Sunday 28 April 2013

matang



Assalamualaikum wbt..



Aku dan genap 23? Ah ! harap perilaku dan pemikiran aku seiring dgn usia yg bertambah saban tahun. Syukur aku dikurniakan keluarga yg paling aku cinta, mereka nyawa bg aku. Syukur juga aku ada kalian yg selalu setia, moga doa kalian yg baik-baik buat aku dimakbulkan yg Maha Esa insyaALLAH. Harap kalian juga sentiasa dlm rahmatNYA. 

Aku sayang korang ! (malu nk ngaku ekceli) =.='

Besday aku jatuh semalam, 28 April 2013. Major turn on bila pergi #PBAKL2013. Natang ape ni? Pergi Google sendiri. Hadiahkan diri sendiri naskah-naskah idaman hati, laju tangan mencapai buku di rak bertingkat lepas tu ketaq tangan nak bayar kehkehkeh ! Tapi aku puas.

Korang doakan aku boleh pergi berkelana keliling dunia, mampu beli Honda Civic Type R, buat pustaka mini dirumah sendiri. okay? Mohon doakan. Tenkiu u'olsss ;)

Aku malas nk cerita panjang sebenarnya. Lebih baik aku pergi pulun hadam berpuluh buku yg aku rembat kt #PBAKL semalam, tak gitu? Btw mohon korang jgn jeles hentak kaki main tarik rambut dan buat cubaan cederakan diri sendiri. Bukan apa, aku nk habaq yang Aisa Linglung, Shaz Johar, Faizal Sulaiman dgn Hasrul Rizwan sain kt buku #KLCC yang aku beli, peh ! Siap dgn ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran, terharu you'olsss. 


p/s : Hasrul Rizwan tulis Selamat Hari Lahir marka cun ! ok, terharu kuasa dua lah aku =.='

p/s/p : Tuyul, datang lah sini hoi ! Jari wa kebas asyik text almost everyday dari kita habis Form5 (2007) sampai sekarang. Bila nk jumpa? T_____T


Sunday 21 April 2013

belantan buta.







Dunia terlalu cepat menghukum,
Manusia kalut mahu menghentam, kejam !
Dengan belantan ditangan, kau dah rasa cukup kuasa,
Tak peduli rayu ihsan siapa-siapa,
Alangkah bagus kalau bertukar posisi,
Kau dihentam kembali,
Mohon kena bertubi-tubi.


Mana mereka-mereka  yang punya kuasa dunia?
Oh, lupa.
Mereka buta. 
Hati gelap gelita ghairahkan harta 
lebih dari segala-gala.



Monday 15 April 2013

Helena sayang Isaac - Part I.

I adore that black haired guy so much. Ngeh3x



Helena sebak. Duduk berteleku sambil memeluk lutut seeratnya. Hatinya gundah, sebak bercampur baur seribu rasa. Panik dan takutkan jika kata-kata sahabatnya menjadi kenyataan. 

"Aku rasa aku mula suka seseorang" - Isaac berterus terang.
Helena terkedu pada mulanya,
"Oh, serius? Siapa perempuan tu?"  Helena jawab selamba sedang hati berdetak sekuatnya.
Somebody dekat tempat kerja aku, she's really cute that I'll adore her so much.
"How does she looks like? Mesti cute enough itu pasal kau boleh jatuh hati kt dia kan?" Pertanyaan seakan memakan diri sendiri, pedih. Helena tunduk sambil berpura belek buku Where The Rainbows Ends tulisan Cecilia Ahern. 
"Dia senyum bikin aku cair. Aku tak tahu kenapa, setiap kali aku pandang dia mesti aku rasa berdebar lain macam".
"Dah tu, kau pergi lah approach dia. Tell her that you likes her"- Getar suara semacam seraknya.
"Itulah, I was thinking the same thing" he replied.
Helena melangkah laju. 
"Eh, kau nak kemana?" - ujar Isaac yang terkejut dengan tidakan melulu temannya.
"Aku kena pergi, aku lupa pulak kena belikan Panadol untuk housemate aku. Dia mesti tunggu di rumah."
"Eh, tunggulah sekejap. Aku belum habis cerita"
Tanpa menoleh kebelakang, dengan air mata yang mengalir terus turun ke pipi Helena cuma membalas "See you later !"

Sekian lama dipendam perasaan tak terucapkan malah tak ternampakkan gaya walau sedikit cuma. Helena pandai memendam kata, bermain dengan perasaan sendiri. Isaac tak mungkin pernah tahu. Terbiar tanpa ada yang peduli. Penuh pengharapan dia berdoa agar coretan Cecilia Ahern dalam Where The Rainbows Ends mampu menjadi magis dan menukarkan kisah hatinya sepertimana yang tertulis.

to be continued...