Tuesday, 12 July 2016

revenge.

Helaian mukasurat diselak satu persatu. Mencari nota kecil yang disisip dalam bukunya tempoh hari. Kepala yang tidak gatal digarunya. Melihatkan koleksi buku yang bersepah di atas lantai, seakan menambahkan lagi tekanannya.
Fikri telah membunuh teman wanitanya setahun yang lalu, akibat curang dan cemburu buta. Betul lah kata orang-orang tua, kalau terlalu cemburu akan membawa padah kepada sesuatu hubungan itu.
Namun seminggu yang lalu Fikri telah  terjumpa seorang gadis mirip teman wanita yang dibunuhnya. Setiap hari Fikri mengikuti gadis itu yang kebetulan bekerja berdekatan tempat Fikri bekerja sebagai Draughtman untuk syarikat minyak antarabangsa.
Tiga hari yang lalu, Fikri sengaja menjatuhkan lanyard beserta tag kepunyaannya dihadapan gadis itu. Pantas gadis itu mengambil lanyard Fikri dan memulangkannya. Sambil tersenyum, Fikri menghulurkan tangan sebelum menggenggam mesra tangan kanan gadis itu.
“terima kasih err..
“Myaa, nama saya Myaa”
“ok, thanks Myaa. Kalau tag ni hilang entah macam manalah I nak get access to my office. You working somewhere around here?”
“em yes, my office dekat building Malakoff tu. I did noticed you memang selalu makan dekat foodcourt ni kan?”
“Eh macam mana you tahu ni?”
“I selalu nampak you during lunchtime”
“I see. Okay Myaa thanks again yaa.
“No biggie, eh but I didn’t get your name”
“I’m Fikri”
“Ok Fikri, here’s my card. I know you would love to go for a drink to thank me kan”
“Absolutely, I’ll call you later ok.
“happy working Fikri”
Myaa tersenyum sinis sebaik saja Fikri berlalu pergi.
‘Aku Zira lah, yang kau cuba bunuh setahun yang dulu”, ujar Myaa dalam hati.



Lagu Revenga dari band SOAD dinyanyi perlahan.

bersambung....

1 comment:

  1. lagu soad tu ravenga la aween. no revenge rasenye. anyway nice storyline

    ReplyDelete