aku mahu dia
yang sentiasa berusaha
mahu jadikan aku miliknya
aku mahu dia
sentiasa ada
disaat senang dan gembiranya aku
mahupun susah lelahnya rasa
aku mahu dia
yang bisa melayani rajukku
sentiasa memujukku
gembirakan aku dan tertawakan aku
bukan dia yang selalu berlalu sepi
dibiar aku melayan rajuk sendiri
bukan dia yang sentiasa lari
bila ada masalah dan berharap selesai sendiri
bukan dia yang yang singgah tatkala susah
dan pergi beriadah mewah tatkala tidak lagi gundah
aku mahu dia kembali
berada di sisi, menemani
aku mahu dia kembali
pegang erat tangan tanpa mahu dilepaskan
aku mahu dia yang peduli
No comments:
Post a Comment