Thursday, 26 December 2013

pelamin anganku belum hado dan belum musnah.

Assalamualaikum.

Aku tengah online sambil teman emak tengok Raikan Cinta ni. Ye, memang lah Buletin Utama tak habis lagi tp kami lately jarang dah tgk BU tu. Tengok Berita tv9 pastu kalih channel len. You know why ;p Lol ! Ok, speaking of Raikan Cinta ni aku memang suka tengok rancangan pasal kawen2 ni. Sapa tak suka tengok benda cantik-cantik kan. All the decorations, fresh flowers, baju pengantin, pengantin lelaki (eh!), hantaran watsoever. Aku ni sebenarnya tunggu bila ayah nk dapat arahan tukar ke penjara lain. Kira nk move out dari Langkawi lah. Bukan apa, bayangkan kalau aku jumpa jodoh dan nk berkahwen, takkan aku nk buat majlis kt LGK kot. Sapalah nk mai kenduri aku, baapaaak jauh =.='. Harap-harap ayah kena tukar pi bertugas kat Penjara Aloq Staq kaa, Penjara Sg.Petani kaa. Senang sikit, aku nk buat kenduri kt dewan penjara je senang. Pinggan mangkuk cawan periuk jag apa semua pinjam penjara punya. Lepastu banduan boleh tolong basuh pinggan kemas khemah apa semua. Aku tak pastilah kena bayaq berapa ke depa, tak pernah tanya ayah pulak pasai tu. Senang weh kalau buat kenduri kat dewan penjara. Sah2 jimat boleh cut budget dari segi venue. Tak payah pening kepala nk book hotel. Aku nk buat kenduri kat dewan pasai aku takmau rumah aku serabut. Takmau mak ayah penat nak kena urus macam2. Biaq depa rileks.Lepas tu bab F&B pulak if possible takmau catering. Gotong royong plisss. (Rindu kenangan kenduri kt Penjara Jelebu). Makcik-makcik pergi rewang bawak pisau nak pi kupas bawang bagai. Yang lelaki masak. Peh, meriah. Okay enough with F&B. Hurm, akad nikah nak buat kt masjid penjara. Tapi aku seriau ni. Akad nikah ni moment paling syahdu selain upacara mintak ampun maaf during hari Raya. Kehkehkeh ! Aku ingat lagi waktu Form3 makjang (adik ayah) kahwen. During the akad nikah tu, time Tokwan salam Makjang (kira macam nk serah anak dara dia kepada si suami) aku teriak weh ! LOL. Syahdu gilos. Pastu last few months waktu aku pi Ipoh ntk mt BFF punya kakak punya wedding. Aku follow laa to the solemnization ceremony kat mesjid. Pon sama, aku teriak ! Haru lagu ni weh. Nnt kalau aku sendiri nk akad nikah ni jenuh standby tisu. Habih mekap pengantin mak, nokss. Aku dok pikiaq ni, nk buat sanding2 ke idak. Aku ni pemalu orangnya. Hang ingat senang ka nk kontrol ayu atas pelamin tu sambil org semua pakat tengok snap photo bagai. Peh. Akad nikah je boleh tak? Pelamin ntk kita bergambaq sajalah. Takmau taboq beras renjis-renjis. Rimas! Hahahaha. Pastu heret husband pi outdoor photography. Ehem ! If possible takmau karaoke session atau joget lambak. Too mainstream. Main tuju selipar atau galah panjang reramai baru syiokkk. The Bride and her friends vs The Groom and his friends. Team yg kalah kena basuh pinggan, hah ! 

eh jap.

*adjust volume Holy Grail- JT jap, kuat sangat pulak*

okaylah, malas nk taip pepanjang. Aku bukan nk buat novel ke hape ke. Ni entri-main gasak-asal-hado namanya ;p 





Ni nama dia Pelamin anganku musnah kerana calon pengantin lelaki belum ada =.='

1 comment: