dah lama tak run, join marathon.
padahal azam tahun ni 1 month 1 marathon.
kena start balik ni. lama sangat rest due to knee injury lepas balik Jogja April lepas.
Wednesday, 13 July 2016
Tuesday, 12 July 2016
revenge.
Helaian
mukasurat diselak satu persatu. Mencari nota kecil yang disisip dalam bukunya
tempoh hari. Kepala yang tidak gatal digarunya. Melihatkan koleksi buku yang
bersepah di atas lantai, seakan menambahkan lagi tekanannya.
Fikri telah
membunuh teman wanitanya setahun yang lalu, akibat curang dan cemburu buta.
Betul lah kata orang-orang tua, kalau terlalu cemburu akan membawa padah kepada
sesuatu hubungan itu.
Namun
seminggu yang lalu Fikri telah terjumpa
seorang gadis mirip teman wanita yang dibunuhnya. Setiap hari Fikri mengikuti
gadis itu yang kebetulan bekerja berdekatan tempat Fikri bekerja sebagai Draughtman
untuk syarikat minyak antarabangsa.
Tiga hari
yang lalu, Fikri sengaja menjatuhkan lanyard beserta tag kepunyaannya dihadapan
gadis itu. Pantas gadis itu mengambil lanyard Fikri dan memulangkannya. Sambil
tersenyum, Fikri menghulurkan tangan sebelum menggenggam mesra tangan kanan
gadis itu.
“terima
kasih err..
“Myaa, nama
saya Myaa”
“ok, thanks
Myaa. Kalau tag ni hilang entah macam manalah I nak get access to my office. You
working somewhere around here?”
“em yes, my
office dekat building Malakoff tu. I did noticed you memang selalu makan dekat
foodcourt ni kan?”
“Eh macam
mana you tahu ni?”
“I selalu nampak
you during lunchtime”
“I see.
Okay Myaa thanks again yaa.
“No biggie,
eh but I didn’t get your name”
“I’m Fikri”
“Ok Fikri,
here’s my card. I know you would love to go for a drink to thank me kan”
“Absolutely,
I’ll call you later ok.
“happy
working Fikri”
Myaa
tersenyum sinis sebaik saja Fikri berlalu pergi.
‘Aku Zira
lah, yang kau cuba bunuh setahun yang dulu”, ujar Myaa dalam hati.
Lagu
Revenga dari band SOAD dinyanyi perlahan.
bersambung....
Monday, 11 July 2016
you killed me, my love.
![]() |
| photo credit: google :) |
Lariannya
semakin perlahan. Nafas Azly semakin memberat. Kotak hadiah ditangan hampir terlepas
dari pegangan, namun sempat dipeluk erat. Kotak bersazi sederhana itu tidak
dibalut dengan kertas pembalut hadiah. Tanpa ada sebarang titipan nota ucapan mahupun
reben merah dibahagian tepi kotak.
Langkah
kakinya mati saat tiba di seleksi buku-buku sastera terbitan DBP. Namun kelibat
orang yang dicarinya tiada. Tiba-tiba dia terdengar suara ketawa kecil
perempuan yang diselang seli dengan suara garau lelaki tidak dikenali. Tiba
dihadapan mereka berdua, Azly tersenyum kelat. Perempuan itu tersipu-sipu malu
dan lelaki yg tidak dikenalinya itu pura-pura menyambung bacaan buku tulisan
Pak Sako.
“maaf
lambat beri hadiah harijadi, saya nak pastikan hadiah yang saya bagi ni
istimewa dan tak boleh jumpa di mana-mana. Saya harap awak akan kenang sampai
bila-bila”
“kenapa
awak pucat sangat ni Azly?” Tanya Dhira.
“Nah, untuk
awak. Selamat ulangtahun kelahiran. Selamat tinggal and happy reading, sayang”
ujar Azly lantas berlalu pergi.
Dhira
terpinga-pinga namun seakan sudah dapat mengagak akan ahdiah yg diterimanya.
Azly sering kali menghadiahkan buku-buku sastera DBP dan ITMB kepadanya. Sudah banyak koleksi kumpulan cerpen yang
diterima dari Azly.
Kotak yang
diterimanya sebentar tadi dibuka perlahan.
Seketul jantung yang masih berdenyut diatas sebuah buku itu yang
terlihat membuatkan Dhira menjerit tidak keruan. Dhira lari bertempiaran dan keluar dari
perpustakaan awam, histeria dan tidak terkawal.
Tajuk akhbar media arus perdana memaparkan kisah seorang wanita maut dilanggar lori. Dua ketul jantung yang dipercayai milik mangsa dan seoarng lelaki ditemui disebelah jasad wanita itu, masih berdenyut.
rezeki.
Alhamdulillah, thank you ALLAH ;)
sebab makbulkan dua doa yang paling sering aku sebut sepanjang Ramadhan tempoh hari.
Salah satunya adalah, doaku untuk mendapatkan kerja di tempat baru.
rasa macam woohoooo !
Alhamdulillah, thank you ALLAH, for this rezeki (and more to come!)
Sunday, 10 July 2016
raya unzipped
So this morning I was so lazy nak bangkit pi mandi malasnya Tuhan je yang tahu sebab mengantuk sebab semalam lama gila dalam bas Karak highway jammed merangkak !
Lepas mandi tidoq balik sat pastu gegeh bangun nk sesiap, nasib baik nampak my fav baju kurung dah siap iron. Ok pakai ni jelah malas aku nk melawa di pagi Isnin yg penuh kebiruan (Monday Blues). This baju kurung was my baju during my convo few years back. Still 'in' dia punya design and I love it sebab no need to iron teruk-teruk.
Alhamdulillah my singlet all went missing waktu balik kampung ahahaha, kenapa aku say Alhamdulillah sebab hati tergerak nk pakai inner, not singlet. Because something embarrassing happened to me this morning.
Aku unzipped baju kurung bila nak pakai, zip kat belakang. Pastu HOW ON EARTH AKU LUPA NK ZIP BALIK BAJU AKU WOIIIII ????
YA TUHAN, dah sampai opis aku pi tandas baru aku noticed. Taktau nk kabo malu ke sedih T___T . No wonder lah aku rasa baju menggelebeh semacam, tangan panjang serabut perut aih. Nasib baiklah zip yg terbukak tu idak le besar sgt sampai ke blkg pinggang. Cuma few cm melepasi bahu, Alhamdulillah. Thank you ALLAH sbb gerakkan hati aku nk pakai inner today, bukan singlet. Phewwww! aurat babe, aurat tuuuuuuu.
Nampak sangat dah kena kawin aku ni, Kalau ada husband boleh gak tolong zip kan baju kt belakang tu. Kahkahkah.
Alhamdulillah again.

Subscribe to:
Posts (Atom)