Helaian
mukasurat diselak satu persatu. Mencari nota kecil yang disisip dalam bukunya
tempoh hari. Kepala yang tidak gatal digarunya. Melihatkan koleksi buku yang
bersepah di atas lantai, seakan menambahkan lagi tekanannya.
Fikri telah
membunuh teman wanitanya setahun yang lalu, akibat curang dan cemburu buta.
Betul lah kata orang-orang tua, kalau terlalu cemburu akan membawa padah kepada
sesuatu hubungan itu.
Namun
seminggu yang lalu Fikri telah terjumpa
seorang gadis mirip teman wanita yang dibunuhnya. Setiap hari Fikri mengikuti
gadis itu yang kebetulan bekerja berdekatan tempat Fikri bekerja sebagai Draughtman
untuk syarikat minyak antarabangsa.
Tiga hari
yang lalu, Fikri sengaja menjatuhkan lanyard beserta tag kepunyaannya dihadapan
gadis itu. Pantas gadis itu mengambil lanyard Fikri dan memulangkannya. Sambil
tersenyum, Fikri menghulurkan tangan sebelum menggenggam mesra tangan kanan
gadis itu.
“terima
kasih err..
“Myaa, nama
saya Myaa”
“ok, thanks
Myaa. Kalau tag ni hilang entah macam manalah I nak get access to my office. You
working somewhere around here?”
“em yes, my
office dekat building Malakoff tu. I did noticed you memang selalu makan dekat
foodcourt ni kan?”
“Eh macam
mana you tahu ni?”
“I selalu nampak
you during lunchtime”
“I see.
Okay Myaa thanks again yaa.
“No biggie,
eh but I didn’t get your name”
“I’m Fikri”
“Ok Fikri,
here’s my card. I know you would love to go for a drink to thank me kan”
“Absolutely,
I’ll call you later ok.
“happy
working Fikri”
Myaa
tersenyum sinis sebaik saja Fikri berlalu pergi.
‘Aku Zira
lah, yang kau cuba bunuh setahun yang dulu”, ujar Myaa dalam hati.
Lagu
Revenga dari band SOAD dinyanyi perlahan.
bersambung....