Friday, 24 February 2012

result makhluk halus.




Assalamualaikum. (jawab la, bukan aku saja2 tulis) ^^

di tengah malam yg hening. udara panas dan tidak selesa menyukarkan aku untuk melelapkan mata. jarum jam bergerak perlahan, menunjukkan waktu hampir bertemu tengah malam. bosan berfesbuk. betul,aku tak mungkin lama mengadap laman sosial itu. 
bosan. mengeluh. sigh =.= okay, ini tak bagus. kadang aku seperti tidak bersyukur. kenapa mengeluh ? apa yg kurang ? apa yg kau tak puas hati ? jgnlah mengeluh seolah menyesali apa yg terjadi. 
buka folder di lappy, kursor aku larikan mencari koleksi movie yg boleh ditontoni. malam-malam besh layan movie magik-magik. yeay ! aku menonton ulang tayang Narnia The Prince Caspian. sedang asyik menatap skrin,,aku ternampak bayang-bayang sesuatu. ya  ! sesuatu. aku tidak pasti apa. namun kelibatnya sungguh pantas bergerak. aku takut. cemas ! 'sesuatu' yg sebentar tadi hanya kulihat kelibatnya, kini aku lihat 'benda itu dgn mata ku sendiri. ditambah sedikit cahaya yg terbias dari bilik air dikamarku.  Ya ampun. aku terkejut apabila 'benda' iti seolah ingin menerkam aku. Tersentak aku dgn pergerakannya yg mengejut itu membuatkan aku berdiri laju. hampir saja komputer ribaku terlepas ke bawah katil . ah ! pantas aku berlari keluar dari kamar tidur. kaki aku hayunkan ke dapur dan mengambil senjata yg tersimpan. sememangnya ibu bapaku sengaja menyimpan senjata di tempat yg senang dicapai oleh anak-anaknya. 'sebagai perlindungan' kata mereka. 
Aku kembali ke kamar, dan terus aku halakan senjata yang aku ambil dari dapur tadi. aku tekan sekuat hati supaya kesannya lebih menjadi. supaya 'benda' itu cepat mati. mulut ini juga tak henti berkata ;

"hah,,amik kau lipas ! mengong ! suka hati masuk bilik aku. sesedap rasa kau naik atas katil aku ye. amek kau, amek kau ! kata-kata itu aku ulang berkali dgn nada geram sekali. fuhh ! lipas durjana. haish, he loves me so much and i dunno why. sedangkan aku sudah memeterai perjanjian MOU yg aku & LIPAS akan menjadi musuh buat selamanya. nampaknya 'benda' itu sudah melanggar perjanjian dan wajarlah aku berbuat sedemikian yakni melalui Pembunuhan !


*********************************************************************************


Result peperiksaan semester lepas sudah keluar baru-baru ney. dgn tahap neves yg memuncak aku menunggu penuh sabar emel yg bakal diterima dari UiTM. paap ! pukul 12 lebih. berapa kali entah aku log sign in-sign out alamat emelku. finally..masa yg dinanti telah tiba. dgn terketaq-ketaq jari aku membuka emel yg dikirim. 

ALHAMDULILLAH :) lega baq hang ! result much much better compared to last semester. syukur Ya ALLAH. tenkiu mak ayah. trimas jugak ahli rumah NO 33 Fasa 3 Puncak Alam. penghuni serumah dgnku juga semuanya sukses ! cemerlang gemilang terbilang. syukur :) sem depan kita pakat pulun lagi yeh.


p/s : amacm cerita LIPAS di atas ? cukup saspen tak ? kuikui ~

Tuesday, 14 February 2012

SIJIL.



Assalamualaikum :) 

jangan aku sangka aku nk bicara pasal politik. 
no ! nehi ! never ! 
*ekceli aku belum mendaftar untuk mengundi*
UNDI ADALAH RAHSIA eh ??

********************************************************************


pada suatu hari,,sedang aku menonton MHI kt tb3..aku terdengar pasal pertandingan fotografi. amek remote,naikkan volume sampai tahap sedap didengar telinga..kehkeh pastu dengar dgn teliti. sebab memang da pasang niat nk join. once dia bagitau pasal laman web berkenaan,aku pon start cari info dan segala bagai.  pastu tgk koleksi-koleksi gambar dalam lappy ney. aku rasa ada laa beberapa yg menepati syarat pertandingan yakni bertemakan 1Malaysia. ape-ape jela yg related. godek punya godek. terjumpa laa 1 gambaq ney. ops,,bukan 1. aku hantar 2 penyertaan. kalo da free,, hang nk hantaq 10 pon takpa. aku hantar 2 saja. tak bajet nk menang pon. dia kata sapa yg sertai,dapat SIJIL. hehe. aku nk menatang tu je. Finally,,lama selepas itu keputusan keluar. they send via emel. oh btw, nk hantar karya pon through online ye. nama pemenang diumumkan. tadaaa ! top 10 semua senior photographer baq hang. sebab tgk depa punya ic number. mmg super senior laa. photo yg depa hantar pon mmg ohsem dan terbaekk. tapi aku bersyukur, sebab da ada pengalaman masuk contest photography and dapat SIJIL plak :) makaseh laa organizer ye. 


berikut adalah mangsa,,wakaka :





 ye,aku tahu gambar *ntahapehapenta* setakat gambar bendera kt stesen bus oldschool kt pekan Tapah :P hehe. serious oldskool gila stesen bas ney.




ney plak photo waktu aku Form5 dulu. see how malas i am ?? haha ! malas nk buat photoshoot lain. godek lappy,,jumpa ini pastu submit, yeay !
*konon-konon semangat 1 Malaysia laa tuh,,ngee ~ oh btw yg pakai baju putih tuh Mr.Tuyul (Zul Kapan) ingat tak ?? aku penah cerita pasal dia.
dari kiri : Wong,,Suresh,,Zul :)



p/s : oh,,result exam 22hb ney kuar. ketaq pala lutut da ney !
sapa-sapa blom dapat result, gudluck ! doakan aku jugak. tq
 

Tuesday, 31 January 2012

teh 'O' kawan buku

stok cuti semester ! (novel kaa,,buku kaa..jgn lupa Al-Quran juga) ^^


Bismillahirrahmannirrahim..

Tiada yang lebih indah dari mengadap buku..
sambil menikmati kesedapan teh 0 panas.
oh cuti ! aku suka.

tapi aku tak suka bila 
minuman yang diawal tadi panas telah turun suhunya.
lagi tak tergemarkan bila aku masih dan sedang berusaha
menghabiskan pembacaan aksara-aksara rumi yang belum pon sampai ke penghujung muka surat bernombor,,
cecair kurang manis untuk anak tekak sudah habis aku hadamkan. 

*bancuh teh lagi sekali.panas-panas..



27 April - 6 Mei 2012 : Pesta Buku Antarabangsa PWTC
(besday aku 28 April so sedang molek laa kalau nk kasi adiah. aku nk buku !)
25 Mei- 3 Jun 2012 : Pesta Buku Read Malaysia @ Mid Valley
29 Jun - 7Julai 2012 : Pesta Buku Selangor



p/s : zaman kanak-kanak dulu aku suka benar baca buku atas dahan pokok rambutan belakang rumah.

Monday, 30 January 2012

mamat baju kotak-kotak vs Awek Chuck Taylor

sekali imbas tgk Wan msti teringat Qi Razali,,auuwww



Assalamualaikum :)

13 January 2012. hari manis. sebab akan berjumpa dgn insan yg manis juga,,ngee ! ops,silap..bukan berjumpa. tapi melihat. ye,,lihat dari jauh sahaja.
woi aween,,ney kan tarikh ko amek final exam paper Project Mgt ! kalut nk cuci mata plak hang ney..

15minit sebelum exam mula, semua calon dipanggil masuk ke dalam dewan. aku amex port di tgh2 sebab aku tak suka dok depan. aku suka dok tgh atau belakang so that bley tgk macam-macam ragam pelajar bila menjawab exam. dan misi aku arini untuk tgk ragam : Mamat Baju Kotak-Kotak ^^ (gatei)

sampai tempat duduk aku,,terus letak slip exam + kad matrik sebelah kanan meja. alat tulis segenggam yg aku ikat pakai getah aku letak sebelah kiri meja. botol air aku letak kt kaki meja. okay, bley bersandar dgn selesa.

mana ? aku tak nampak pon kelibat mamat baju kotak-kotak tu. padahal kami ambil subjek yg sama. haish ! tak senang dok da ney. suddenly kedudukan aku yg strategik dapat melihat seseorang sedang membuka pintu dewan. ommaakkk aiii..its him *rasa mcm dok atas pelangi*
mai boh penampaqq sedaih !

macam biasa. baju kotak-kotak. kasut jenama-apa-nta-tak-sempat-usha. beg kaler hitam oren. haha ! kata minat, haruslaa terer nk recognize him,,kan ? kan ?mata ney mmg jahat. kahkah ! pandang je mamat baju kotak-kotak tu sampai dia dok kt tempat dia. oommmjayyyy ! pandai hang pilih tempat duduk naa,,strategik gila. tak payah aku nk pulun teruk pusing kepala tgk hang.

wuu laa laa laa. aku rasa aku bley jawab paper Project Mgt dgn senang hati :)

3 jam dlm dewan. sempat laa aku tgk mamat baju kotak-kotak dok padam atas kertas dia. awak,,salah yeh ?? ngeh3x. sempat tgk dia dok buat jalan kira-kira. pulun tekan kalkulator. bersandar sambil cari ilham. menguap. haha ! semua awak buat semua saya nampak.

sebab, itu kali terakhir aku dapat tgk mamat baju kotak-kotak. selama ney cuma selisih di fakulti. cuma nampak awak lalu depan perumahanan time nk pegi kelas. nampak awak tersenyum (mata awak pon senyum itu yg buat saya cair !) selisih kt fakulti bukan sekali. ada satu ketika tu saya masuk kelas awak ntk buat ujian lisan Mandarin. nampak awak tersenyum. haaa..

dan hari exam Project Mgt adalah hari terakhir saya boleh tgk awak walau dari jauh. :(

mamat baju kotak-kotak nnt naik sem 6, dia praktikal. aku baru nk naik semester 4. dia praktikal dimana ? aku tak tahu. nnt dia cuti sem dok mana ? aku tak tahu. apa yg aku tahu. nama dia WAN :) pelajar semester5 fakulti aku walau kami tak sama course. cukuplah. kerana itu sudah cukup membahagiakan aku.


p/s : persamaan aku dgn Hafiz watak dlm Awek Chuck Taylor ; kami suka orang pakai baju kotak-kotak ^^

Thursday, 29 December 2011

isu kandang FINAL.

cinta pada buku  tak bermakna aku rasa yg sama pada buku-kuliah. haha


Assalamualaikum :)

mengirup udara berbeza dari puncak yg tak sama. nyaman ! masih bernafas aku. Alhamdulillah. mata mampu melihat panorama indah dan kadang kala ternampak puncak pencakar langit berkembar dua. yang pada mulanya aku tidak percaya. lantas bila melihatkan sendiri. aku angguk mengaku sendiri.

"aween,,dari kampus aku nnt kau boleh nampak KLCC..

"hah ?? tipu laa,,mana mungkin dok di UiTM Puncak Perdana boleh nampak menara tiang dua tu. aku tak percaya"

tatkala perut minta diisi, bergegas kami ke kandang. haha ! aku pon ketawa bila mendengar nama kandang. hape punya tempat daa. tak terlintas aku bagaimana rupa kandang yg dimaksudkan.

oh ! kandang macam ney rupanya. kahkah ! tersengih aku sepanjang lalu di kandang itu. panggilan yg diberikan oleh pelajar2 UiTM Puncak Perdana kpd kedai-kedai makan disebelah kampus itu. aku perhati sekeliling. mencari persamaan antara gerai-gerai makanan disitu dgn perkataan 'kandang' itu sendiri. garu kepala juga mencari persamaannya entah dimana. ape-ape jelah. order makan. bungkus makan di bilik je.

jalan kaki balik, melepasi post guard maka rakanku bersuara ;

"aween,, tgk tuh KLCC ! haa,,bley nampak dari sini kan"

"okay,,aku percaya kau sekarang. hehe"

terus aku rasa semacam ada di kotaraya. tidak lagi di kandang. lalala :)



*********************************************************


minggu lepas aku berazam untuk meng'qada' tidoqq yg mmg agak lama tertunggak. tak puas lena bila serabut kepala dgn bermacam kerjaan. itu ini. sana sini. 

lemas. aku rimas.

bila sampai hari yg dinanti, tetap tak boleh dapat apa yg dihajati. qada' tidoqq jauh sekali. kena berasmaradana dgn etika & protokol pula. ah ! VVIP nk datang. 

tutup cerita pasal event segala. penat !


*******************************************************


aku ada 3 buah novel Inggeris yg dibeli dari lecturer sewaktu car boot sale. 1 buku RM5 sapa takmau kan. dan aku punyai dua karya Hlovate yg masih berbalut elok sejak dari aku berhempas pulas memujuk tgn menghulur sejumlah wang di MPH Carnival Mid Valley bulan lalu. masih belum aku bogelkan. tersimpan rapi di kamar. dijauhkan dari pandangan dan jangkauan. 5 buah buku menanti untuk aku tatapi bila tiba cuti semester nanti. buat masa sekarang. fokus terhala pada peperangan. 

ah ! sakit otak juga fikir hal untuk bertempur.

p/s : eleh aween, relaks laa.. final exam tahun depan kot. start 8hb Jan 2012 ! 
arini baru 30hb Dec 2011 :p


Thursday, 8 December 2011

penumpang menumpang.


andai aku punyai jentera ini, alangkah !

Assalamualaikum wbt :)

menulis sambil menghadam keropok ROTA + layan ROXETTE (Listen To Your Heart)

seperti kebiasaannya. jam 7 pagi sudah menapak keluar dari rumah NO 33. langkah kaki mengheret aku dan 2 lagi hausmate ke tepian jalan. menunggu sesuatu yg sangat penting bagi siswi yg ketiadaan motor, kereta mahupun pakwe yg boleh di ditumpang untuk ke kampus. 

bas oh bas ! mana kau tak kunjung tiba lagi ney ?
aku sudah penat berdiri seperti patung cendana walau tak secantik Juliana Evans.

melihat kenderaan bersusun-susun. melintas lalu di depan mata. terfikir aku. takde siapa-siapa yg mahu menumpangkan kami kah? kami budak baek. nak je aku cakap "cikkkk,,boleh tumpangkan saya takkk ? kampus saya kt depan tu je." intonasi mcm hantu cerita Karak.

jentera berwarna merah-krim pon singgah. RapidKL. kadang-kadang aku fikir nama kau tak menggambarkan diri kau yg sebenar. adakala kau tak Rapid langsung, huh ! keluarkan not kertas seringgit. bayar ke driver bas. (sistem touch & go dihentikan buat sementara, untuk penambahbaikan). 

part paling tak digemari. terpaksa berdiri lagi. sudah penuh isi bas. tapi masih ditahap moderate. belum sampai level tin sardin. bas meluncur lagi. dari jauh kelihatan segerombolan manusia dari seberang. ah ! ini yg buat bas makin padat terisi ni. lemas ! sudahlah aku berdiri.

seorang demi seorang rakyat negara jiran naik. yg lelaki mahupun yg perempuan. okay. kini bas padat terisi. pakcik driver, sila jgn ambil penumpang lagi. sepanjang perjalanan tubuh bergerak ke kiri ke kanan. kaki sedaya upaya menahan bebanan supaya tidak jatuh. tiba-tiba, ada perasaan kurang enak menerjah hatiku. kenapa lelaki itu memilih untuk berdiri disebelah ku? tak suka ! aku rasa macam dalam bas untuk pergi Stadium Gelora Bung Karno pula. adakala terasa macam di bumi Jakarta walau belum pernah aku ke sana. yg perempuannya udah ngomong semacam ada sinetron dlm bas saja. yg lelaki pula tersengih sudah senyuman kambing. tak tahu ditujukan kepada siapa. gue enggak suka sama lo ! jadi lo jangan macam2 sama gue ya. gue jerit nnt langsung lo ditangkap pak polisi. AWAS !
boleh tak klasifikasikan keadaan ini sebagai sexual harassment ?? sangat tak suka bila bas melepasi selekoh di sekitar Puncak Alam ini yg mmg keadaannya seperti Litar Sepang. lelaki di sebelahku seolah-olah sengaja mahu rapat ke aku. ah tidak ! sepanjang aku berdiri dalam bas pagi itu, muka ini mmg langsung kelat.  tidak aku sedekahkan segaris senyuman. aku kira itu lebih 'manis' jika dibandingkan bila kita berpura-pura senyum manis. bukan sifat aku diskriminasi. tapi lebih kepada Safety and Security.

pagi-pagi lagi aku sudah terpaksa menempuh keadaan sebegini. mmg permulaan hari yg tidak baek. 

nota kaki pakai selipar: oyeah ! jumaat-senin cuti. tp tak heaven langsung bila kena siapkan 3 report + study + esaimen yg wajib dihantar & berlaku pada hari yg sama