait? Lets do this !
I just found this special quote at Twitter ; "at least once a year, go to a place that you've never been before". Let me share something that I found at FB. (OMG, just now Twitter and then FB. What a social networking geek!) LOL. 7 Reasons Why You Should Travel Alone At Least Once  There is so much nice places and good people in the world. Jom lah explore ;) But the main problem if I would try this out is the language. Okay, let say I want to go to Spain alone (macam hang berani sangat Aween oi). Dah lah English berteraboq, Spanish lagi sepatah hapa tak reti. Ainur, if u read this entri, ehem ! Blaja dgn kau jelah ;p Kikiki. Okay, stop dreaming. Lets just start with somewhere in Malaysia dulu lah. Hoi sapa dah p Colmar Tropicale Bukit Tinggi? Me wanted to go there. Tapi tempat tu style sejuk nyaman sangat kalau pergi ntk honeymoon molek jugak, ehem. So try Penang jela dulu. Pasar Chowrasta (book hunting), Toy Museum, Bukit Bendera, kopitiam, street art and mural hunting etc. Frankly speaking, I have never explore Penang so far. So I guess that will be the perfect place to start, right? So ni kalau aku nk pi Penang bajet dalam berapa sen huh? If you ask me to do research and some reading on it, aku tak tanya straight kt hangpa laa =.='. I love reading (books) but not anything for research purposes. Maybe I'll just google any interesting places in Penang, then go to MPH and grab the map and study the map lah. Amacam? Sounds adventure enough? Cuti for 2013 dah habis. So next time kena plan lah for the next off day to make this dream (travelling alone) come true. Aminn. Hopefully semangat ni kekal lah ntk direalisasi. Aku ni pesen kalau off day lama-lama baik balik rumah mak, and have some family-bonding time. Okay, i didn't expect to have this entry like an essay. So, till we meet again u'olss. 

Will be back to PJ in two days time. WTH ! Its really hard to go back to the office and start working again (new year 2014) after a week solid in my family's house. 

Wassalam. Take care. Stay young and healthy ;)

Friday, 27 December 2013

distance.


Saya rasa saya suka awak, ye dalam diam-diam. Heh !




Thursday, 26 December 2013

walk the talk.


Moga ALLAH jauhkan aku dari sifat riak dan takbur.
Moga ALLAH bantu untuk istiqamah dalam perkara mahmudah.
Amin,


pelamin anganku belum hado dan belum musnah.

Assalamualaikum.

Aku tengah online sambil teman emak tengok Raikan Cinta ni. Ye, memang lah Buletin Utama tak habis lagi tp kami lately jarang dah tgk BU tu. Tengok Berita tv9 pastu kalih channel len. You know why ;p Lol ! Ok, speaking of Raikan Cinta ni aku memang suka tengok rancangan pasal kawen2 ni. Sapa tak suka tengok benda cantik-cantik kan. All the decorations, fresh flowers, baju pengantin, pengantin lelaki (eh!), hantaran watsoever. Aku ni sebenarnya tunggu bila ayah nk dapat arahan tukar ke penjara lain. Kira nk move out dari Langkawi lah. Bukan apa, bayangkan kalau aku jumpa jodoh dan nk berkahwen, takkan aku nk buat majlis kt LGK kot. Sapalah nk mai kenduri aku, baapaaak jauh =.='. Harap-harap ayah kena tukar pi bertugas kat Penjara Aloq Staq kaa, Penjara Sg.Petani kaa. Senang sikit, aku nk buat kenduri kt dewan penjara je senang. Pinggan mangkuk cawan periuk jag apa semua pinjam penjara punya. Lepastu banduan boleh tolong basuh pinggan kemas khemah apa semua. Aku tak pastilah kena bayaq berapa ke depa, tak pernah tanya ayah pulak pasai tu. Senang weh kalau buat kenduri kat dewan penjara. Sah2 jimat boleh cut budget dari segi venue. Tak payah pening kepala nk book hotel. Aku nk buat kenduri kat dewan pasai aku takmau rumah aku serabut. Takmau mak ayah penat nak kena urus macam2. Biaq depa rileks.Lepas tu bab F&B pulak if possible takmau catering. Gotong royong plisss. (Rindu kenangan kenduri kt Penjara Jelebu). Makcik-makcik pergi rewang bawak pisau nak pi kupas bawang bagai. Yang lelaki masak. Peh, meriah. Okay enough with F&B. Hurm, akad nikah nak buat kt masjid penjara. Tapi aku seriau ni. Akad nikah ni moment paling syahdu selain upacara mintak ampun maaf during hari Raya. Kehkehkeh ! Aku ingat lagi waktu Form3 makjang (adik ayah) kahwen. During the akad nikah tu, time Tokwan salam Makjang (kira macam nk serah anak dara dia kepada si suami) aku teriak weh ! LOL. Syahdu gilos. Pastu last few months waktu aku pi Ipoh ntk mt BFF punya kakak punya wedding. Aku follow laa to the solemnization ceremony kat mesjid. Pon sama, aku teriak ! Haru lagu ni weh. Nnt kalau aku sendiri nk akad nikah ni jenuh standby tisu. Habih mekap pengantin mak, nokss. Aku dok pikiaq ni, nk buat sanding2 ke idak. Aku ni pemalu orangnya. Hang ingat senang ka nk kontrol ayu atas pelamin tu sambil org semua pakat tengok snap photo bagai. Peh. Akad nikah je boleh tak? Pelamin ntk kita bergambaq sajalah. Takmau taboq beras renjis-renjis. Rimas! Hahahaha. Pastu heret husband pi outdoor photography. Ehem ! If possible takmau karaoke session atau joget lambak. Too mainstream. Main tuju selipar atau galah panjang reramai baru syiokkk. The Bride and her friends vs The Groom and his friends. Team yg kalah kena basuh pinggan, hah ! 

eh jap.

*adjust volume Holy Grail- JT jap, kuat sangat pulak*

okaylah, malas nk taip pepanjang. Aku bukan nk buat novel ke hape ke. Ni entri-main gasak-asal-hado namanya ;p 





Ni nama dia Pelamin anganku musnah kerana calon pengantin lelaki belum ada =.='

Tuesday, 24 December 2013

am not perfect.


me  not perfect. you either. Lets not perfect together, muahahahaha !

Monday, 23 December 2013

Wednesday, 30 October 2013

Never ask. okay?

Assalamualaikum ;)

Last three days, one of my relatives asked
"nanti kenduri nak buat kat mana?".
Like out of the blue that kind of question ditanya.


*jaw dropped*


I've replied "WHAT?"


Habislah aku nak kena tepis segala pertanyaan bila balik kampung during Raya season nanti.

Sapa-sapa yg sibuk tanya "hang bila nk menikah?", "boipren org mana?" dan soalan yg sama waktu dengannya. Aku buat camni. Got it?


Aku buat tak heran. Hehehehe. 


p/s : lets talk about books, heh. 



Tuesday, 29 October 2013

apple of my eye.

Assalamualaikum, 
first and foremost I would like to apologize for this kind of entah-ape-ape-punya-entri. I wasn't really myself when I wrote this stuff. But hey, we are normal people right? And I just being normal by posting the photos of those who became apple of my eye. 

*Melting*

Weh, at least I don't post my selfie photo kembung kembung pipi acah kiut bajet lawa, no?

I present to you, the 1st nominee is.....

*drum-roll*

OKADA MASAKI ! 

Please samak dulu tangan tu sebelum sarung cincin nnt okay? Dah kawin nnt kita bela tupai je, comel sket.  



Red suits you well honey ;)



Aku bukan jenis yang layan kpop. big NO-NO ! especially the music, seriously NOT my type. Korean drama / movies aku layan je tapi takde lah obses like 24/7 pon nak tengok. Hey, Okada Masaki ni pon bukan korean okay. He's Japanese. One of my housemate yg suggest me to watch the drama Hanakimi (Jepun) ni. Hero dalam cerita ni lain, Sano. Tapi I don't really like Sano, dia bajet cool dgn rantai pastu pesen tak bergaul dgn orang plus he is ego. Okada Masaki bawak watak Sekime. Kira depa ni satu dorm laa kat high school tu (boys only). Ah, apesal pulak aku nk cerita sinopsis drama Jepun ni kat engkorang. Sendiri tengok lah okay. I found this drama was very hilarious. Kelakar gila sampai bila ada scene yg cam bengong mulut automatik cakap 'hampeh betei'. Kira Hanakimi ni drama Jepun no 1 dalam hati aku lah. Hewhew. I heart you Sekime ! Oh damn, feel like want to print his photos so I can tampal keliling dinding bilik sewa. Muehehe. Oh, besides Hanakimi, Okada Masaki berlakon dalam sekian drama : http://mydramalist.com/actor/497/okada-masaki . Tapi yg aku dah tengok so far Hanakimi, Mirai Nikki dgn Otomen je. Hurm. Tak sampai die-hard fan lagilah nampak gayanya kan? But still, I heart you Okada Masaki ;) 

Lets go the second nominee.


*Waka-Waka (This time for Africa) berdendang*



DAVID SILVA 

twinkle twinkle little star. How I wonder what you are.

Hidung serupa orang Hindustan daa. Siap ada pemanis muka bawah bibir tu. Ehem

I bet this is yr official attire during summer, huh? You kena belajar pakai baju nipis okay. M'sia is so damn hot. 

Great ! Boleh tolong I snap photo during our holiday / honeymoon nanti. Ehek =.='

Currently play for Manchester City and Spanish international player. Tak berapa tinggi (alaa, i love tall guy) but its okay. Ada tahi lalat pemanis muka which makes him look damn adorable bila senyum. Ah, what else can I say. You're my apple of my heart lah ;) CR mmg tall and quite handsome but then I love Silva more.

To both of you, nah !

Unexplained feeling toward you guys ;)


Gedik gila entri kali ni. Whatever. 

*flip hair* 










Sunday, 27 October 2013

walked away.

Ada dua perkara
yang bikin aku tidak tentu arah
dan menjadikan hati kian parah.
Ketidakpedulianmu
itu satu.
Yang keduanya,
ketiadaan buku ditanganku
Buat peneman hari-hari berlalu.
Tapi yang pertamanya itu lebih besar impak buatku.
Kamu apa tahu?


p/s : kamu itu kan tidak peduli sama aku.

Friday, 25 October 2013

random rants. ehek !

Nice one but the purple is way too bright. Design dah cantik dah.

Super calm ;) Sangat menjimatkan ruang. Efisyen  ntk bilik yg punya ruang terhad. 

Me super like this. But I would prefer if all the orange one turns to not-so-dark-purple.
Belia macam saya belum mampu punya rumah sendiri. Hancur harapan dan berkecai impian nk deko bilik ada rak buku etc. Maksud saya, deko ntk rumah sendiri. Awak kena paham, tiadalah niat kami sebagai belia nk tinggal dalam rumah/bilik sewa selama-lamanya. Musnah lah harapan pengantin baru muda mudi yg teringin makan cekodok dan minum teh petang-petang di laman rumah milik sendiri. Hurm =.=' Impian saya nk tengok anak-anak sendiri yg super comel berlari-lari main bola / guli / berkejar-kejar dgn ayah mereka yg handsome (David Silva) sambil minum teh o super sedap dan makan lempeng di taman (garden) tepi rumah. Apalah daya rumah teres setingkat mahupun bertingkek-tingkek agak keterlaluan mahalnya. Tiadalah saya ingin tinggal di pangsapuri mahupon kondo apatah lagi flat kerana keadaan diri yg takut pada ketinggian (gayat). Sedangkan rumah bertingkek-tingkek pon mahal, apatah lagi rumah atas tanah ye dokk? Buat bakal suami, tiadalah saya meminta banglo, villa atau rumah agam persis di Seksyen 2 Shah Alam itu. Takut saya mahu duduk dalam rumah besar. Penuh hantu, saya tak mahu. Cukuplah rumah teres setingkat. Ada garaj buat parking Honda Civic Type R yg warna hitam berkilat. Ada tanah lapang buat saya menanam serai, daun pandan, kunyit, bunga kantan dan pelbagai tanaman sayuran. Almaklumlah harga barangan di Malaysia sekarang mahal-tidak-terjangkau-dek-fikiran. Disebabkan subsidi gura telah dikurangkan, molek juga kita tanam tebu dipinggir bibir persis pemimpin yg manis berjanji macam-macam itu kan. Ehek. Bukan, tanam tebu ditepi rumah. Buat bakal suami juga, mohon dibeli buaian macam yg dalam gambar ni.
Super comel kan? Ehem
Bolehlah saya sebagai isteri yg punya minat mendalam terhadap buku untuk bersantai di buaian ni sambil membaca buku kegemaran. Tidaklah saya nanti keluar ke rumah jiran sebelah bergosip atau menjadi ahli mesyuarat tingkap dan asyik bicara perihal artis tempatan sahaja. Tak gitu abang? Ehem. Banyak lagi impian (idea berangan sebenarnya) yg mahu saya utarakan di ruangan ini. Apakan daya, tidak punya banyak masa terluang kerana sibuk mecari rezeki. Lain kali saya celoteh lagi. Kamu orang semua jaga diri. 
Assalamualaikum. Till we meet again <-----tulis gaya retis. Blergh !



Wednesday, 23 October 2013

waiting for the end.




I feel like going away from you.
Out of your sight and out of your reach.
I'm thinking to go to the places that will make me Anonymous.
I'm thinking about throwing away our memories too.
But why do I feel like it never fades away?
Why does it stuck in my head and brain too?
My heart don't want to.
But my head just can't take it anymore.
My head stubborn like hell.
My heart broke and fell.
You give me that sorry when I'm worried.
Regretting things just not enough when you keep doing the same thing repeatedly.
I'm the weakest when comes to the heart and feeling thingy.
You're strong because you don't care at all, yes?



we're just friends, yes ?









p/s : its hard to explain. 

Tuesday, 22 October 2013

rebel. do not come near me.

when I'm mad. takut tak? takut tak?

Kepantangan aku adalah berkaitan hal-hal seperti berikut :

1. Don't you ever dare to touch my stuff. Especially BOOKS, stationary, my Volkswagen mini camper van-piggy bank. Those stuffs considered as my Private Property. Yes, pada aku property bukan definisi ntk rumah atau hartanah. Lepas tu aku cukup pantang bila pen yg aku guna (dlm beg / atas meja / tepi note book whatsoever hilang). Ini betul-betul boleh mendatangkan kemarahan. Jangan berani dekat dgn aku waktu ni. Am so not myself at the moment. @#$%^&^%$
p/s :  I need my notebook and pen with me wherever I go.

2. Pantang bila menunggu lama. Aku dah sampai melekit badan berpeluh dok tunggu hang. Hang baru terhegeh-hegeh nk pakai eye shadow, baru nk sapu blusher kat pipi-tak mancung hidung tersorong tu. Please. Jangan bazirkan masa orang lain, can you ?
p/s : kalau dah tahu amik masa lama ntk mekap, tolong bersiap awal sikit boleh ?

3. Pantang bila time nk tidoq, dengaq suara orang berborak sembang kencang macam nk bagi satu taman perumahan tu dengaq. Seriously, telinga aku boleh tahan dengaq laman konstruksi para buruh kasaq dok bertukang buat rumah atau bunyi mesin rumput. Tapi bunyi orang bersembang seriously is not my type.
p/s : Tolong respek, aku nk tidoq.

4. Pantang bila A panggil B, B tak menyahut. Tak kira siapa pon. Kalau kat rumah whenever my parents called my siblings and if they didn't answered, mmg nak kena jerkah dgn aku lah tu. I was like ''are you deaf or something?".
p/s : ye, aku kakak yg garang dan malu-malu kucing. can't deny, hehehe.

5. Pantang jumpa laksa dgn mihun sup. Hahahahaha. Tak kira perut dah kenyang time kalau nampak 2 benda ni memang aku tak tolak. Pantang jumpa weh, ngee !
p/s : cekodok pisang dengan laksa yg mak buat, seriously can't resist it man !

6. Pantang bila I've done the work exactly the same macam yg kau suruh (Ive jot down everything man) then bila dah siap u say salah. It does happen so many times and I was like 'what the hell am I dealing with ni?'. Cakap pesen takde pendirian.
p/s : next time aku nk record all yr actions pastu replay depan kau pakai projector and big screen.

Dah, cukup setakat ini for the moment. Will update you later. Karang letak banyak dikata banyak songeh pulak. Kehkehkeh ! easy man, i'm an easy-going person.

Thursday, 10 October 2013

nasib marhaen. reality sucks !

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Memang mencuri tu salah. Tapi pasaipa pakcik ni sampai tergamak mencuri? Kita taktau, mungkin dia terdesak sangat. RM2 weh. beli air je mampu. Kita taktau mungkin dia ni dahaga/lapaq sangat. Kita taktau. Desakan hidup ni ;( Patut sebelum jadi camni, ada pihak yg bantu. dunia jgn kejam sangat. yg org pakai kereta mewah berkot bagai makan rasuah juta-juta lagu mana cerita? itu bukan desakan hidup. mencuri itu tetap salah. sebab tu pemerintah kena memimpin dgn adil jgn sampai rakyat melarat.

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/08/demi-pelajaran-anak-anaknya-bapa-ini.html.

Mencuri itu salah. Tapi dia terpaksa weh. Memang silap dia  sebab tak berfikir panjang. Memang matlamat tidak menghalalkan cara. Tapi berbalik kepada dasar, aku rasa kalau pemimpin memerintah dengan baik adil saksama, rakyat marhaen takkan sampai melarat camni. Ayah mana sanggup tengok anak-anak dia susah. Kalau dari awal ada yg membantu, takkan si ayah ni nam buat macam ni ? T____T

*tear drops*

Pemerintah akan ditanya kat akhirat nnt. Menjawab lah kau kat sana. Agihan rezeki yg tidak sempurna kepada rakyat. Kroni makin buncit. Rakyat merangkak-rangkak.

Jangan tanya pasaipa aku berkerut dahi tahan marah bila nampak orang korporat enak duduk dalam kereta ada driver pastu sambil dok baca surat khabar pulak. Serius aku benci orang yg tak reti nak menolong orang lain. Kau punya rumah agam dan vila nilai juta-juta. Bukan sebuah, malah merata tempat aset kau tersimpan. Apalah salahnya hulur sedikit buat amal pada rumah anak-anak yatim, sekolah tahfiz (byk yg uzur kondisinya), rumah orang tua-tua, gelandangan, pengemis bagai.

14092013,BTS, KL - Seorang ayah sedang mendukung anaknya, sambil jari dituding ke arah kereta api laju ERL. Bisa saja punya makna "lihat itu anakku, negara kita sudah maju, mampu punya kereta api laju". Si anak merenung bangga. Bukan salah ayahmu, nak. kerana tidak dapat memberi keselesaan duduk bersandar dalam kereta yg punya hawa dingin nyaman. Apakah kau mengerti maksud kesempitan hidup, anakku?

05102013, Stesen Monorel Titiwangsa - Terlihat aku seorang ayah yg kasar telapak tangannya, sedang menggenggam sekampit beras. ;( Beras itu cuma 5 kg. Pakcik ni tak mampu beli beras dlm kuantiti yg banyak. Kita taktau, dia berjalan jauh to buy beras ntk anak bini kat rumah. We never know. Aku follow pakcik ni dari belakang as we're heading to same place (to monorel ttwgsa). Then pakcik tu berpaling and asked me stg. he did asked "dik, nk pergi Chow Kit ikut sini ye? Aku sedaya upaya maniskan muka senyum pada pakcik tu. Tapi disebabkan aku pon baru pertama kali kt monorel ttwgsa so aku jwb "tak pastilah pakcik, saya pon baru sampai sini" Then I figure out, monorel ni mmg sehala je. After ttwgsa, ke Chow Kit lah dia. That pakcik turun tangga to wait kt seberang sana. Last-last kami naik tren yg sama sebenarnya. Ya ALLAH, next time mohon alert Aween. Dlm tren aku tercari-cari pkcik tu, aku nampak dia, aku senyum. Aku lega coz aku tau dia pasti sampai destinasi dia. Rasa nak teriak dah time tu T___T. 

Malam tadi (10102013) sambil dok gosok baju kurung aku tengok berita kt tv1 pasal rakyat from India yg kena tipu dgn agen di Malaysia yg katanya nk bg depa pelunag pekerjaan kt shoppinng mall dgn gaji RM1800/month. Ini gila ! Aku rasa macam nk cari agen yg bodoh ni pastu nak katok kepala dia pakai kayu besbol, boleh? Orang India tu kesempitan hidup, niat depa nk mai sini cari rezeki bg anak bini depa makan, hang selambe badak dok naya orang. Serius aku geram sungguh. Aku mohon agen ni kena tangkap pi dok kt mana-mana penjara sat lagi aku habaq kt pak aku pi belasah hang. Jgn dok penaya orang sangat. Biasanya rakyat from Bangla/India/Pakistan ah mana-manalah, they did paid certain amount to the agent. Ada yg sampai sanggup gadai rumah kt tempat asal depa pasai depa tau bila mai Msia depa boleh buat duit (kerja), tp end up jadi lagu ni. Adoi, kesiannya. Bumi ALLAH ni luas. Biaq pilah depa nk cari rezeki kat mana-mana pon. Kadang tu kesian jugak tengok depa yg kerja jadi buruh kasar ni. Berpanas tengahari rembang semata nk cari duit. Mana ahli politik, korporat? Depa dok dalam opis, ada ekon pastu makan sedap-sedap. Tapi makan harta org lain. Depa makan rasuah. Aku benci.

*rasa macam nk tumbuk pintu tapi karang tgn sendiri sakit pulokk* 



"Kita sama-sama makan. Yang beza, orang bawahan makan nasik, orang atasan makan rasuah"







#SelfReminder : Bila dapat gaji, mohon jgn lupa memberi : mak ayah, adik-adik, belanja kawan, sedekah to pengemis, and if ada rezeki lebih, buy something to orphanage. insyaALLAH ;)

Monday, 7 October 2013

dun judge *jari telunjuk ke kiri kanan*



Assalamualaikum ;)

Nak istiqamah buat benda baik ni kadang payah. I wish I can be like Kak Hanis. She's very pretty, muka manis selalu senyum, humble wlpn kerja hebat. She always share something good kat blog and twitter account dia. How I wish I can be like her. Solat awal waktu, rajin tangan memberi sedekah, bermanis muka dengan semua orang dan berbaik sangka. Always told myself "who do you think you are?". Why nak kutuk orang yg pakai tudung tp wear sleeveless shirt, skinny jeans etc. Am I wearing tudung yg menutupi dada? MasyaALLAH =.=' Aween, stop judging people. Look at yourself and correct anything wrong. I'm impressed seeing Kak Tasneem. Come from a good family which her father is a doctor (own 3 clinics area Shah Alam) and her mother is a professor. Kak Tasneem sekarang buat medik kat Egypt. Married and ada seorang anak. My aunt told me that wedding Kak Tasneem sangat meriah gemilang bagai, maklumlah buat kt 5-star hotel. But then , they do invite ramai org ntk datang memeriahkan majlis tu. Sedekah to those who are less fortunate, barakah ;) But Kak Tasneem orangnya very down-to-earth, pakai simple je, jubah biasa, takde nk color-blocking hijabista bagai. Suara Kak Tasneem, lembutnya. Everytime aku nk bersiap-siap ntk keluar or to the office, always look into the mirror and said to myself "nak melawa nak tunjuk pada sapa Aween? Why nk bersiap over the top sangat? Be moderate. Aurah before fashion" !. Always kena berperang with myself. Tengok member pakai lawa-lawa baju kalerful semua nak ikut. So whenever aku nak bersiap-siap, I think of Kak Tasneem. Why can't I be like her, kan? Moderate and simple. Then pasal baca Al-Quran. I wish aku boleh baca Quran sekerap aku baca buku-buku lain =.=' Ya ALLAH bila aku tengok Qari Junior, serius rasa nak menitis air mata. Hebatnya budak-budak tu baca Quran. Sedapnya suara depa berlagu. Tambah bila dengar waktu Ramadhan, sayu je. Sudahlah pandai membaca, bijak menghafaz pulak. Moga hidup kalian berkat, dik. Kalau adik-adik tanya akak, surah apa yg akak hafal, mungkin ayat-ayat lazim dan surah Yassin sebab itu je yg rajin dibaca =.='. Serius, umur dah 23 ni memang tahap wajib baca Quran dgn baik dan lancar. Kena berguru balik. Tak boleh nk hu-ha-hu-ha lagi dah. Be serious ! May ALLAH ease everything, and be a blessing to everyone, because we can. InsyaALLAH ;)




you should know the limit.





Slumber macam mana pon aku sewaktu lepak dengan engkorang, mohon jaga bahasa.
Gembira macam mana pon aku bila bersembang dengan engkorang, mohon tahu batasnya.
Jangan suka hati nak mengusik.
Aku ada hati.


Jangan sampai aku baling selipar dikaki.

Tuesday, 1 October 2013

perihal hati bukan soal mainan, boi.




Kita selalu tak dapat melihat hati yang diberi,
Sebab kita cuma nampak tangan yang dihulur dari insan lain,
Tangan yang dihulur kadang tak kuat pegangan, terlepas genggaman,
Namun hati tadi masih setia sebagai peneman yang kekal.
Tapi kedua-dua menyakitkan tahu?
Terlepas pegangan, kita macam takde arah tujuan,
Hati ? samada terluka dan sembuh kembali atau luka selama-lamanya.
Pendek kata, memang terluka itu pernah, sedang atau bakal terjadi.
Fakta yang tak tersangkalkan.


p/s : kat mana awak buang kenangan kita?


02102013 LRT pwtc-Titiwangsa



Monday, 23 September 2013

saying 'HI' is not a rocket science dude !

If you happened to have a so called -best friend forever whatsoever,
but they seems not care about you anymore
that they never text, don't reply to yours, last say hi to you was about 3 weeks back yadaaa yadaaa
I do have suggestion. Here !

Delete their number and whenever they 'hi' you, just say 'Do I know you?'


or




'who the hell are you?'






We'll never miss the water until the well runs dry.

If you know what I mean.






I'm so gone. Kbye



Sunday, 22 September 2013

safe and sound.





Usai turun dari LRT itu bisa kau lihat
perempuan biasa-biasa yang tidak teratur langkahnya,
berjalan laju tidak peduli siapa-siapa.
Terlihat oleh engkau akan terkumat-kamit mulutnya
seolah orang gila yang tidak punya teman bicara.
Meletuslah Ayat Kursi dari bibirnya, memohon perlindungan dari Maha Esa,
moga selamat ke tempat kerja.
Bunyi tapak kasut yang semakin haus seakan memecah gema.
Perempuan itu bukan siapa-siapa.
Gemar saja ke acara keramaian
namun lebih banyak duduk bersendirian.


9.02 malam, 21092013
Tasik Height Apt Bdr Tasik Selatan.

parah.



Bila mana sepasang mata itu 
mula merasakan kantuk yang tidak tertanggungkan,
ambillah masa untuk nikmati saat damai dan tenang.
kerna jika tidak dipedulikan pintanya, nah !
pantas saja kau tanggung dendam 
mata yang tidak mahu terpejam 
saat tibanya malam.

Thursday, 19 September 2013

tanpa tajuk ni lah tajuk.




Korang pergi main jauh-jauh lah. 
Aku lagi patah hati ni. 
Tengok 'crush' bergambar dgn juwita lain tadi.
Parah hati, tahu?
Yang hati ni pon satu, 
Asyik nak patah remuk redam, 
Memang dah takde kerja lain ke hape?
Muka aku dah cukup ganas dan lejen rasanya.
Hati buat perangai feminin pulak.
Deng ! 
Tak bagi kerjasama langsung,
Menyampah ah menyampah,
Mohon hati pergi buat meditasi,
Harap lepas ni tak tercarik lagi.


Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.
Carik-carik hati parah, luka lama berdarah kembali.
Tak kena langsung ! Kbye. 


Thursday, 12 September 2013

epic fail.




Assalamualaikum, 

I'm back after 3 days off. Went back to Kuantan, visiting my Tokwan yg kena undergo some operation regarding his back bone. Ouch ! Must be very pain. Alhamdulillah, Tokwan is getting well. Syukur. 1st day aku tidoq kt rumah tok laa, kat Jengka tu. 2nd day baru aku tidoq kt hosp. Since its a private hosp (Kuantan Specialist Hosp), and Tokwan pon dok dlm bilik VIP pulak (thanks to Pakngah) so the room is quite big. One of my aunt bring along the buaian since dia ada baby. Nak dipendekkan cerita, aku tidoq tak berapa lena, maklumlah orang sakit ni tidoq tak lena jugak so berjangkit ke orang2 yg tukang peneman ni. 

Disebabkan aku tidoq tak lena, pagi tu aku mengantuk gila kot. Bus Kuantan-KL pukul 2.30 ptg. Around 1.50 ptg Paktam hantaq aku pi stesen bas Kuantan. Bila bas dah ready aku naik sebab nk dok tepi tingkap (single seat abis). Pastu bukak buku Anthem karya Hlovate sat. ada laa dalam 15 minit camtu pastu aku lelap la. Mata tak tahan sgt dah. Tp bus Transnasional sgt tak best, hahaha. Nama Transnasional itu sendiri tak best, dah macam transgender =p Seat dia sempit pastu not comfortable enough for sleeping. Aku tersedar dari tidoq waktu kat mana ntah, bus amik penumpang (students). Seat sebelah aku yg kosong pon ada penumpang, a guy (UMP student). Then aku tak peduli lah, baca balik Anthem for 5-10 minutes. Then aku terlena balik. Tersengguk-sengguk you know? Very the sleepy tidoq serupa apa lagi. 

Tersengguk-sengguk. 

Ke kiri. Ke kanan.

Tersengguk lagi. Lena lentok teruih.

Then aku rasa something kt siku aku. 

That guy that sit next to me cuit aku punya siku and he said "sandar betul-betul".

I was like "huh?" Terpinga-pinga sekejap. 

Aku cakap "ape?". Dia balas "sandar betul-betul".

Teruih aku betulkan duduk. Stabilkan minda sat pastu pandang luaq. Then bas berenti kat RnR Lanchang  rasanya, wasn't sure. That guy turun, then aku pon turun laa nak pi toilet. Keluar dari toilet aku nampak dia dok kt bangku dekat-dekat situ. Time aku pass by depan dia, aku cakap "Sorry". He smiled and said, "okay". I start walked to the bus. Pastu that guy naik bus and op kos laa dok tempat dia which is next to me kan. Suddenly he asked me "UMP gak ke?" I said, nope ! From UiTM (UiTM DiHatiku). Then he started asking me questions. Random one, study mana, kos apa, asal mana bla bla bla...After that he said "td bukan marah, tapi takut you terhantuk seat depan. I tengok U tido lena sangat". And I was like, malu gila siot ! Jatuh saham dakk agak-agak? Kehkehkeh ! Then ada masa kami senyap, ada masa kami borak. Sometimes aku baca buku, kadang dia tanya itu ini. Tak kisahlah. But then nak sampai Gombak, aku rasa macam sempit semacam. I keep on focusing on my reading. Makin lama aku rasa macam sempit pulak ni. Tangan kanan aku macam boleh rasa laa tangan kiri that guy tapi berlapik laa. I'm wearing long sleeves cardigan lah, aiyak ! Macam biasa aku continue my reading. Takkan hangpa expect aku nk pi gerak dia soh dok elok-elok pulak kan? Kesian, anak orang dok tidoq tu, kahkahkah ! After that, dia lentokkan kepala dia ke bahu kanan aku. Dok perbetoi kedudukan kepala dia bg baik punya lentok kt bahu aku, amboi ! Aku dah tergamam taktau nk buat apa dah. 10 minutes later, he awake and look at my directly to my eyes. He smiled, pastu dia pegang tangan aku sambil cakap "saya sayang awak". Aku pon apa lagi, biaq ja dia pegang tangan aku. Aku balas balik "saya sayang awak jugak". Then dia usap pipi aku pulak dah, seolah itu tindakan refleks kepada ayat manja tadi. Phew ! Gua cair ni, tahu? Lepas tu bas dah sampai stesen Titiwangsa. Aku kena turun kt sini, tp dia tak sebab dia turun kat Pudu. Dia nampak aku dok tahan ayaq mata nak teriak punya pasai. Dia kata "sayang jgn nangis, nnt kita jumpa lagi okay". Aku teruih menangis lepaih dia kata lagu tu. He hug me and comfort me well. Aku rasa macam takmau lepas peluk dah. Amboi, bukan main. Aku terus turun dari bas, lambai-lambai dia yg kelihatan dari tingkap bas tu. Dia bg flying kiss sekali, wahwah ! Aku senyum jap. Aku tengok bas tu berlalu pastu terus menapak ke LRT stesen Titiwangsa. Heading back to Bandar Tasik Selatan. 

Safely arrived ! Alhamdulillah ;)


p/s : hangpa rasa, cerita yg betoi sampai part mana? Muahahahahahahha ! 

Friday, 6 September 2013

I'm gone.


Insecure in the skin, like the puppet a girl on a string
Broke away, learn to fly,
If you want her back, gotta let it shine.
So it looks like the jokes on you,
Cause the girl that you thought you knew,
She's so gone,
That's so over now,
She's so gone,
 You won't find her around,
You can look but you can't see
The girl I used to be,
Cause she.
She's so gone.

Here I am, this is me,
and I'm stronger than you ever thought I'd be,
Are you shocked? Are you mad?
That you missing out on who I really am.

She's so gone..

credit : lemonade mouth


Tuesday, 3 September 2013

*pause*


Aku dalam dilema.


Rezeki ada dimana-mana. Cepat atau lambat, sabar. Ameen.

Thursday, 29 August 2013

Oksigen hidupku.

Assalamualaikum,

Do read this first : Pengorbanan Seorang Ayah. sumber dari Facebook.

*syahdu*

Aku rasa aku bakal menangis saat habis menulis entri yg satu ini. Gara-gara insan bergelar Ayah. 

*tunduk*

Tak tahu nak mula macam mana. Cerita yg aku share tadi terasa dekat dengan aku. Sebab aku juga alami perkara yg hampir serupa, namun membawa pengertian serupa secara total yakni jasa Ayah. Teringat waktu mula-mula dapat tawaran masuk UiTM, ayah mmg kalut. Maklumlah, anak sulung dia masuk universiti. Aku terharu bukan kepalang bila ayah ucap 'tahniah'. Aku cuma ada seminggu saja ntk buat segala persiapan dan kelengkapan whatsoever. Ayah bukan kerja pangkat besar. Apalah sangat gaji seorang pegawai penjara dalam menyara isteri dan anak-anaknya. Sumpah aku rasa berhutang banyak dengan Ayah. Manakan tidak, dia yg sedia duit tambang feri kami sekeluarga, tambang kereta yg nk dibawa keluar dari LGK ni juga. Duit minyak, tol dan segala macam lagi. Langkawi ke Shah Alam bukan sekangkang kera. 

*tahan nafas. pejan mata. tahan air mata*

Beruntung ada saudara yg dok sekitar KL dan Shah Alam. Adik kpd Mak kt Sec16, adik kpd Ayah dok BTS. Kmai numpang rumah depa laa. Mula2 dok BTS. FYI, Tok Makjang dan family, Maklang dan family pon ada. Yela, cucu sulung masuk IPTA. Peh, terharu. Kami sesat waktu nk hantar aku ke kampus. Maklumlah, kali pertama ni. Bila dah sampai, aku diam saja dalam kereta. Mak did say something, aku lupa apa dia. Tapi aku senyap tak balas, sebab sebenarnya aku dok tahan nk menangis time tu. Hati tisu aku ni mmg senang amat berasa terharu. Tapi ada dapat list barang-barang keperluan. Terlupa nk bawak kasut sukan, Ayah dengan Pakjang kuar dari UiTM tu pi beli tang mana ntah. Ayah, tetap macam dulu. Apa2 yg dia beli mesti barangan lelaki. Seluar track dgn kasut size lelaki, hehehe. Aku tak kesah. Terima kasih Ayah ! Selesai pendaftaran keluarga aku hantar aku ke bilik. Kolej Raflesia 3 Tingkat 3408. Sembang apa yg patut lepas tu family aku decide nk balik dah. Terus aku teriak, menangis semacam mintak maaf waktu hari raya. Aku salam Ayah, peluk cium Ayah. Ayah menangis. Bukan senang nk tengok Ayah menangis mcm tu sekali. Ya ALLAH, sedih. Lepas tu salam Emak. Emak, mcm biasalah. Dia akan pesan macam-macam. Then baru aku salam adik-adik aku. An, Anis dgn Aizat. Ain takde pasai dia kt Matrik Arau. Bila depa nk balik, aku hantaq sampai keluar bilik. Tak pakai selipar, tp peduli apa. Rasa macam nk peluk Mak Ayah takmau depa balik. Bila depa dah otw nk ke tempat parkir kereta, aku pandang sayu dari tingkap bilik sambil lambai-lambai depa. 

Selang beberapa minggu selesai pendaftaran. Adik aku talipon suruh balik. Dia kata Ayah belikan laptop. Ya ALLAH, sudah aku pesan pada Ayah. Tak payah belikan. Sebab aku boleh je guna duit yg aku dapat dr Yayasan Anak Pahang. Duit WPP pon ada. Tapi Ayah berkeras nk belikan jugak. Ayah, mmg tak boleh tengok anak-anak dia susah. Aku pon balik Jumaat malam pastu Ahad pagi balik kampus semula. Ambil laptop pemberian Ayah pastu setelkan sekali hal PTPTN. Isi borang berlambak =.='

*teardrops*

Sungguh aku tak menipu dalam hal ini. Aku punya kesempatan duduk di kolej kediaman semasa semester 1 saja. Semester 2-5 aku dok rumah sewa dan terpaksa berulang-alik dgn bus Rapid. Setiap kali bus masuk kawasan UiTM Puncak Alam, aku jadi terharu. Langsung teringat Mak Ayah. Betapa aku dah banyak menyusahkan depa selama aku hidup 23 ni. Betapa aku bersyukur dan terima kasih sebab dah berjaya masuk universiti. Aku anak sulung, perasaan dia lain macam tahu? Sungguh, SETIAP KALI bas masuk kawasan UiTM aku berasa benda serupa. 

Cuti Raya Puasa baru-baru ni Ain habaq kat Ayah yg sem depan dia ada praktikal. Rumah sewa nk ke tempat kerja dia agak jauh, plus public transport tak berapa convenient. Ayah bincang dgn Mak pasal nk belikan Ain motor. Esoknya Ayah siap bawak balik katalog motor. Aku tengok 'mahai gila'. Then kami pon pi kedai motor. Aku rasa macam, wth mahai gila motor ni? Agak lama kami spend time kt kedai pertama. Ayah pesen kalut, hahaha. Dia pesen kalau boleh nk cepat-cepat. Dia macam tak kisah dgn berapa pon harga motor tu. Aku ckp kt Mak, baik pergi kedai lain, kita survey dulu pasai sini mahai. Bukan apa, aku tak mau dah Ayah rasa terbeban sebab kami anak-anak. Ya ALLAH rasa berdosanya. Lama lepas tu baru Ayah setuju nk pi kedai len. Alhamdulillah, kt kedai kedua baru lah nampak macam senang sikit sebab tokey Cina tu really helping. We've decided amik second hand scooter. Its kind off cute, kaler pink. Bwahahahaha ! Kami dah bantai gelak kt Angah. But its not the point. Its all about jasa Ayah all I wanna share. Tapi kalau nk ditulis, panjangnya bukan main. 

Few days ago, ada phone call from somebody in KL. He did offer me a job. (later aku tulis entri pasal kerja pulak hokeyyy). Alhamdulillah, syukur. Bila kerja nnt aku harap murah rezeki aku so that aku boleh bayar balik segala wang ringgit yg Ayah habiskan ntk besarkan kami adik-beradik. Aku berazam, biarlah gaji yg aku dapat nnt berkat dan InsyaALLAH aku nk bagi Mak Ayah rasa duit gaji aku. Aku nk belanja adik-adik aku macam-macam, hehehe. I always wanted to do that. Since aku kt UiTM lagi, bila cuti sem balik LGK kami mesti pi pasar malam Kuah. Kat situ lah aku belanja sakan beli itu ini. Mak hingaq ''jgnlah boros sgt''. Aku ckp ''ala Mak, bukan selalu''. Muehehehe. Aku tak pernah berkira soal duit dengan family. Apalah sangat nilai duit kertas tu. Bg aku, Emak Ayah dgn adik-adik aku harta paling berharga. Bukan duit. Alhamdulillah, sudah 2 tahun berturut-turut aku belanja adik-adik beli baju raya. Beli kt Jln TAR je, murah. Tahun lepas was the 1st time. Bila aku tunjuk kat depa baju raya yg aku beli, Mak ckp "nnt Ayah ganti duit hang". Aku balas "Laa, buat apa nk ganti, biar je. Orang belanje". Since that aku dah janji dgn diri sendiri, biarlah aku pulak ganti tempat ayah ntk bg rezeki. Aku nk menyumbang wlpn sikit. Tahun lepas aku belikan depa baju raya sorang sepasang. Ain belanja kasut raya dgn tudung ntk adik-adik. Tahun ni pulak kami share duit belikan adik-adik baju raya. InsyaALLAH bila dah kerja nnt boleh aku belanja sorang 2 pasang baju raya. 

Ingat kawan, Mak Ayah kita takda gantinya. Adik beradik kita tak sama nilai dgn kawan-kawan tahu? Ya ALLAH, berikan kedua ibu bapaku segala kebaikan dan rahmatMU. Aku mohon, semoga ALLAH berikan aku kesempatan ntk membalas jasa dan pengorbanan depa selama ni. Berikan depa nikmat kesihatan sebaiknya. Murahkan rezeki kami. InsyaALLAH satu hari nnt aku mahu beri kesenangan kat depa. Hantaq Mak Ayah pi Mekah. Buat rumah kt Jitra insyaALLAH. Anything ntk balas jasa Mak Ayah. Ingat, kita bukan siapa-siapa tanpa ibu bapa. 

Syawal 1434. Dari kiri : Ain, Anis, Aizat, An, Aween
Emak, Aisyifa, Ayah. 






Tuesday, 13 August 2013

misi = mission

Assalamualaikum, 

Since my kind-hearted neighbor is away from home starting from tomorrow, no internet connection for a week ! Baapaaaaaak ah ! No Facebook, Twitter, blogging, editing photos and all stuffs that required internet. Think positive, I can do all my checklist as shown below. Lawa tak checklist aku? Muehehehe ! Waktu checklist ni dibuat, aku dok kat Shah Alam lagi dan belum pon setel Viva presentation and thesis submission. Makanya, dengan ketiadaan internet selama seminggu (kot) , boleh aku complete all the task and accomplish semua yg aku gatal pi boh dalam list ni haaa. Kita tengok banyak mana boleh perabeh. Tapi bukan susah mana pon =.='

*makan kacang*

For those yang merindui aku di alam sosial, boleh terus datang khabarkan kerinduan kalian ke aku secara berdepan. Will be much more appreciated ! Kehkehkeh ;)

*hirup teh-o*

Okay, malasnya nak tulis panjang berjela. Do take total care of yourself. Be good. Kenang daku dalam doamu, eh?




everything is done my way. no highway.

Monday, 12 August 2013

debunga.



Debunga itu terbang sedikit demi sedikit, 
Tetap juga ternampakkan saat melirik,
Degup organ merah setia berdetik.

Pelangi jiwa tak pernah pudar,
Sangka tidak pernah pada yg mungkar,
Berdiri teguh kian mekar.


*playlist : Hujung Dunia - Nitrus





dalaman punya hal.



Untuk kesekian kalinya, 
rajuk bertamu lagi,
walau tanpa diundang hati

Tapi usah kau khuatir,
Sudah aku titipkan yang manis-manis buatmu,
Biar kau tahu betapa setia jasadku mahu berdamping selalu,
Walau di ketidakberadaanku.

Cari aku dalam mimpimu, 
Kerana jasad ini takkan pernah muncul lagi, 
Tidak bakal bertemu muka walau sekilas, 
Kerana aku tak mahu disakiti lagi.


*playlist : Melankolia - L Danielle

Syawal 1434.



Assalamualaikum ;) 

Saya Nur Aizureen Md.Zahir dari seberang laut yakni di Langkawi mewakili keluarga tercinta ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiti kepada para jiran di Penjara Jelebu, Penjara Tapah dan kakitangan Akademi Koreksional Malaysia (Langkawi) yang masih ingat pada kami sekeluarga. Tidak lupa juga kepada Tok Wan sekeluarga di Jengka, saudara mara punya ramai berderet kat sekitar Pahang dan Kedah (paling banyak tang Jitra) dan seluruh makhluk bernyawa yg mengenali saya serta keluarga tercinta. 

*walaupun dah raya ke-4 tapi pedulik ah, tetap gak nak buat ucapan raya ala-ala dalam surat khabar*

p/s: bajet setadi kat oversea pastu bajet takbley balik beraya bajet anak perantauan sangat, hiksss.

Sunday, 28 July 2013

Its never easy. Been so busy.



Hujung tahun punya plan, nak pergi USS dgn Huda. Ex-roomate pulak ajak pergi travel to Sydney dgn Indon..hujung tahun ni jugak katanya. By end of next year, Ainur tamat belajar dekat Barcelona sana which makes me very gedik-gedik to visit her before she finish her studies.  (boleh dia jadi travel guide aku kt Spain !) hehehe. Me want to jejak kaki to Nou Camp Stadium, beli jersi ada nama David Silva ke Messi ke. (Tapi Ainur cakap jersi sana mahal, around 70 Euro kalau xsilap aku) . Pastu Bella kawan si Ieka ngajak ke Jogjakarta. Bella ni aku kenal waktu kami sama-sama dgn Ieka pergi wedding kawan kitorang kt Penjara Kajang/ Bella ni amik Medik kt Indon sana. Dia ada ngajak pi sana and she's willing nk bawak kami jejalan. 

Semua cambest ! Semua menyeronokkan ! Super exciting awaiting omjayyyyy. 

*menari ballet*

gegas pergi bukak buku akaun cek duit.

*pengsan dan mulut keluar buih*


Mueehhehehehe. Woi nak travel woi. Hampeh punya perasaan. Lepas raya amik lesen InsyaALLAH pastu kena gigih cari kerja nampak gayanya. Pastu saving kaw-kaw punya.

Ekceli last few days aku ada usha vacancies kt hotel-hotel sekitar LGK ni. Westin Hotel, 5 star, international punya pastu ada lah dia punya sedara mara hotel kt oversea sana. Hotel ni ada vacancies ntk beberapa pisition. Aku berkenaan dgn Catering & Conventions. Tapi since this is the 5 star international hotel, aku kena consider gak. If aku ada rezeki ntk position tu, aku sure nnt mesti kena deal dgn wine etc..yelah, sebab that hotel pon ada organize conventions ada service catering bagai. Wine, hurm...sedap lagi air durian belanda, wakakaka ! Pikir balik, takmau ah kerja tu. Bwahahahaha. 

p/s : gua bz jaga adik kecik gua yg 4 bulan tu ; Nur Aisyifa Md.Zahir
p/s/2 : pray for my best, job hunting ! Lepas raya lah tapi.kehkehkeh. 




Saturday, 27 July 2013

Letih.



Dalam keserabutan yg menggila, 
aku jadi insan yg tak peduli apa-apa.

Letih.

Mungkin sebagai tanda amarah yang aku tuju pada mereka.
Atau sebenarnya ketebalan dendam itu terus merasuk hingga langsung tiada rasa.
Bila diam itu lebih beraja, aku cadang kau pergi saja. 

Letih.

Aku tak perlu mereka-mereka yg gembira dan terus berlalu.
Tapi bila pedih wajah sayu merayu-rayu seolah semua salah aku. 

Letih. 

p/s: Ketidakpedulian aku kali ini mungkin sedikit memakan masa.