Tuesday 30 August 2011

H.U.M.A.N.I.T.Y

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..kita sambut 1 Syawal. meriah kan ?? konpem meriah punya lah. tak sah kalau makanan & biskut raya bagai tak penuh atas meja kan ??
sampaikan ada hidangan yg tak habis makan. tong sampah la destini terakhir. inikah yg kita panggil sbg 'nikmat' kemenangan setelah berpuasa sebulan ??

Alhamdulillah. misi bantuan kemanusiaan ke Somalia telah selamat sampai di Mogadishu. insan2 yg 'berpuasa' lebih dari sebulan berebut-rebut hendak menerima bantuan. si ayah berhimpit-himpit untuk mengambil makanan buat keluarga. si ibu sambil mengendong anak yg tidak sihat. orang tua yg bongkok tiga memegang sebatang kayu yg dijadikan tongkat,turut tidak ketinggalan. anak-anak kecil berlari berpusu-pusu. mereka lapar. mereka dahaga.

kita di Malaysia. kita lapar. kita ada lemang. ketupat rendang. almond london bagai. biskut raya beratus-ratus jenis. biskut tradisi. moden semua ada. you named it you got it !. kita dahaga. bancuh Ribena. Kelasss ko jah !
air perisa buah. air bergas. semua kita mampu.

kawan-kawan,kita jgn alpa. jgn lupa. jgn leka. nikmat yg kita rasa,kalau setakat nk makan sorang, bukan lah nikmat namanya. lebih elok dikongsi bersama. biar insan lain turut merasa. supaya kita sentiasa beringat. ada insan yg lebih menderita di luar sana.

1 Syawal. selain berita mengenai Ops Sikap, yg dinanti-nanti tentulah untuk melihat suasana sambutan Aidilfitri seluruh dunia. 
Rakyat Palestin. walaupun dlm keadaan politik yg mmg tak stabil dek kerana tertindas, masih khusyuk sujud ke hadrat ILAHI. menunaikan kewajipan tanpa gagal.
Rakyat Somalia. berbulan-bulan menahan lapar & dahaga. aku dapat lihat wajah yg penuh kedutan. dalam sayup memuji TUHAN. walaupun sekian lamanya merasa kesengsaraan, mereka tabah menghadapi dugaan.
Ramai lagi umat diluar sana pelumba-lumba ke rumah ALLAH di pagi Syawal meski di spot-check sebelum masuk ke kawasan masjid.

Kawan-kawan. memang kalau nk diikutkan dari segi geografi, mereka semua nun jauh kat sana. tapi sebenarnya byk cara kita dpt membantu mereka. sekalipun dgn doa. kalau kita mampu, boleh salurkan bantuan. byk cara. nak 1000 daya. taknak sudah.

*sayu rasa. hiba sungguh bila melihat episod Palestin : Bumi Para Anbia petang tadi. kawan-kawan. tak payah lah layan sgt rancangan berbentuk hiburan nyanyi-nyanyi bagai. tgklah rancangan yg lebih bermanfaat. Pilihan di tangan kita. Tekan je butang remote, ape susah.

lets pray for the world. pray for the best. aminnn..
KASIH SAYANG ITU PENTING. Daokan umat Islam seluruh dunia sentiasa dlm lindungan-NYA.

nah ! karya aku. mood : human and soul : PRICELESS !!

10 comments:

  1. bloghok : bisa apakah ?? bisa ular orok-orok ke ?? haha

    ReplyDelete
  2. Afiq Sahidi : semua org patut prihatin kann..
    so that everybody live happily ever after..huhu

    ReplyDelete
  3. very good sharing...
    besederhanalah kita semua menyambut aidilfitri.

    =)

    ReplyDelete
  4. aku tumpang sedih dan bersimpati dengan sepenuh hati kat sini.di sini lar platform yg aku fikir aku leh lempiaskan empati aku..bisa ngak? :)\

    sebab aku rasa aku pun ada perasaan insanity..

    ReplyDelete
  5. lama lena pi mana? pening ketupat lemang ke pe?

    ReplyDelete