Tuesday, 18 September 2012

past. gone.



Assalamualaikum ;)

aku pelik. semakin hari perangai makin aneh. eh cuba kau tengok jap atas bahu aku ney ada menda menumpang ke ? haha!

dulu kaki aku bebas tanpa alas merata pijak tanah.
dulu kaki aku pantas bila sebut pasal panjat dahan rambutan belakang rumah.
dulu tangan aku kebal pegang cacing buat umpan mancing.
dulu tak kisah kalau melepak tepi longkang berbau hancing.
dulu aku bebas berlari walau titik hujan turun menggila.

dulu aku tertawa bila boleh naik basikal sambil lepas tangan
dulu aku mampu senyum kelat bila lutut terguris, tangan tercalar.
dulu aku selamba biarkan kaki seluar basah dibelai sungai.
dulu aku seronok bila berayun di pokok sambil buat aksi Tarzan hutan.
dulu aku riang dapat gelungsur bukit beralaskan kotak.

sekarang jangankan tanah, dalam rumah pon nk berselipar.
sekarang jangankan panjat pokok, nak turun katil dua tingkat pon seriau.
sekarang jangankan cacing, serba serbi serangga aku fobia.
sekarang jangankan longkang, tempat lepak harus hebat-hebat.
sekarang bila tiba hujan , tidur atas katil seenaknya.

sekarang basikal tersadai di tempat parkir saja.
sekarang risau pasal parut tak hilang-hilang.
sekarang sudah lama mana tidak ke sungai.
sekarang memang gila kalau yg panjat pokok itu anak dara.
sekarang bukit habis ditarah, kotak pula dijualkannya. =.='


p/s : banyak kerjaan. lepas satu, satu. dugaan semester 5. doakan aku ;)

Sunday, 16 September 2012

kau !



Assalamualaikum..

kau !
ye, kau yg sedang baca tulisan ney. aku nak pesan sesuatu buat kau. aku mohon, kau baca seteliti mungkin sebab niat aku sememangnya nak bagi kau terasa tulisan ini untuk kau sebenarnya.
kau !
semua orang punyai hati sendiri. begitu juga aku. seketul daging merah yang punya perasaan.
aku takkan marah kalau kau ambil hati hati aku tanpa izin.
aku takkan marah kalau berniat menjaga hati aku.
aku takkan marah kalau kau nak memanjakan hati aku selayaknya ia.
tapi !
hey, lihat muka aku waktu aku bicara denagn kau !
aku akan marah andai kau curi hati aku dengan niat nak bermain-main dengannya.
aku akan marah kalau kau ambil hati aku tapi kau tak serius nak milikinya.
aku akan marah bila kau pijak hati aku umpama puntung rokok yang dibuang ke tanah.
kau !
seketul hati aku tersangat lembut sifatnya.
aku mohon, kalau kau mahu sila jaga sebaiknya.
aku mohon jangan dibiarkan ia.
aku mohon jangan pernah lukakan hati ini
sebab aku takut, hati aku terluka dan berdarah.
dan darah menitis hingga kering.
sampai aku tak punya apa-apa rasa lagi kelak.
aku mohon. tolong ya.

Monday, 27 August 2012

keep it HALAL ;)



Assalamualaikum ;)  
dear future husband, i'll be a good wife ever after nikah as long as you promise me one thing. help me and accompany me in getting to Jannah, insyaALLAH ;). disetiap tahun bila merangkaknya bulan April menghampiri, makin jauh lah aku dari fasa remaja. gelaran anak dara masih dijaga, pada masa yang sama bakal menyandang jawatan wanita. wanita berkerjaya mungkin ? ah ! berat tanggungjawab ney. tahun depan 23 usia, semestinya solo. tidak berduet mahupun berkumpulan ;p 
ramai yg bertanya, kenapa solo ? tak bosan ? takde org nak ? kau jual mahal sgt eh ? 
wey, bila masa pulak aku berniaga =.=' haha !

'i am not afraid to fall in love, i am afraid to fall in love with the wrong person again'. thats it ! 

urusan jodoh ney ketentuan ALLAH, kau usaha lah couple bagai nk rak sekalipun tp andai bukan jodoh, tak bersama jugak kan ? kan ?  

so let me be clear dear, first of all is that i am not interested with the 'couple' relationship thingy. sebab aku rasa dear girl : why are you wasting your time menadah telinga dan telan semua ayat-ayat manis dari partner kau tuh. ye, mmg ayat-ayat cinta tu manis cm gula tebu tp lama mana sgt manis tu bertahan ? tebu tu pon kalau hang kunyah pon lama2 tawaq weh ! 

secondly, when you guys ask me apesal kau tak kapel oh aween ? i would say, guys..aku selesa berkawan dgn semua org. aku jugak senang suka pada org. yeah ! hari ni suka mamat tu, esok suka mamat ney wakaka ! err, Safik Rahim, Fadhli Shas, Matt Dallas, Robert Pattison, Alex Pettyfer, Ben Barnes si Prince Caspian, David Silva, Adil Rahman drummer 7 Collar Tshirt, Andy drummer Estranged,Qi Razali, RadhiOag and the list goes on.  tu semua aku suka. please understand my situation, as a normal person aku susah nk buat pilihan. aku perlu masa untuk buat keputusan bijak lagi cerdas =.='

insyaALLAH, satu hari nnt atas meja korang kt opis masing2 akan sampai jugak jemputan ke majlis walimatulurus Nur Aizureen Md.Zahir dan err,, err..Fadhli Shas kot, err Elijah Wood mungkin? see, kan aku dah ckp aku susah nk buat pilihan =.='

*merepek kau aween !* dusshhhh !

*clear throat* muka serius ;p 

enough say, toksah risau lah. ALLAH aturkan semua yg terbaek ntk hambaNYA. insyaALLAH, my-the-other-half akan aku ketemu juga bila masa itu tiba. doakan, aminnn ;)


p/s : doakan kesihatan aku juga. batuk bermaharajalela sudah 2 minggu. cukup !

Friday, 20 July 2012

cuti Ramadhan ;p



Assalamualaikum ;) 

Salam Ramadhan. Happy Fasting ! mohon diberkati semua amalan. moga dilimpahi segala barakah. malam pertama terawikh. dan aku sesungguhnya tergolong dalam kalangan yg rugi. heh =p kadang terpaksa merelakan sesuatu itu terus berlaku, kerna terjadinya ia adalah sebahagian daripada fitrah aku sebagai seorang wanita. terkilan juga kerana tak merasa nikmat malam pertama Ramadhan ntk terawikh bersama emak ke surau (ayahanda berkursus di Penjara Perlis). namun aku takkan membiarkan tragedi berdarah ini menghalang aku untuk merasai nikmat bersahur  bersama keluarga. akan ku gagahi juga untuk bangun dan duduk semeja sahur bersama emak dan adik2. moga ayah cepat balik, cepat habis kan kerja disana dan pulang. aku rindu. teramat sangat, sungguh.
buat kalian, aku doakan kita sama dapat berhabisan dalam perjuangan melawan nafsu dibulan Ramadhan ni. peringatan buat diri sendiri, lebihkan amalan yg dapat memberi manfaat. sejujurnya juga untuk mengikis sedikit demi sedikit segala sifat mazmumah dalam diri, insyaALLAH ;) memandangkan rumah aku hanya beberapa tapak jaraknya ke surau, maka aku mampu memberi sesuatu buat telingaku ntk diperdengarkan. ayat suci Al-Quran dendangan pak imam. 


*syahdu* 
sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yg beza amat dari bulan yg lain.

p/s : Happy Fasting ! ok saja nk speaking, demam oh my English =.=' 

Tuesday, 17 July 2012

Wednesday, 16 May 2012

percubaan pertama : GO !




Assalamualaikum :) 


merujuk gambar di atas : 
the 1st film poster that I've designed ntk subjek Multimedia in Event Mgt.  mmg tak lawa , tapi aku personally rasa its really ohsem once aku dah print it out haha ! seriously , rasa bangga pon ada bila da berjaya siapkan poster ney. hopefully soon i'll get myself able to handle this thingy efficiently so that i dont need to stay up all night long just to finish 1 poster =.='


*Selamat Hari Guru*

Tabika Kemas Penjara Jelebu , n9
Sek Keb Undang Jelebu , n9
Sek Men Keb Undang Jelebu , n9
Sek Men Keb Dato' Panglima Perang Kiri , Tapah Road 
Sek Men Keb Buyong Adil , Tapah
Sek Men Keb Mahsuri , Langkawi
UiTM Puncak Alam , Selangor


dari aku mula mengenal ABC , sehingga kaki berjaya ku jejak ke Universiti..
Terima Kasih Cikgu :)