Wednesday 15 May 2013

kesempatan luar biasa.


Assalamualaikum...

Sepanjang praktikal aku di Tourism Selangor ni, menuntut aku untuk berkerja half-day setiap Rabu agar aku bisa kembali ke kampus nun jauh di Puncak Alam sana. Dengan tujuan berjumpa supervisor thesis bla bla bla. Sungguh tak menipu ni kawan, baru aku sedar betapa jauhnya UiTM Puncak Alam itu dari Shah Alam ni haa. Bisa saja tertidur tersengguk-sengguk di dalam bas dan terhantuk pada besi di tepi tingkap Rapid itu. DUM ! Terus terjaga dari tidur, mengantuk bukan main. Lagi-lagi jikalau hari panas terik membahang yg membataskan penglihatan mata untuk segar sepanjang masa. Rasa seperti diikat dengan batu bata. =.='

Semalam HR Manager takde dalam opis, bos aku ada. Cepat saja aku dan Safra bikin perancangan mahu half-day seperti biasa walaupun tidak ada sebarang temu janji dgn supervisor dikampus.

Aween : 'Encik Fazly, saya dgn Safra half day arini"
Bos : "Ok". Jawabnya pendek dan ringkas kerana sibuk layan technician P1 Wimax yg datang ke kantor.

Laju saja beg dicapai setelah laptop masing-masing ditutup suisnya. Bergegas ke perhentian bus depan PKNS sambil kuap tak berhenti. Oh ! Gila betul bas lambat, ngek. Dalam bus tak bercakap banyak, lintas jalan terus depan Pusat Komersil Seksyen 7 sana. Meniti anak tangga ke tingkat paling atas di antara deretan rumah kedai itu. Selepas mandi dan bikin apa yang patut, tidak aku tunggu lama lagi.

Stesen seterusnya, katil.

Next station, my-super-comfortable-bed-oh-yes-its-rainy-so-i-can-sleep-like-crazy. #suka hati aku !

p/s: jarang-jarang rasa nikmat tidur petang sejak berpraktikal ni, wahwah !


1 comment:

  1. aku tiap petang dapat melunakkan diri diatas katil. haha

    ReplyDelete