Assalamualaikum,
Do read this first : Pengorbanan Seorang Ayah. sumber dari Facebook.
*syahdu*
Aku rasa aku bakal menangis saat habis menulis entri yg satu ini. Gara-gara insan bergelar Ayah.
*tunduk*
Tak tahu nak mula macam mana. Cerita yg aku share tadi terasa dekat dengan aku. Sebab aku juga alami perkara yg hampir serupa, namun membawa pengertian serupa secara total yakni jasa Ayah. Teringat waktu mula-mula dapat tawaran masuk UiTM, ayah mmg kalut. Maklumlah, anak sulung dia masuk universiti. Aku terharu bukan kepalang bila ayah ucap 'tahniah'. Aku cuma ada seminggu saja ntk buat segala persiapan dan kelengkapan whatsoever. Ayah bukan kerja pangkat besar. Apalah sangat gaji seorang pegawai penjara dalam menyara isteri dan anak-anaknya. Sumpah aku rasa berhutang banyak dengan Ayah. Manakan tidak, dia yg sedia duit tambang feri kami sekeluarga, tambang kereta yg nk dibawa keluar dari LGK ni juga. Duit minyak, tol dan segala macam lagi. Langkawi ke Shah Alam bukan sekangkang kera.
*tahan nafas. pejan mata. tahan air mata*
Beruntung ada saudara yg dok sekitar KL dan Shah Alam. Adik kpd Mak kt Sec16, adik kpd Ayah dok BTS. Kmai numpang rumah depa laa. Mula2 dok BTS. FYI, Tok Makjang dan family, Maklang dan family pon ada. Yela, cucu sulung masuk IPTA. Peh, terharu. Kami sesat waktu nk hantar aku ke kampus. Maklumlah, kali pertama ni. Bila dah sampai, aku diam saja dalam kereta. Mak did say something, aku lupa apa dia. Tapi aku senyap tak balas, sebab sebenarnya aku dok tahan nk menangis time tu. Hati tisu aku ni mmg senang amat berasa terharu. Tapi ada dapat list barang-barang keperluan. Terlupa nk bawak kasut sukan, Ayah dengan Pakjang kuar dari UiTM tu pi beli tang mana ntah. Ayah, tetap macam dulu. Apa2 yg dia beli mesti barangan lelaki. Seluar track dgn kasut size lelaki, hehehe. Aku tak kesah. Terima kasih Ayah ! Selesai pendaftaran keluarga aku hantar aku ke bilik. Kolej Raflesia 3 Tingkat 3408. Sembang apa yg patut lepas tu family aku decide nk balik dah. Terus aku teriak, menangis semacam mintak maaf waktu hari raya. Aku salam Ayah, peluk cium Ayah. Ayah menangis. Bukan senang nk tengok Ayah menangis mcm tu sekali. Ya ALLAH, sedih. Lepas tu salam Emak. Emak, mcm biasalah. Dia akan pesan macam-macam. Then baru aku salam adik-adik aku. An, Anis dgn Aizat. Ain takde pasai dia kt Matrik Arau. Bila depa nk balik, aku hantaq sampai keluar bilik. Tak pakai selipar, tp peduli apa. Rasa macam nk peluk Mak Ayah takmau depa balik. Bila depa dah otw nk ke tempat parkir kereta, aku pandang sayu dari tingkap bilik sambil lambai-lambai depa.
Selang beberapa minggu selesai pendaftaran. Adik aku talipon suruh balik. Dia kata Ayah belikan laptop. Ya ALLAH, sudah aku pesan pada Ayah. Tak payah belikan. Sebab aku boleh je guna duit yg aku dapat dr Yayasan Anak Pahang. Duit WPP pon ada. Tapi Ayah berkeras nk belikan jugak. Ayah, mmg tak boleh tengok anak-anak dia susah. Aku pon balik Jumaat malam pastu Ahad pagi balik kampus semula. Ambil laptop pemberian Ayah pastu setelkan sekali hal PTPTN. Isi borang berlambak =.='
*teardrops*
Sungguh aku tak menipu dalam hal ini. Aku punya kesempatan duduk di kolej kediaman semasa semester 1 saja. Semester 2-5 aku dok rumah sewa dan terpaksa berulang-alik dgn bus Rapid. Setiap kali bus masuk kawasan UiTM Puncak Alam, aku jadi terharu. Langsung teringat Mak Ayah. Betapa aku dah banyak menyusahkan depa selama aku hidup 23 ni. Betapa aku bersyukur dan terima kasih sebab dah berjaya masuk universiti. Aku anak sulung, perasaan dia lain macam tahu? Sungguh, SETIAP KALI bas masuk kawasan UiTM aku berasa benda serupa.
Cuti Raya Puasa baru-baru ni Ain habaq kat Ayah yg sem depan dia ada praktikal. Rumah sewa nk ke tempat kerja dia agak jauh, plus public transport tak berapa convenient. Ayah bincang dgn Mak pasal nk belikan Ain motor. Esoknya Ayah siap bawak balik katalog motor. Aku tengok 'mahai gila'. Then kami pon pi kedai motor. Aku rasa macam, wth mahai gila motor ni? Agak lama kami spend time kt kedai pertama. Ayah pesen kalut, hahaha. Dia pesen kalau boleh nk cepat-cepat. Dia macam tak kisah dgn berapa pon harga motor tu. Aku ckp kt Mak, baik pergi kedai lain, kita survey dulu pasai sini mahai. Bukan apa, aku tak mau dah Ayah rasa terbeban sebab kami anak-anak. Ya ALLAH rasa berdosanya. Lama lepas tu baru Ayah setuju nk pi kedai len. Alhamdulillah, kt kedai kedua baru lah nampak macam senang sikit sebab tokey Cina tu really helping. We've decided amik second hand scooter. Its kind off cute, kaler pink. Bwahahahaha ! Kami dah bantai gelak kt Angah. But its not the point. Its all about jasa Ayah all I wanna share. Tapi kalau nk ditulis, panjangnya bukan main.
Few days ago, ada phone call from somebody in KL. He did offer me a job. (later aku tulis entri pasal kerja pulak hokeyyy). Alhamdulillah, syukur. Bila kerja nnt aku harap murah rezeki aku so that aku boleh bayar balik segala wang ringgit yg Ayah habiskan ntk besarkan kami adik-beradik. Aku berazam, biarlah gaji yg aku dapat nnt berkat dan InsyaALLAH aku nk bagi Mak Ayah rasa duit gaji aku. Aku nk belanja adik-adik aku macam-macam, hehehe. I always wanted to do that. Since aku kt UiTM lagi, bila cuti sem balik LGK kami mesti pi pasar malam Kuah. Kat situ lah aku belanja sakan beli itu ini. Mak hingaq ''jgnlah boros sgt''. Aku ckp ''ala Mak, bukan selalu''. Muehehehe. Aku tak pernah berkira soal duit dengan family. Apalah sangat nilai duit kertas tu. Bg aku, Emak Ayah dgn adik-adik aku harta paling berharga. Bukan duit. Alhamdulillah, sudah 2 tahun berturut-turut aku belanja adik-adik beli baju raya. Beli kt Jln TAR je, murah. Tahun lepas was the 1st time. Bila aku tunjuk kat depa baju raya yg aku beli, Mak ckp "nnt Ayah ganti duit hang". Aku balas "Laa, buat apa nk ganti, biar je. Orang belanje". Since that aku dah janji dgn diri sendiri, biarlah aku pulak ganti tempat ayah ntk bg rezeki. Aku nk menyumbang wlpn sikit. Tahun lepas aku belikan depa baju raya sorang sepasang. Ain belanja kasut raya dgn tudung ntk adik-adik. Tahun ni pulak kami share duit belikan adik-adik baju raya. InsyaALLAH bila dah kerja nnt boleh aku belanja sorang 2 pasang baju raya.
Ingat kawan, Mak Ayah kita takda gantinya. Adik beradik kita tak sama nilai dgn kawan-kawan tahu? Ya ALLAH, berikan kedua ibu bapaku segala kebaikan dan rahmatMU. Aku mohon, semoga ALLAH berikan aku kesempatan ntk membalas jasa dan pengorbanan depa selama ni. Berikan depa nikmat kesihatan sebaiknya. Murahkan rezeki kami. InsyaALLAH satu hari nnt aku mahu beri kesenangan kat depa. Hantaq Mak Ayah pi Mekah. Buat rumah kt Jitra insyaALLAH. Anything ntk balas jasa Mak Ayah. Ingat, kita bukan siapa-siapa tanpa ibu bapa.
Syawal 1434. Dari kiri : Ain, Anis, Aizat, An, Aween
Emak, Aisyifa, Ayah.