Wednesday, 13 March 2013

kurnia ;)

Nak baby sendiri boleh ? agagaga =p

Assalamualaikum..

Disuatu petang, seoarang bapa bertanyakan soalan ringkas kepada satu-satunya anak lelaki beliau. 

"Adik suka tak dapat baby baru?"

Lantas dijawab pantas si anak dengan ungkapan "tak", beserta gelengan kepala sebanyak dua kali.

Keesokan hari apabila kalendar menunjukkan tarikh baru iaitu 12 Mac 2013, lahir ke dunia seorang lagi puteri bagi menambahkan lagi seri keluarga itu. Ada baur-baur cemburu terbit dari si anak bongsu yang dahulu dipanggil adik, sekarang perlu dipanggil abang. Ye, kerana statusnya sebagai anak manja bongsu telah bertukar menjadi abang diusia 11 tahun. 

Kakak sulung melakukan konversasi jarak jauh bersama satu-satunya adik lelaki beliau. 

"Baby baru nama apa?"
 -"Hurm, Aisyifa kot."

"Baby comel tak?" 
-"Erm, comel"

"Baby dengan mak dah balik dari hospital?"
-Emm, dah. Ni mak dengan baby ada kt rumah"

"Baby nangis tak?"
-Ada la nangis sikit-sikit"

Nampak tak? Ditanya sepatah, dijawab pon sepatah. Langsung tak bermaya, konversasi dalam talian dari Shah Alam ke Langkawi sedikit hambar. 

Aku tahu benar pesen adik aku sorang ni. Mesti cemburu tahap melampau, kahkahkah ! Kau faham maksud aku kan ? Pada suatu ketika kau lah segala-galanya , namun secara tak disangka takhta dirampas tanpa rela. Amboi. Aku pulak macam mana ? Jujurnya aku rasa biasa-biasa saja. Cumanya kekok jugak. Yela, dah umur 23 tahun tiba-tiba dapat adik baru pulak. Patutnya usia macam gini aku dah bagi cucu pada mak dan ayah, hiksss =p Mungkin sebab lama sangat tunggu entah bila boleh timang cucu, makanya mak timang anak lagi lah =.=' 

p/s: Kepada Nur Aisyifa Md.Zahir, welcome to the family. Moga menjadi anak solehah dan adik yg hebat buat kakakmu yg ramai berderet-deret hahaha. Ikhlas dari Nur Aizureen, Nur Aizatul 'Ain, Nur Aiziehan, Nur Anis Nerlisa dan si cemburu tegar Muhammad Aizat ;)






5 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaaaa. dapat adik baru!!!!!!
    congrats awin! :)

    ReplyDelete
  2. (",).... sat lagi kalau aween yg dapat anak, anak aween akan ada maksu yg muda dan hampir sebaya.. hehe... (",)

    ReplyDelete
  3. Tahniah.
    Hey. New blog created and updated. Do visit me tq. http://www.izzatbegovic.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. tahniah..hehehhehehe..menarik..

    ReplyDelete