Saturday, 2 February 2013

gembira, sebarkan !


Adeu, Barcelona! from Lucas Jatoba on Vimeo.

30 gifts to 30 strangers in Sydney from Lucas Jatoba on Vimeo.


Assalamualaikum wbt ;)
maaf lama aku bertapa di rumah sewa, dengan masalah laptop yang, merajuk tiba-tiba bikin aku jadi malas nak menulis tahap dewa. but hey,aku kembali ! sejak dari musim peperiksaan akhir lagi aku tergedik-gedik nak menulis kembali cumanya dikesempatan ini saja keberanian (lebih tepat sifat kerajinan) itu datang. million thanks to peminat setia laman tulis-tulis ni yakni Inchek Zul Kapan kahkah ! kau baca ni nanti sila gelak guling guling woi. pesanan ringkas beliau berbunyi "blog lu tak update?" telah menjadi pemangkin untuk aku menulis kembali. cis, Tuyul ! Ni mesti kau nak suruh wa tulis pasal lu kan? kehkeh. soon bebeh, soon. 

dah tengok video-video kat atas yang aku kongsi tu? mohon klik and enjoy the show. bukan aku saja-saja nak share, tapi lebih kepada nak sebarkan kegembiraan. terdetik hati nak buat benda serupa bila tiba hari ulang tahun perkahwinan, err maaf, ulang tahun kelahiran aku 28 April nanti. Aku bukan jenis perempuan yang nak sambut hari jadi dengan parti, tiupan lilin berbatang-batang atas kek, hadiah berkotak-kotak dan berwarna-warni. Tidak, rileks saja dapat pesanan SMS dan ucapan berderet di fesbuk. Tahun ni pon aku bajet camtu jugak cuma aku nak buat sesuatu yang lebih bermakna. 28 April tahun ni genap 23 tahun, tudiaaa baq hang ! (tak tua sangat kan?) kehkeh. Maka nya aku berhajat nak beri hadiah instead of menerima hadiah. but hey, korang masih dituntut untuk beri ucapan kata-kata aluan dan doa kebahagian aku okay. no excuses! Kalau Lucas beri 30 hadiah sempena ulangtahun harijadi dia yang ke-30, patut kah aku beri 23 sebagai simbol umur pada tahun ini, atau sekadar 4 hadiah sebab lahir pada bulan 4? kahkah, 4 hadiah itu lebih jimat. (kata nak memberi, ni berkira apa cerita?) 

*tumbuk perut sendiri*

tak kisahlah berapa jumlah hadiah yang nak diberikan, itu semua bergantung kepada struktur kewangan aku nanti. Kalau stabil, InsyaALLAH lebih kegembiraan dapat dikongsi (serupa ayat iklan eskrem Walls Selection. 

p/s : Zul Kapan aka Tuyul , lu better pikir hadiah besday wa dari sekarang. ngee !

Friday, 1 February 2013

ketagihan.


alas meja kotak-kotak


dari beranda rumah. Taman Kenari Langkawi. kalau aku tolak mug ni jatuh bawah kena janda rumah bawah .


buih-buih cinta. seriously, buih ni sangatlah creamy sedap baq hang !


kesukaan ;) 


p/s : malas nk tulis banyak. dah lah, korang pergi bancuh kopi sendiri. tahu korang terliur tengok gambar-gambar ni kan? kihkih =p




SINGKRONAIS





Entah kenapa hati ini tak pandai berbohong serupa mulut yg pandai berbicara. Kau faham maksud aku ? lisan tak sejiwa dengan nurani, hampeh ! tak pandai berkerjasama. Bila menyendiri, sekental-kental ketulan hati bisa rasa tercarik kerna rasa kosong yg dibiar terlampau lama. Pertanyaan bertimpa dengan soalan bisa dijawab angkuh tatkala mulut bicara. Dasar pendosa ! apa yang diungkap bukan lah apa yang dirasa oleh ketulan lembut dalam dada yg punya rasa.  Lantang berkata “Aku dah lama sendiri, aku tak perlukan peneman hidup”. Sedangkan hati tertanya mana si empunya rusuk kiri? Salah siapa? bukankah sepatutnya mulut dan hati bekerjasama dan beri rasa bahagia ? mungkin aku perlu berjalan lagi demi mencari jawapan sendiri. 


terus menapak lagi. hati pura-pura berani.

TISU HATI BEKU.




Kadang kadang bila kita sendiri, kita seakan mencari tempat berpaut, tempat mengadu. Atau lebih tepat lagi mencari seseorang. Bukan tempat atau objek. Kerana yg dicari adalah makhluk bernyawa yg punya telinga dan deria perasaan. Dengan harapan mampu menjadi pendengar yg setia, tahan dalam menadah telinga mendengar segala celoteh yg nak diluahkan. Kadang kadang tanpa memerlukan tindak balas pon, Cuma sekadar mahu ada seseorang yg mendengar. Yang sudi berkongsi buah fikiran membantu dalam memikirkan rasional sesuatu  perkara. Memang aku mengaku, ada masanya emosional itu timbul, kerap sekali. Tapi, hey. Itu sesuatu yg normal. Barangkali insan yg kulitnya pucat – umpama – tak berdarah –kala ditoreh saja punya hati beku. Tapi bilang padaku, mana nak jumpa makhluk sebegitu ?  mungkin aku boleh belajar sesuatu agar hati ini tak selalu seperti tisu.
Pesanan ringkas dihantar secara tiba-tiba,  dihantar dengan penuh pengharapan agar penerima jelas dalam mentafsir perkara yg bermain di minda. Cuma minta belas untuk berkongsi perkhabaran, abaikan jika rasa tak usah dipedulikan.. tapi jika satu hari nanti giliran kau yg mencari aku, jangan salahkan hatiku pula yg beku dan bisu. 

Friday, 26 October 2012

mine.



i hate most of the thing that you love. can't you see that ? 
i am damn jealous =.=' can't help myself sharing you 
with anything else. yes, anything !

Monday, 15 October 2012

don't blame me



once i get offended..
i will not treat you the same way as i used to be..
i will not be the real me anymore..
this is for real and this is me..

p/s : mind your words. behave yourself.