Untuk kesekian kalinya,
rajuk bertamu lagi,
walau tanpa diundang hati
Tapi usah kau khuatir,
Sudah aku titipkan yang manis-manis buatmu,
Biar kau tahu betapa setia jasadku mahu berdamping selalu,
Walau di ketidakberadaanku.
Cari aku dalam mimpimu,
Kerana jasad ini takkan pernah muncul lagi,
Tidak bakal bertemu muka walau sekilas,
Kerana aku tak mahu disakiti lagi.
*playlist : Melankolia - L Danielle
No comments:
Post a Comment