Thursday 1 March 2012

Anakku :)









Assalamualaikum (wajib jawab salam), peace ! hoho :)

masih ingatkah kau pada SI KECIL INI ? both are no longer stay at my house. daa mula ke taska. almost 3 months already. Namun tak bermakna rumah sunyi dari bunyi teriakan dan tangisan si kecil. Alhamdulillah, murah rezeki emak. Ada jiran baru pindah dan menghantar anak mereka kpd emak. Memang emak tak duduk diam. "sekurang-kurangnya boleh dapat duit tiap bulan ntk simpan kt Tabung Haji" kata emak. Secara tak langsung aku juga terjebak dlm bidang 'babysitter' yang tak bertauliah. hewhew ~ ah, pengalaman itu juga satu pembelajaran kan. seriously, look after two kids is not easy ! pendek kata 'bukan senang nk jaga anak' agaga ;p. Tenaga dan kesabaran tingkat paling tinggi sangat dituntut. dua beradik yang baru 3 bulan mak aku jaga skrg ney, si abang (Irfan, 2 tahun) dan si adik yg comel-mata besaq (Qisya, 8 bulan). jika diberi pilihan, aku lebih gemar untuk bermanja + menjaga Qisya. kerana dia juga perempuan dan masih bayi yang hanya mampu merangkak dan berusaha bertatih tapak demi tapak. jujur aku katakan, si abang (Irfan) memang banyak akal dan menggugat kesabaran yg senipis cuma. 

Irfan : "nak susu !"
Aku : "kejap, Along buat"

susu 5 sudu, air suam2 kuku sehingga mencecah angka 8 di botol susu. goncang, siap !

Aku : "Irfan, nah ! dah siap".
Irfan : "Nak susu lain ! uwaaa !" (sila jgn salah tafsir. dia nk suruh aku bancuh susu lg sekali, ngek ;p)

*situasi diatas mmg seringkali terjadi, harap maklum*

kadang bila aku hulurkan botol susu ke dia, dgn tegasnya dia meminta
"nak emak buat,,uwaaa !" peh, sedangkan emak mendodoikan Qisya di bilik, terpaksa laa juga aku panggil emak bg memenuhi kehendak Irfan-banyak songeh.
"nak Upin Ipin !". kata Irfan.
Aku : what ?? baru pukul 3 hang dah mintak nk tgk Upin Ipin. 
Gila ~ (dlm hati) hehe. mana nak cari Upin Ipin ? pukul 5.30 baru ada kt tv9 ceq ooii. tahan lah telinga mendengar rengekan mahukan Upin Ipin.

"sabar aween. budak bukan tahu ape"

selalu kata2 ini disebut emak. mmg emak penyabar. sejak 22 tahun yang lalu menjaga aku lima beradik. Konklusi : bukan mudah menjadi ibu. bukan mudah menjaga anak. sebab tu aku tlg mak, boleh praktis awal wey,,kahkah :)

jam menunjukkan pukul 2  pagi. ini entri terakhir aku dari rumah mak. pukul 10 pagi nnt naik feri ke Kuala Perlis. then heading to Shah Alam. ah, aku bakal rindukan suasana riuh suara si kecil. Bisa saja aku teringatkn keletah mereka. Trust me, they will miss me too..agaga ~ Along : garangnya tapi kiut ! Am I ? you better say yes ! grrrr..


*3 photo diatas sudah semestinya bukan Irfan mahupun Qisya. 
she's Ezaty. peminat No 1 aku ;p ngee ! 


p/s : awat aku rasa malas semacam nk mula semester baru ? haih !