Anda nk pilih yg mana ?? |
Firman ALLAH dalam Surah An-Naba' (78:18):
"iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok".
Diriwayatkan bahawa ayat tersebut pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya :
"Ya Rasulullah,, apa maksudnya ayat ini ?? Maka Rasulullah S.A.W menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yg selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab :
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 12 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongna sahaja yang akan memasuki syurga.
Adapun 11 golongan yang memasuki NERAKA adalah seperti yg berikut :
Adapun 11 golongan yang memasuki NERAKA adalah seperti yg berikut :
1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2. Mereka yang menyerupai khinzir. ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat 5 waktu.
3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. inilah balasan bagi orang yang enggan mengeluarkan zakat.
4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. inilah balasan mereka yang berdusta.
5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. inilah balasan mereka yang mengaur keuntungan atas jual beli atas penipuan.
6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah serta darah dari mulut. inilah balasan orang yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala kebawah dan kakinya ke atas. inilah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. ini adalah balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11. Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. ini adalah balasan mereka yang minum minuman keras.
Dan SATU golongan yang akan masuk SYURGA ialah :
12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas Titian Mustaqim laksana kilat. ini adalah balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat 5 waktu dan mati dalam keadaan bertaubat =)
*credit to : Wadah Pelajar Islam Matrikulasi (MATRIK ARAU)
No comments:
Post a Comment