Sunday 3 July 2011

Halalkah + Selamatkah produk KOSMETIK anda ?? (part 1)

Assalamualaikum wbt..
hyep sekutu..err,,kutu ?? haha..sekutu kuat menaip :) diharapkan sume pekerjaan yg kita jalankan,,diberkati ALLAH..

neway..nk nanye sket..sape hari2 tempek makeup kt muka ?? handsup pliss ! well..saya rasa semua org esp girls pakai make up kan..even x ske make up pon,,at least msti pki lip gloss + compact powder + eye liner kan,,kan ?? well same goes to me..i dun like make up actually..i just make up if i want to attend event or majlis2 yg memerlukan saya ntk berdandan :p..tapi tahukah anda,,apakah kandungan atau bahan2 yg digunakan dlm alat kosmetik yg kita guna hari-hari ??memang ada label bahan2 yg digunakan tp disebaliknya adakah kita tahu ??
wuuuiissyyyhh !! gila punya gambar..*sekadar gambar hiasan*


Dr.Mahvash Hussain-Gambles (pengasas dan pencipta Saaf Pure SkinCare UK) berkata setiap wanita dianggarkan makan beberapa tan lipstik sepanjang hidupnya. Lebih drp 2kg bahan kimia akan meresap masuk dlm badan menerusi penggunaan kosmetik !! haa,,bukan nasi lemak + yong tau fu je kte makan,,bahan kimia pon kte tibai..phuyyo0o ~

Bahan kimia yg digunakan ntk mencerahkan kulit seperti HYDROQUINONE atau asid KOJIC diharamkan penggunannya di Eropah.  Deodoran dan pewangi yg mengandungi PHTHALATES turut dilarang. Bahan2 kimi yg mengandungi PHTHALATES adalah seperti DIMETHYL PHTHALATE (DMP), DIETHYL PHTHALATE (BCP), DI-N-PENTHYL PHTHALATE (DNPP).

Malaysia : satu-satunya organisasi yg menawarkan perkhidmatan ujian penentuan halal sesuatu produk (pembuktian secara saintifik dr makmal) adalah Technology Park Malaysia (TPM), menerusi anak syarikatnya TPM Biotech Sdn Bhd. Mempunyai kelengkapan yg sempurna ntk analisis halal. Hal ini sejajar dgn firman ALLAH yg bermaksud : "Oleh itu,makanlah (wahai org2 yg beriman) dari apa yg telah dikurniakan ALLAH kpd kamu dari benda2 yg halal lg baik (toyyiban) dan bersyukurlah akan nikmat ALLAH, jika benar kamu hanya menyembah-NYA semata-mata" - Surah An-Nahl:114...


Menurut Penolong Pengurus TPM Biotech Sdn Bhd, Nor Amin Mohd Noor,memeriksa kilang dan melihat amalan halal di kilang shj x mencukupi. Ia harus disahkan melalui bukti saitifik. "kalau sekadar melihat dgn mata kasar amalan pengilang, ia belum mencukupi. Bagaimana kita hendak membezakan antara 2 serbuk putih yg sama warna, struktur, bau, bentuk dan berat. yg mana 1 halal dan yg mana 1 haram kecuali setelah melalui ujian saitifik"


Antara logam berat yg sering diberi perhatian adalah merkuri (Hg), arsenik (As), plumbum (Pb) dan cadmium (Cd). Bahan kimia towh ! Kehadirannya dlm produk halal hendaklah mengikut spesifikasi yg telah ditetapkan oleh Biro Pengawasan Farmaseutikal Kebangsaan. pliss take note okay !

*antara alatan kosmetik yg kita guna hari2*


FAKTA RINGKAS MENGESAN :
1. DNA babi - TPM menggunakan 2 kaedah untuk mengesan kehadiran DNA babi di dlm bahan mentah atau dlm produk yg berasaskan sumber bahan mentah dari haiwan. kaedah yg digunakan ialah kaedah reaksi berantai polymerase (Polymerase Chain Reactio-PCR) dan jujukan DNA ( DNA sequencing).

2. Etanol (alkohol) - kehadirannya dikesan menggunakan Gas Chromatography Mass Spectrometer (GCMS). alat tersebut mempunyai software yg telah tersedia 1 senarai yg mengandungi lebih drpd 100 ribu bahan kimia termasuk etanol.


3. Logam berat - menggunakan alatan yg efektif & berteknologi tinggi iaitu inductively coupled plasma mass spectometry (ICP-MS). Keadah High Performance Liquid Chromatography juga digunakan ntk mengesan kehadiran racun makhluk perosak & logam berat.


4. Mikroorganisma - teknik pengkulturan & calit serta kit0kit pengesan mikroorganisma digunakan ntk mengesan serta mengklasifikasikan mikroorganisma dari produk2 yg diuji.


haa..korang da baca ?? da tau kan serba sikit pasal bahan2 merbahaya dlm produk kosmetik ?? so,,after this sebelum nk membeli alat kosmetik towh,,igt2 la balik ape yg korang baca kt sni..bukan apa,,xnk nnt ada kesan jangka panjang disebabkan penggunaan bahan kimia atau TERguna produk yg tidak halal..SILA AMBIL PERHATIAN..aku pon rasa seriau + kne lebih berhati2 sebelum membeli..well,,tajuk aku tulis PART 1..nape agaknya??actually,,nnt aku akn sambung ag entry pasl neyh..berkenaan laporan khas dr pihak JAKIM pulak..okay,,tgn da lenguh menaip entry pjg gilo babas neyh..tengs readers ~! papai..
wassalam :)

4 comments:

  1. takut pulak bila baca..
    mintak simpang kalau dalam mekup yg elie guna ada bndalah2 macam tu..
    huuu

    ReplyDelete
  2. eee..takut nyaa...naseb baek laa x suke mekap...:D

    ReplyDelete