"weh kau buat apa tu? Sorrylah kalau aku kacau kau baca buku. Actually ada something aku nak bagitau kau. Hope you dont mind. Jangan tumbuk aku pulak bila kita jumpa esok. Eemmmm aku sebenarnya suka dekat kau weh. Aku selesa dengan kau. They way you being yourself and your honesty. Kau tak pernah nak acah-acah feminin (pls dont be one!). Kau sempoi je ikut cara kau. Aku harap kau tak marah aku confess benda ni. Hopefully esok kau still akan show up kat tempat biasa kita jumpa, ok. Take care weh !"
Naurah masih terkebil-kebil memandang skrin telefon bimbitnya. Mesej berjela yang diterima dari Azhar menerusi Whatsapp telah dibaca berkali-kali. Masih terkedu dengan pengakuan dari Azhar. Tidak disangka selama ini Azhar menaruh perasaan terhadapnya. Naurah dan Azhar telah lama berkawan rapat. Azhar lah tempat Naurah mengadu soal kepayahannya untuk fokus terhadap kerjaya dan pelajarannya. Azhar lah yang sudi to lend his ears whenever Naurah sedang berperang dengan emosi sendiri. Azhar lah yang setia menjadi peneman Naurah kemana sahaja pesta buku yang ingin dilawatinya.
"Tak sangka selama ni aku rapat dengan dia, dia mula suka kat aku. Alamak apa aku nak buat ni", monolog Naurah dalam hati.
Sebagai seorang yang berusia 27 tahun dan masih bujang, soal hati dan perasaan memang sudah menjadi bualan teman-teman sepejabat dengannya. Tak kurang juga dengan teman sekuliah tempat Naurah membuat PJJ. Rata-ratanya sudah berkahwin. Bukan tidak pernah terlintas niat untuk berpasangan tetapi Naurah lebih selesa untuk berkawan. Prinsipnya cuma satu. Kawan akan kekal sebagai kawan. Jika ada antara kawan lelakinya yang seakan mahu go to the next level, pasti Naurah akan mula menjauhkan diri. Kadang-kadang Naurah sendiri tidak faham bila bicara soal hati. Inginkan teman tetapi tak berani untuk memberi peluang kepada sesiapa pun.
"Apa aku patut balas kat Ja'a ni?Hurm serabut lah".
Lantas aplikasi Whatsapp dibuka. Naurah menyusun ayat sebaiknya.....
To be continued....