Tuesday, 30 August 2011

H.U.M.A.N.I.T.Y

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..kita sambut 1 Syawal. meriah kan ?? konpem meriah punya lah. tak sah kalau makanan & biskut raya bagai tak penuh atas meja kan ??
sampaikan ada hidangan yg tak habis makan. tong sampah la destini terakhir. inikah yg kita panggil sbg 'nikmat' kemenangan setelah berpuasa sebulan ??

Alhamdulillah. misi bantuan kemanusiaan ke Somalia telah selamat sampai di Mogadishu. insan2 yg 'berpuasa' lebih dari sebulan berebut-rebut hendak menerima bantuan. si ayah berhimpit-himpit untuk mengambil makanan buat keluarga. si ibu sambil mengendong anak yg tidak sihat. orang tua yg bongkok tiga memegang sebatang kayu yg dijadikan tongkat,turut tidak ketinggalan. anak-anak kecil berlari berpusu-pusu. mereka lapar. mereka dahaga.

kita di Malaysia. kita lapar. kita ada lemang. ketupat rendang. almond london bagai. biskut raya beratus-ratus jenis. biskut tradisi. moden semua ada. you named it you got it !. kita dahaga. bancuh Ribena. Kelasss ko jah !
air perisa buah. air bergas. semua kita mampu.

kawan-kawan,kita jgn alpa. jgn lupa. jgn leka. nikmat yg kita rasa,kalau setakat nk makan sorang, bukan lah nikmat namanya. lebih elok dikongsi bersama. biar insan lain turut merasa. supaya kita sentiasa beringat. ada insan yg lebih menderita di luar sana.

1 Syawal. selain berita mengenai Ops Sikap, yg dinanti-nanti tentulah untuk melihat suasana sambutan Aidilfitri seluruh dunia. 
Rakyat Palestin. walaupun dlm keadaan politik yg mmg tak stabil dek kerana tertindas, masih khusyuk sujud ke hadrat ILAHI. menunaikan kewajipan tanpa gagal.
Rakyat Somalia. berbulan-bulan menahan lapar & dahaga. aku dapat lihat wajah yg penuh kedutan. dalam sayup memuji TUHAN. walaupun sekian lamanya merasa kesengsaraan, mereka tabah menghadapi dugaan.
Ramai lagi umat diluar sana pelumba-lumba ke rumah ALLAH di pagi Syawal meski di spot-check sebelum masuk ke kawasan masjid.

Kawan-kawan. memang kalau nk diikutkan dari segi geografi, mereka semua nun jauh kat sana. tapi sebenarnya byk cara kita dpt membantu mereka. sekalipun dgn doa. kalau kita mampu, boleh salurkan bantuan. byk cara. nak 1000 daya. taknak sudah.

*sayu rasa. hiba sungguh bila melihat episod Palestin : Bumi Para Anbia petang tadi. kawan-kawan. tak payah lah layan sgt rancangan berbentuk hiburan nyanyi-nyanyi bagai. tgklah rancangan yg lebih bermanfaat. Pilihan di tangan kita. Tekan je butang remote, ape susah.

lets pray for the world. pray for the best. aminnn..
KASIH SAYANG ITU PENTING. Daokan umat Islam seluruh dunia sentiasa dlm lindungan-NYA.

nah ! karya aku. mood : human and soul : PRICELESS !!

Sunday, 28 August 2011

perutusan seri muka tak berseri.wawawa !




Assalamualaikum..
Perutusan khas Cik Nur Aizureen aka Aween.
dibawakan kepada anda oleh : lampu minyak tanah dan ketupat palas (sponsor)
*entri ini tak menggunakan perkataan AKU. 

oyeah ! RAYA weyh..besh tak ? besh tak ?? kuikui..

saya,penyimpan MOHONG BESAQQ kawan-kawan ingin menghulurkan tangan (perempuan jek,laki tak bley !) memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terlaser tulisan di blog ini mahupun komen2 yg saya pi tulis kt blog anda semua..
walaupun saya baru lagi dlm industri blogging..err,,industri ?? em dunia blogging lebih tepat. blog ni baru 3 bulan usia nya tapi mungkin ada kata2 yg bley bikin anda sentap 3 tahun. harapnya tiada berlaku kes sedemikian rupa. hehe ! 


semoga Aidilfitri ini lebih bermakna ntk kalian semua. jgn lupa ikhlas kan hati mohon kemaafan leburlah dosa ditapak tangah lupakan segala silap dan salah. peh ! abes napas nk nyanyi lagu ni :P
haipp ! saya serious ni. buang ego. mohon ampun seikhlas mungkin sesama insan. sifat memaafkan & bermaafan amatlah mulia.


last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR BATIN..HEPY MERDEKA ~!



nota kaki pakai selipar : taun neyh 1st time mak tak buat LAKSA ntk raya. FRUST nya saya :P

Saturday, 27 August 2011

shoot photo.not people !

berdekatan Kem Askar Bukit Keteri-Perlis



buai laju-laju..sampai pokok sena..apa dlm baju..sekuntum bunga cinaaa ~!! 






tepi jalan raya yg sgt bz..naseb bek tak dilanggar nya teman neyh :P



SUBHANALLAH ! indah kan sunset :)



nah ! amek poskad sorang satu !



these photos were taken by ME !
using Samsung digital camera..kamera cabuk je ! bak sini DSLR sebuah !
location : Bukit Ketri Perlis


nota kaki pakai selipar : Syukur masih bernafas.hirup udara.melihat dunia

Tuesday, 23 August 2011

abangg ipaqq hang !

Assalamualaikum :)

kisah ini plot nya berlaku di sebuah rumah di Taman Kenari Langkawi. ye,,umah aku laa..hehe. senja merangkak menjemput malam hari. aku baru selesai solat Maghrib. macam biasa,,memandangkan aku berkongsi bilik dgn lagi 3 org adik perempuanku, macam2 cerita laa yg kami kongsi. Anis, belajar di Tingkatan1,bercerita perihal ragam kawannya di asrama. An, tingkatan 3 sibuk bertanya itu ini berkenaan subjek PMR yg bakal ditempuh tak lama lagi. Ain, lepasan Matrikulasi Arau dan bakal menyambung ijazah sarjana muda Kejuruteraan Mekanikal (Rekaan & Inovasi) di UTEM sejurus selepas raya, mengomel tak sudah pasal nk kne isi borang itu dan borang ini. tu normal angah ! mmg tangan hang kebas sengal ubi bila hang nk daftar masuk U. Aizat. satu-satu nya adik lelaki aku. baru darjah 3. malas buat homework. rajin main game Ninja Saga, Plant Zombie dan War Age. oppss ! dia tak kongsi bilik ngan aku okay. tapi mmg habit dia masuk bilik aku,yelaa..nk bersantai manja dgn kakak die..cuti sem aku pon da nk abes,,pasni dia xda geng laa..kami 4 beradik perempuan & 1 lelaki. Aizat start questioning me and my sisters :

Along,,awat orang xde abang ?? orang ada kakak je. Abang xde..kenapa ??

Adesss,,cmne aku nk jawab neyh..take a deep breath. cheewaah ! cam nk jawab soklan exam plak..Adik2 perempuan aku bg macam2 jawapan laa...jawapan merapu pon ada..haha ! ini normal bg kami. bila Aizat ask anything mmg kami bg jawapan yg merapu,,kasi konpius sama itu orang..kahkah ! Berbalik kpd soklan tadi..

Along,,awat orang xde abang ?? orang ada kakak je. Abang xde..kenapa ??

then aku pon jawab :























sebab nanti hang akan dapat abang ipar ~!! :P lalala ~~

tapi adeqq,,calon abg ipaqq pon takdak lagi neyh..cena ?? cena ?? (yg neyh aku cakap dlm hati) 

wakaka ~!!!



* its KAMI *

oyeah ! kami mmg selalu gaduh jugakkk :)

adeqq ! hang nk buat pa tuhh ??

p/s : these photos were taken last Sunday at De' Baron Hotel. Majlis Berbuka Puasa anjuran Akademi Koreksional Jabatan Penjara Malaysia Langkawi..perabehh makanan yg adaa sampai kenyang :P


nota kaki pakai selipar : Raya da dekat. dekat da raya. oyeah ! tapi kuliah nk start daa..alamak !

Wednesday, 17 August 2011

terang tapi buta..


this is what we call : Stupidity ! terang lagi bersuluh..tp buta !


Assalamualaikum :)

da puas tatap gambo tu ?? pandang jam.its lunch time ! haha.i wonder what  are the people out there are doing during lunch hour. i mean during this fasting month. i'm asking this because my status as a student(masih sedaya upaya abeskan sisa-sisa cuti sem!). so aku curious nk tau.
hurm berapa ramai yg berbual kosong. berapa ramai yg keep on working non stop. berapa ramai plak yg amek kesempatan ntk buat amal ibadat ??
aku rasa semua orang tau skrg bulan posa. bulan Ramadhan. bulan penuh keberkatan. i think everyone should take it seriously to upgrade themselves (mine too !). instead of just doin nothing during lunch hour,why not we do something that will give us more benefits right ? its never too late until its too late. berzikir, membaca Al-Quran, sedekah, berselawat dan byk lagi menda len yg kita bley buat sebenarnya. bukan apa,,da terang lagi bersuluh kan. bulan neyh pahala amalan berganda. so buat laa amalan lebih dari biasa. InsyaALLAH, berkat..

peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya. yg kadang alpa dan leka. tak kira siapa kita. apa status kita. pelajar, pekerja mahupun penanam anggur berjaya. amatlah rugi jika tak dimanfaatkan peluang keemasan yg hanya datang setahun sekali. jika kita beria- ria nak countdown dgn suasana meriah sakan terlampau ntk tahun baru. kenapa kita tak boleh memeriahkan Ramadhan ?? Ramadhan pon setahun sekali juga,,sama laa mcm new year. jgn berlaku tidak adil.huhu. da masuk peringkat ke-2 Ramadhan..tinggal lagi berapa hari je lagi ntk rebut peluang neyh.

macam gambar di atas. kannn ?? that pixca was taken by me. somewhere in KL. see?? terang lagi bersuluh kan ?? tapi kenapa tak ikut ?? kenapa masih buat perkara yg dilarang?? tepuk perut,tanya nk makan apa ntk berbuka arini?? kahkah ! okay,gurau. tanya diri sendiri. nak ke kita jadi kelompok yg rugi ?? bukan status hidup di dunia je kita kne upgrade..tapi bekalan pahala ntk akhirat pon kne jaga. kalo tak bawak bekal nnt kan lapaqqqq !
semoga entri aku kali neyh dpt memberi manfaat kpd semua. tak salah kan,,to remind each other. maaf kalo terkasar bahasa. sayang korang laa readers !


nota kaki pakai selipar : lapaqq kt dunia bley cari makan..lapaqqq kt akhirat,,bekalan amalan je yg bley bg kenyang :)

Monday, 15 August 2011

banduan nak raya.cerita kampung

Assalamualaikum :)

hari ke-16 posa.raya pon da nk tiba.ceh ! haa,,speaking of raya..ce try dengar lagu apa yg hingaqq sangat kt blog aku neyh?? well,,this is one of my feveret raya song..syahdu ! semalam kemain lagi radio ERA dok putaqq  lagu raya naa..amboi,eksaited sungguh..aku pon ape lagi,,nyanyi sakan lagu raya..TAPI wlpn mulut menyanyi riang,hati menangis tak tertahan..T_T

hati siapa tak menangis bila terkenang kampung halaman.ceh ! bajet konon aku dok kt oversea..haha ! weyh,,aku mmg di seberang laut neyh..Pulau Langkawi pon over-sea kan?? kuikui..

tahun neyh tak balik kpg sebab giliran ayah aku kije.taon lepas da cuti kan.well,,ayah aku kije pegawai penjara.setiap pegawai atau staff akan dibahagikan kpd 2 divisyen.A dan B. kalo tahun neyh org A bercuti raya,org B kne laa kije dan begitulah sebaliknya.paham ?? yelaa,,kalo dua-dua pihak bercuti raya pakat balik kampung,,sapa nk jaga banduan ?? tak ke haru kalo banduan lari. jgn main2,,penah ada kes wo0o..banduan lari dari penjara 3 hari sebelum raya..

wahai banduan,,aku paham ko nk balik makan kuey raya pastu main bunga api ngn sedara mara ko,,tapi bila ko lari cmni,,menyusahkan semua org termasuk ayah aku.

alkisah...situasi berlaku di Penjara Jelebu n9 (penjara lama tp masih beroperasi). lagi 3 hari nk raya,gempar 1 kuarters pasal banduan lari. sepatutnya aku sekeluarga bley balik kpg da time tu.tp disebabkan kes neyh,,ayah aku kne stay ntk cari itu banduan sampai jumpa. terpaksa la aku ngn adik2 dan mak balik kpg bersama maksu dan kereta satria beliow (i hate satria ! sempit ! tgkap blkg xley bukak,,aku lemas).
tak kemana pon banduan tu bley lari ekceli.sebab bersebelahan penjara ada kem askar + pusat serenti.amek ko ! mintak tlg depa cari sama,jumpa laa !

then petang sebelum hari raya,,(aku time tu kanak-kanak lagi) main la kt depan umah tok.pastu nampak kereta Toyota Corola DX kaler hijau..wah ! hape lagi menjerit terlompat-lompat laa..ye ye ! ayah da sampai ! kehkeh

tahun neyh perkara yg aku terkilan tak dapat buat time raya :

1. tlg TENGOK tok buat ketupat,,hehe..tgk je.sebab tok+wan je yg terer pon

2. terkilan sebab selalu last puasa,after berbuka (takdan nk basuh pinggan) sume pakat p beranda umah nengok bunga api ! men mercun lawan jiran sebelah.penah ada kes jiran blkg umah mai sound sebab kami main mercun. ah ! pedulik hape,bukan beli guna duit ko ! esok nk raya maa,,harusla main mercun !

3. taon neyh aku xdpt buat scene nanges teresak2 sambil kesat hidung waktu pagi raya ntk sesi salam mintak maap halal mkn minom. scene paling mahal even michael bay blom pnh buat !

4.tahun neyh rumah baru tok da siap ! hampeh sungguh tak dapat balik beraya kt umah baru. tapi aku rindu rumah papan.very da kampung ! nostalgia sume neyh :(

5. tak balik kpg,,mana nak ada duit raya !! uwaaaa !! kalo balik bley gak dpt seratus lebey (jadi laa) drpd takde kan..lagi besh dpt duit raya dari sedara sebab depa bg ikut umur..sapa besar,,lagi besar la nilai wang yg akan anda terima :)

ops,,da cukup panjang kot..len kali plak aku sambung story mory pasal raya. ekceli tak tahan nk nanges sebenarnya.rindu tokwan+kampung+jiran sekampung+bau najis lembu atas jalan bluerk+dan semua lah yg berkaitan :)  


suasana raya di kampung = PRICELESS !! 
kaya mcm mana pon tak dpt beli suasana cmni. betul tak ?? hehe

yg tgh tu adik aku : AIZAT


aku tiada dlm gambo : ini sebahagian dr sepupu2 aku

aku masih tiada dlm gambo : bz kt dapur ! konon :p


nota kaki pakai selipar : blom start buat persiapan raya :p


Friday, 12 August 2011

bz body..

Assalamualaikum :)
This is a story

about four people named EVERYBODY, SOMEBODY,ANYBODY,NOBODY
there was an important job to be done and
EVERYBODY was asked to do it
EVERYBODY was sure that SOMEBODY would do it !
ANYBODY could have done it
but NOBODY did it
SOMEBODY got angry ! about that because
it was EVERYBODY'S job
EVERYBODY thought ANYBODY could do it
but NOBODY realized that..
EVERYBODY would not do it.

it ended up at EVERYBODY blamed SOMEBODY when 
NOBODY did what ANYBODY could have done ~!




my feveret quote ~! terpampang kt bawah banner blog neyh..nampak tak ?? nah 20sen..






nota kaki pakai selipar : aku tatau pasal apa SAFIQ RAHIM muncul dlm mimpi aku semalam ~!

gurukul (Part 2)

Assalamualaikum :)

nah ! atas permintaan ramai aku terbitkan sambungan mau tau klik sni ok !
sambil pasang lagu raya kt lappy,jari masih bley ketuk-ketuk Ramadhan atas papan kekunci neyh (ayat skema gilaa)..amek kau !


******************************PART 2******************************

...jam di dinding ku lihat sekilas. ini belum lagi lunch hour. mana pi semua orang?? makan gaji-tak-nampak (buta) ke hape ?? ini boleh mendatangkan kemarahan neyh (benci ayat neyh,x-bf dlu rajin dok sebut) kehkeh..
seketika kemudian barulah ternampak kelibat kera,,ops..kerani. dengan angkuh takbur riak berlagaknya dia tanya..

"datang nk ape neyh??" kata kera,eh kerani.
"kami datang nk memetik bunga di taman larangan" kata aku di dalam hati sekali lagi. hehe
"kami nak amek sijil SPTM"

"tahun bila"
"err,,tahun 2009" jawab aku cik aween, cik bainun dan cik suziela serentak sehati sejiwa.
"ingat angka giliran tak"

cik bainun dan cik suziela tak hengat.aku ingat aku punya angka giliran..haha ! bangga sekejap. kemudian kerani tu pon pi la amek dokumen yg berkaitan. pastu kami sain baek punya kt dokumen tu sambil tangan kiri kerani itu menghulurkan sijil STPM kami. TANGAN KIRI ! tak pasal2 kami nk kena cari air tanah beserta air mutlak..kahkah ! naseb bek laa after STPM aku dpt masuk U.kalau tidak mmg aku salahkan kera-ni.

otak menghantar signal ke kaki-kaki ku supaya terus bergerak ke kantin sekola.atau lebih mesra Kafeteria Wan Aishah (keturunan Mahsuri). ada la 4-5 orang budak cina dok melepak.aku bajet mesti class Pendidikan Islam sekarang,depa kan belajar moral.merempat kt kantin laa. kami duduk.
mulut terus berbicara.banyak cerita nak dikongsi. cerita kawan da bersalin. kawan da kawen. macam-macam cerita kawan yg keluar.

"eh,itu teacher Khairuzzan kan??" kata cik bainun pelajar USM Pulau Pinang.
"ya kot" kata cik suziela penuntut UiTM Shah Alam.
"aween,panggil laa teacher" bainun bg arahan kt aku.
"Teacher !" laung aku serba eksaited nk jumpa teacher MUET kami.

aku jerit 4-5 kali kot panggil teacher tapi yg menghairankan kami pasal apa beliow langsung tak menoleh. hello,,teacher tak dengar ke pelajar kesayangan panggil ?? cik bainun soh aku pi kejar teacher disebabkan antara kami bertiga,aku la bekas pelari sekolah walaupun tak pegang title olahragawati. dengan semangatnya aku mengejar teacher. pastu bila sampai depan teacher...

"Assalamualaikum. err, hye teacher. ingat kitorang lagi tak ?? saya AIZUREEN, yg neyh SUZIELA, yg neyh BAINUN". 
aku memperkenalkan diri sambil kami bersalaman dengan TEACHER itu.
salam cium tangan pastu bila aku angkat kepala untuk melihat wajah teacher MUET kesayangan..

                                                              *
                                                              *
                                                              *
                                                              *
                                                              *
                                                              *
                                                              *
                                                              * 
                                                              *
                                                              *
                                                              *


oh man ! this is not teacher Khairuzzan.demmm.hanya mampu cakap dalam hati. SUDAH SILAP ORANG MAA !! MALU SGT28X :P

no wonder laa bila aku perkenalkan diri, 'TEACHER' tu seolah terpinga-pinga cm orang mabuk laut 1st time naik feri mai Langkawi.
no wonder laa bila aku perkenalkan diri, 'TEACHER' tu cakap..
"sorrylaa,,kalau bab nama neyh saya failed sikit.saya tak berapa nk ingat"

oh cikgu-taktau-apa-nama. time cikgu berjalan tadi lenggok sebijik cm teacher kami who0oaaa. tak sangka plak orang lain. inilah yg dinamakan lembu punya susu,sapi dapat nama. lepas sedar yg kami da silap orang,,blah laa..ape lagi..

"err,,takpe laa cikgu. kami mintak diri dlu. terima kaseh" T_T
dalam hati malu tak terkata.tapi aku buat relax jela. cik bainun ngn cik suziela da bantai gelak. aku lari p tempat duduk kt kantin tadi pastu aku plak bantai gelak. naseb bek tak jatuh kerusi. kahkah !
memang tak bley blah sungguh. sokay,people makes mistakes kann..

sumpah,lepas neyh konpem tak bley tegur orang tak tentu pasal. learn from mistakes.

WRONG = SALAH ORANG DAA..

trimas sudi baca entri-nta-ape-ape neyh. well aku bukan novelis atau journalist. so pliss dun expect aku kan tulis sebagus Damya Hanna atau Ramli Awang Murshid and nta sapa-sapa lagi penulis terkenal mahupun tak terkenal diluar sana. Selamat Hari Ke-12 PUASA !!


nota kaki pakai selipar : on that day laa aku beli kasut Vincci baru..haha !
happy :)

Wednesday, 10 August 2011

gurukul (Part 1)

aku da bersiap.pusing depan belakang.toleh kiri kanan.belek muka dua tiga minit depan cermin.betulkan tudung atas kepala.pastikan jugak menutup dada,hehe..okay ! lets go ayah.ayah akan hantarkan aku ke sekolah tempat aku gigih belajar kononnya sewaktu tingkatan 6 dlu.aku lagi suka nama timangan Pra-U.Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri,Langkawi..nak p amek sijil STPM aku laa..da sampai skola..
perasaan biasa saja,,bukan mai nk amek result so tak payah nk ketaq lutut sangatlaa..kehkeh

menyusun gerak langkah ke pondok berhampiran pejabat.menunggu ketibaan lagi dua orang sahabat.alamak,ade budak Cina dok dating plak daa.xpe,aku prihatin.aku tak kacau,berdiri kt parking moto.yes ! cina tu da blah.dengan keyakinan diri yang menggunung,aku terus je letak helmet atas meja.melabuhkan punggung atas bangku kayu.keras ! kan besh kalau dapat dok atas sofa mcm kat Empire..ahaks !

phewwiit !! awek ! telinga aku menangkap bunyi siulan dari anak muda.siot betul..haha.well hello kids ! aku neyh pangkat kakak la weyh.pliss behave yourself,respect skit kakak senior mai skola..lalala

setelah tahap kesabaran semakin menipis,barulah aku dengar deruman moto yg ku nantikan. diumumkan ketibaan cik bainun dan cik suziela.okay,takpayah kompang bagai.mereka insan biasa mcm aku jugak. setelah bersalaman,aksi laga-laga pipi dan bertanya khabar,,masing-masing memuntahkan soalan yg mungkin disimpan berminggu2 lamanya.maklumlaa,jarang dapat jumpa dan lepak sekali. cik bainun menekan butang nombor pada talipon antik beliow.nk tpon cikgu cikgi yg mengajar kami waktu di Ting.6 dulu.opss,PRA-U.hee..
WHAT ?? most of the cikgu cikgi takde kt skola.okay.cikgu sastera moden ke luar daerah (bukan dibuang daerah okay).cikgu sastera tradisional anta mak beliow ke hospital.cikgu pengajian am kursus.adessss ! takde jodoh kan,nk wat cmne.

berat hati kami enam kaki (3 pasang kaki kan,so 6 laa) melangkah ke pejabat skola.sambil mata dok perhati kot2 la skola da ada perubahan.well,skola makin muram selepas kami tamat blaja.betulkah ?? haha.gurau okay! sampai kt pejabat,kelihatan 3 orang pelajar perempuan form 6.pesal korang nyeh??nk kene rotan ngn cikgu disiplin ke hape?tanya aku di dalam hati.huhu.sombong gila itu budak,kami senyum hampa wat taktau plak.kau tunggu naseb kau bila masuk dewan STPM nnt. pandang keliling.jam di dinding ku lihat sekilas.ini belom lagi lunch hour.mana pi semua orang ?? makan gaji-tak-nampak(buta) ke hape??









**************************bersambung Part 2************************

p/s : kalau nk tau peristiwa/adegan paling memalukan of the day waktu aku pi skola,,tunggu Part 2 punya okay :) 


kami senior yg baik.rekod disiplin bersih.akademik okay.pe lagi xpuas hati??



nota kaki pakai selipar : azan telah berkumandang. Asar sudah. nantikan maghrib untuk makan time ! haha

Monday, 8 August 2011

impian waktu

*nadi detik waktu berlalu tanpa henti*


aku mencari..
merata aku pergi..
ke hulu ke hilir..
tidak aku berdiri di pantai..
kaki bukan ditenggelami pepasir..
jauh sekali untuk telinga menangkap deru ombak..
aku tatap setiap yang aku temukan..
mesra..
indah..
tapi masih belum menambat hati..
biasa-biasa saja..
sekejap aku maju ke depan..
sekejap aku undur perlahan ke belakang..
hati masih berharap..
tak pernah berhenti..
umpama detik waktu..
menyusun gerak..
terus berganjak tanpa bosan..

tetap akan ku jinjing harapan..
tempuh gagah kehidupan..
angin pergi bersama kenangan..


nota kaki pakai selipar : begitu jua impian insan,,terus mekar tak pernah layu

Sunday, 7 August 2011

kau tak baca.kau tak selamat.peh !

Assalamualaikum :)

hari ketujuh umat Islam seantero dunia posa..yang tak posa tu lain kira..mungkin ada sebab2 yg membolehkan dia tak posa..tp kalo da jenis malas tahap babun kata org,,bukan aku kata..hurm,,tak bley nk kata apa..mcm berita yg aku tgk arini..lemas gara2 lari dari dicekup pihak berkuasa..kenapa lari ?? sudah tentu sebab buat salah..buat dosa.lebih tepat.main judi weyh,,mana ada halal..lari pegi terjun sungai,last-last mati..tak ke sia-sia tu..ado0oyaaaiii..
ni lah masalahnya bila da terbiasa berkawan.termakan pujuk rayu syaitan pada bulan-bulan sebelumnya..then bila masuk Ramadhan,terbawa2 perangai syaitan wlpn sang syaitan telah diikat..

*********************setel part mukadimah******************

cuba jeling balik tajuk entri aku kali neyh..baca kuat-kuat.kehkeh ! takpe,,baca kuat mana pon bukan aku dengar.tapi kalo kau tak baca,kau tak selamat.betulkah ?? kenapakah ??
ekceli aku nk kongsi cerita perihal doa menaiki kenderaan.dengar sini baik2..lepas neyh ada kuiz,sapa tak bley jawab,berdiri atas kerusi laa..agagaga..


********************kisah benar**************************


aku ada mak sedara yg dok kat bdr tasek selatan nun..beranak tiga nk masuk 4 da.alhamdulillah,,bertambah lagi sepupu aku..hope tak malas nolong aku basuh pinggan kt dapur bila blik kpg laa..hopefully..haha
makjang aku and her husband mmg da amalkan doa naik kenderaan since dowg zaman bercinta ala2 cte azura,,sampailah da beranak pinak neyh pon still dowg amalkan membaca doa naek kenderaan..alhamdulillah,,tiap kali melabuhkan punggung atas kerusi-tak-berapa-nak-empuk dlm kereta,,si ayah akan menyuruh anak sulung yakni si abang membaca doa..budak-budak kan senang mengikut.ajar yg baik,,baiklah hasilnya..
antara kelebihan atau kebaikan membaca doa naik kenderaan neyh mmg sudah terbukti ke atas keluarga makjang aku neyh..antara nya..

1. so far tak pernah eksiden atau mengalami kerosakan ketika kereta laju meluncur di jalan raya.

2.pakjang aku dlu meniaga nasik kukus ayam berempah area bdr tasek selatan.so pagi2 haruslah p pasar beli all the ingredients yakni bahan2 ntk memasak.biasanya beliow p naik moto jela,,tamau stuck dlm traffic jammed.bwk moto dari BTS-Pasar Pudu and balik BTS semula mmg tak pernah eksiden moto apatah lagi ntk moto meragam di tgh jalan.elok sampai kt umah baru lah pakjang aku perasan tayar moto pancit.ye,,mungkin baru pancit.tp mungkin jugak ALLAH pelihara pakjang.

3. yang neyh lawak sket.aritu road tax kereta lewat bayor..lama gak wo0 road tax kereta itu mati,,haha ! nak dijadikan cerita,sepanjang tempoh kematian road tax kereta + setiap kali naik kereta,tak pernah ada road block..kalau ada pun,pak polisi tak perasan road tax mati,so tak kena tahan,tak kena saman. Then sehari selepas pakjang aku hidupkan balik road tax kereta,,ada plak road block area BTS..phewww ~~ lega rasa..naseb baik..

so.di sini aku bukan lah nk galakkan korang biorkan road tax mati..awas kalo korang kne tahan ngn pak polisi jgn libatkan aku okay ! kehkeh..aku cuma nk kongsi cerita je,,kelebihan mengamalkan doa naik kenderaan ikut pengalaman pak/mak sedara aku neyh..
moral of the story,,lets start our journey wif DOA ! 

Maha suci ALLAH yang memudahkan ini (perjalanan/kenderaan) bagi kami. Dan tiadalah kami berkuasa menggunakannya tanpa kurnia dari-MU. Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.

lagi berkat,selamat..dengan harapan ALLAH pelihara perjalanan kita sampai destinasi.owh,,jgn  lupa seat belt kalo nek kereta and helmet kalo nek moto..UTAMAKAN KESELAMATAN.

neyh pesanan ikhlas aku tiru iklan kt tv :
kepulangan untuk dirai,bukan ditangisi..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
*erk,,awal gila wish raya..gasaklah*



nota kaki pakai selipar : belum mampu sambar kereta MYVI idaman..erk !

Wednesday, 3 August 2011

HELP ME PLISSSSS....

Assalamualaikum :)

hey korang..nak mintak tolong sket buley ??haha..meh laa tolong,,bulan posa neyh elok laa hulurkan tangan ringankan beban aku,,ceh ! huhu
sapa-sapa ade kontek company atau ada kawan2 korang yg run bisnes design brochures,,flyers,,banners and buntings tak ?? aku dok buat survey neyh..

okay..cerita bermula..

aku kan student event management (UITM Puncak Alam) *err,,perlu ke mention ?? wo0iii,,perlu laaa..UITM DIHATIKU..agaga*so aku final project aku adalah organizing an event..my lecturer and my beloved classmates pon sepakat nk organize 1 MALAYSIA HERITAGE MUSIC FESTIVAL ntk sem 5 nnt..FYI,,bulan 9 nnt aku masuk sem3..so aku sebagai Marketing and Promotion Manager ditugaskan ntk buat segala bagai tugas from surveying sampai la nk mempromot event neyh..aku nk survey laa company mana yg bley buat kije  baek punya tip t0p tanpa perlu aku kuarkan payment yg tinggi..kehkeh ! korang ada kontek any company ?? gimme,gimme ! er,,bak sini..hehe..nak survey harga laa,,ikot bajet kami neyh haa..
bajet ntk Marketing and Promotion adalah sekitar lembah klang,eh silap..sekitar RM2K..yep,,RM2500 cmtu laa..tak buley laa nk bg bajet kt M&P byk2..
paling byk makan duit venue laa..adesss ! i wish all the leaves on the tree can turn into DUIT ! haha,you wish..

well,,bidang2 cmni kan memerlukan seseorang itu mempunyai ramai contact..so dl konteks blogging neyh,disebabkan aku telah mewar-warkan kt korang oh my beloved readers (BODEK!),,korang laa contact aku yg akan tolong aku dapatkan contact any company yg buley di contact..
hubungi saya segera dong..moga semuanya bisa diatur dengan cepat ya mas..nah ,,buat cuci mata ~~



err,,neyh la MARKETING and PROMOTION MANAGER..haha


this is EMERALD NUANSA PRODUCTION (ENP)



nota kaki pakai selipar : baik korang tolong aku cepat sebelum korang terpaksa berbuka makan selipar ! haha,,gurau je weyh :)

budak suka badak.

Assalamualaikum :)

hye korang..sihat ?? so far puasa penuh tak ?? kalo penuh nnt mai claim duit raya kt aku naa,,haha ! well..entri kali neyh xde ape sangat laa..saja nk menggedik je lebih..aku pening kepala neyh..mata pon rasa berat..mungkin bila sakit kepala,,terkena tempias kt mata jugak kot..tu aku tatau okay.

hari neyh sama mcm biasa..bangun pagi,doing house chores sampi rumah bertukar jadi clean and clear pastu tolong mak aku look after two kids..cm biasa,,mai pagi-pagi buta melalak cm yg aku story neyh : tekan sambil teriak !


kesian mak,aku tau mak penat..
tiap malam mak bangun,,maklumlah ni kan Ramadhan..pastu gerak kami adik beradik sahur..pkul 7 lebih 2 org budak tu dtg..
aku tau mak penat..
sebab tu aku seboleh-bolehnya akan buat sume kerja umah selagi termampu..
dan sebab tu jugak laa aku mmg hangin la kalo budak2 tu merengek..
bukan apa,,tak mau mak rasa tak selesa..
kanak-kanak !
korang jangan macam2..meh sini masuk bilik along..

kalo aku on lappy,cara untuk pujuk budak-budak neyh senang..
konpem depa diam punya laa..aku pasang lagu InsyaALLAH (Maher Zain) maka secara automatiknya tangisan mereka terhenti lantas sama-sama menyanyi lagu InsyaALLAH..walaupun sebut tak berapa betul,,tak kesah..
bukan nk masuk Idola Kecil pon,,agaga ! lagi satu..tunjuk video clip neyh pon akan membuatkan aku berjaya menghentikan tangisan syahdu dua beradik tu..cepat la klik and watch that video ! penat aku upload :) haha



see??nampak tak..nak tau kenapa depa akan merasa riang ria seolah raya telah tiba ??sebab depa akan joget ikut 2 ekor haiwan dlm video clip neyh sambil nyanyi AWEEN BALIK,,AWEEN BALIK,,AWEEN BALIK..hapeda..
FYI,,nama aku AWEEN !! nampak tak permainan di situ..how dare you kanak-kanak,,mempermainkan nama aku..sungguh tak sopan,,takpe laa..aku maafkan :) kekeke ~!
till the next entry yaw..tengs singgah baca..kalo rajin sila klik ruangan komen plak okay..papai peeps !
wassalam..

nota kaki pakai selipar : mata makin kuyu,sungguh tak larat da neyh..atoyaii,,perlukan Panadol ! 

Monday, 1 August 2011

tercabar !

Assalamualaikum..

di pagi yg hening.seperti biasa ketukan di pintu rumah.
hurmm..budak2 tu da dtg..
si kakak relax je,,da biasa mai da kan..
si adik buat perangai..
menangis.melalak.sumpah ! sampai nampak anak tekak.
dok teriak sambil kaki menerajang pintu.
pagi hari sudah tak hening lagi.
dicemari bunyi yang menyakitkan hati.

o0oiii kanak-kanak..
mama korang pegi keja laa..
bukan nk bawak korang pegi playground main buaian !
mama pegi kejaaaaa !!
haish !
emak aku da tatau mcm mana lagi nk pujuk..
budak tu mengamuk sakan.
emak panggil aku..

o0oiii kanak-kanak..
*geramnya*
ini benar-benar menguji tahap keimanan di bulan posa.
sapa larat beb.
mencabar kesabaran yg mmg sedia kala berada di bawah paras normal.
aku pegi bancuh susu.
nah ! dia baling botol susu kt aku.
aku dukung,dia cakar muka aku..
ambooiiii..
OK FINE !
nangis la puas-puas.
biar takde suara esok datang konpem sunyi sepi..
hehehe..
stat sehari sebelum posa aritu laa buat perangai..
ado0oiiii..asal masuk umah je nangis
lemas laa.
so angah aku mulakan agenda
bawak dua orang budak tu keluar.
AMAN DUNIA ! muka pon ceria
hampeh,,nak dok kt luar sebenarnya.

*suspek utama kejadian*

*suspek bercita-cita tinggi*


nota kaki pakai selipar : jiran sekalian,,maaafkan rumah aku angkara kebisingan pagi yang merosakkan permulaan hari korang *senyum*