Wednesday, 13 March 2013

kurnia ;)

Nak baby sendiri boleh ? agagaga =p

Assalamualaikum..

Disuatu petang, seoarang bapa bertanyakan soalan ringkas kepada satu-satunya anak lelaki beliau. 

"Adik suka tak dapat baby baru?"

Lantas dijawab pantas si anak dengan ungkapan "tak", beserta gelengan kepala sebanyak dua kali.

Keesokan hari apabila kalendar menunjukkan tarikh baru iaitu 12 Mac 2013, lahir ke dunia seorang lagi puteri bagi menambahkan lagi seri keluarga itu. Ada baur-baur cemburu terbit dari si anak bongsu yang dahulu dipanggil adik, sekarang perlu dipanggil abang. Ye, kerana statusnya sebagai anak manja bongsu telah bertukar menjadi abang diusia 11 tahun. 

Kakak sulung melakukan konversasi jarak jauh bersama satu-satunya adik lelaki beliau. 

"Baby baru nama apa?"
 -"Hurm, Aisyifa kot."

"Baby comel tak?" 
-"Erm, comel"

"Baby dengan mak dah balik dari hospital?"
-Emm, dah. Ni mak dengan baby ada kt rumah"

"Baby nangis tak?"
-Ada la nangis sikit-sikit"

Nampak tak? Ditanya sepatah, dijawab pon sepatah. Langsung tak bermaya, konversasi dalam talian dari Shah Alam ke Langkawi sedikit hambar. 

Aku tahu benar pesen adik aku sorang ni. Mesti cemburu tahap melampau, kahkahkah ! Kau faham maksud aku kan ? Pada suatu ketika kau lah segala-galanya , namun secara tak disangka takhta dirampas tanpa rela. Amboi. Aku pulak macam mana ? Jujurnya aku rasa biasa-biasa saja. Cumanya kekok jugak. Yela, dah umur 23 tahun tiba-tiba dapat adik baru pulak. Patutnya usia macam gini aku dah bagi cucu pada mak dan ayah, hiksss =p Mungkin sebab lama sangat tunggu entah bila boleh timang cucu, makanya mak timang anak lagi lah =.=' 

p/s: Kepada Nur Aisyifa Md.Zahir, welcome to the family. Moga menjadi anak solehah dan adik yg hebat buat kakakmu yg ramai berderet-deret hahaha. Ikhlas dari Nur Aizureen, Nur Aizatul 'Ain, Nur Aiziehan, Nur Anis Nerlisa dan si cemburu tegar Muhammad Aizat ;)






Tuesday, 12 March 2013

oksigen berbunga.




Disetiap sedutan oksigen yang melalui paru-paru
Disetiap hembusan nafas yang aku hamburkan dari rongga mulut,
Ada kerinduan bermaharajalela.
Kerinduan itu untuk kau, yang pastinya.

Aku harap perkara serupa kau rasa selagi kau bernyawa.

Tuesday, 5 March 2013

pura. rapu






Jangan ternak rasa sayang pada orang yang kita suka
Sebab belum tentu jadi milik kita
Makanya buat biasa-biasa saja

Ini bikin elak dari makan hati 
tak lalu makan nasik dikemudian hari.



p/s : Baik pergi baca buku, habiskan bacaan naskah yang diborong pakai baucer.  kahkahkah





kuli kuli sahaja.

Assalamualaikum wbt ;)

Kenapa pemandu bas selalu marah-marah pada penumpang yang bertanya?
Dah beberapa kali aku ternampak pemandu bas Rapid tengking penumpang yang bertanya, terutamanya penumpang berbangsa India dan orang Indonesia. Hello pakcik, orang tanya baik-baik, tak boleh jawab elok-elok ke? Mana pergi budi bahasa? Mana hilang sopan santunnya? Orang bertanya, dibalas dengan herdikan dan maki hamun. Kau dah kenapa pakcik?


tension kot, asyik berulang pandu bas hari-hari.



janganlah bawak masalah rumahtangga ke tempat kerja pakcik ! kahkahkah



But seriously, macam racist je. Drebar bas tak patut buat macam tu. Malu lah orang tengok, kau menjatuhkan air muka seseorang ditempat awam. Secara tidak langsung, maruah diri kau pon ternoda wahai pakcik. Sebab lantang terlampau, tak belajar Anger Management ke? Atau pakcik tak takde satisfaction dalam bekerja? 


Kesian =.='

*penatlah menapak dari rumah sewa ke bus stop depan Jakel tu. Pastu bas berhenti depan Kompleks PKNS, nak kena menapak ke opis kat dataran tu pulak. Bukan penat praktikal, tapi penat berjalan kaki. Dengan laptop lagi, berat. Adoiii =.='


Kalau naik ni pergi kije sure tak penat kaki =.=' want this so badly, muaahahaha ! The ganas look, power !