Monday, 11 July 2016

you killed me, my love.



photo credit: google :)




Lariannya semakin perlahan. Nafas Azly semakin memberat. Kotak hadiah ditangan hampir terlepas dari pegangan, namun sempat dipeluk erat. Kotak bersazi sederhana itu tidak dibalut dengan kertas pembalut hadiah. Tanpa ada sebarang titipan nota ucapan mahupun reben merah dibahagian tepi kotak.
Langkah kakinya mati saat tiba di seleksi buku-buku sastera terbitan DBP. Namun kelibat orang yang dicarinya tiada. Tiba-tiba dia terdengar suara ketawa kecil perempuan yang diselang seli dengan suara garau lelaki tidak dikenali. Tiba dihadapan mereka berdua, Azly tersenyum kelat. Perempuan itu tersipu-sipu malu dan lelaki yg tidak dikenalinya itu pura-pura menyambung bacaan buku tulisan Pak Sako.
“maaf lambat beri hadiah harijadi, saya nak pastikan hadiah yang saya bagi ni istimewa dan tak boleh jumpa di mana-mana. Saya harap awak akan kenang sampai bila-bila”
“kenapa awak pucat sangat ni Azly?” Tanya Dhira.
“Nah, untuk awak. Selamat ulangtahun kelahiran. Selamat tinggal and happy reading, sayang” ujar Azly lantas berlalu pergi.
Dhira terpinga-pinga namun seakan sudah dapat mengagak akan ahdiah yg diterimanya. Azly sering kali menghadiahkan buku-buku sastera DBP dan ITMB kepadanya.  Sudah banyak koleksi kumpulan cerpen yang diterima dari Azly.

Kotak yang diterimanya sebentar tadi dibuka perlahan.  Seketul jantung yang masih berdenyut diatas sebuah buku itu yang terlihat membuatkan Dhira menjerit tidak keruan.  Dhira lari bertempiaran dan keluar dari perpustakaan awam, histeria dan tidak terkawal. 



Tajuk akhbar media arus perdana memaparkan kisah seorang wanita maut dilanggar lori. Dua ketul jantung yang dipercayai milik mangsa dan seoarng lelaki ditemui disebelah jasad wanita itu, masih berdenyut. 


1 comment:

  1. ko patut tengok cita crank lakonan jason stathem

    ReplyDelete