Assalamualaikum ;)
Salam Ramadhan. Happy Fasting ! mohon diberkati semua amalan. moga dilimpahi segala barakah. malam pertama terawikh. dan aku sesungguhnya tergolong dalam kalangan yg rugi. heh =p kadang terpaksa merelakan sesuatu itu terus berlaku, kerna terjadinya ia adalah sebahagian daripada fitrah aku sebagai seorang wanita. terkilan juga kerana tak merasa nikmat malam pertama Ramadhan ntk terawikh bersama emak ke surau (ayahanda berkursus di Penjara Perlis). namun aku takkan membiarkan tragedi berdarah ini menghalang aku untuk merasai nikmat bersahur bersama keluarga. akan ku gagahi juga untuk bangun dan duduk semeja sahur bersama emak dan adik2. moga ayah cepat balik, cepat habis kan kerja disana dan pulang. aku rindu. teramat sangat, sungguh.
buat kalian, aku doakan kita sama dapat berhabisan dalam perjuangan melawan nafsu dibulan Ramadhan ni. peringatan buat diri sendiri, lebihkan amalan yg dapat memberi manfaat. sejujurnya juga untuk mengikis sedikit demi sedikit segala sifat mazmumah dalam diri, insyaALLAH ;) memandangkan rumah aku hanya beberapa tapak jaraknya ke surau, maka aku mampu memberi sesuatu buat telingaku ntk diperdengarkan. ayat suci Al-Quran dendangan pak imam.
*syahdu*
sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yg beza amat dari bulan yg lain.
*syahdu*
sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yg beza amat dari bulan yg lain.
p/s : Happy Fasting ! ok saja nk speaking, demam oh my English =.='